Dari awal lagi Mak Anjang, atau nama sebenarnya Noradidah Mokhtar dan suami, Tok Anjang dan berikrar mahu mencari Acap yang hilang di Gua Tempurung sampai jumpa.

Dan Mak Anjang kotakan janjinya. Masuk bulan Ramadan, pun Mak Anjang dan Tok Anjang masih setia mencari Acap. Malah Mak Anjang sediakan juga homestaynya, Arena Makjang homestay kepada para pencari yang datang dari jauh.

Duduk saja, percuma. Tak minta bayaran pun.

 

 

Dari Hari Ke-3 Hilang, Hingga 16 Ramadan Mak Anjang Gigih Cari Acap
Mak Anjang dan Tok Anjang

 

Walau Bulan Ramadan Pencarian Acap Masih Diteruskan

Biarpun dah masuk dua bulan Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang masih belum ditemui. Masih ada sebahagian kecil pencari yang tak berputus asa dan teruskan usaha mencari. Biarpun dalam bulan puasa.

Kongsi Mak Anjang, “hari ke 58 dan 59.. hanya Allah sahaja yang tahu kegigihan beberapa pencari yang masih sudi datang dari jauh semata-mata ingin menyumbang bakti mencari Acap.”

Mereka ini datang dari Kedah, Gombak, Kuala Lumpur. Dan ini untuk minggu ini, minggu akan datang tak tahu lah pulak. Salute dengan mereka ini.”

Ke mana saja pencari mengajak, ke situ.. ke sana.. ke lokasi kadang-kadang gua, sungai, bukit, lembah yang penuh dengan bermacam-macam lopak.. diharungi. Semua kerana Acap. Walaupun di bulan puasa yang barakah ini.”

 

IKLAN

 

Tak Kenakan Bayaran Menginap Di Homestay

Para pencari yang datang dari jauh ini, kadangkala bermalam di homestay Mak Anjang dekat Gopeng. Mak Anjang tak charge pun mereka. Sebab niat membantu itu sentiasa ada dalam jiwa Mak Anjang.

Aku telah dikenali dengan panggilan Makjang kerana base mereka berkumpul Arena Makjang di Kampung Pintu Padang, Gopeng. Terdapatlah 2 buah rumah kampung stay aku yang sederhana dan sebuah dewan terbuka bagi mereka untuk berteduh.”

Tiada bayaran dikenakan sehak kes Acap hinggalah kini.”

Tak apalah.. mereka datang dengan kerelaan. Jadinya kita empunya tanah hanya ini yang mampu membantu mereka. Kadang-kadang kawan-kawan yang datang membantu membeli makanan, kadang-kadang berbuka puasa di kedai, kadang-kadang berbuka di rumah Makjang.”

 

IKLAN

Dari Hari Ke-3 Hilang, Hingga 16 Ramadan Mak Anjang Gigih Cari Acap

 

Sukar Nak Gambarkan Bila Memanggil Nama Acap..

Sejak hari ketiga Acap hilang, Mak Anjang yang dah lama tak turun naik bukit ini dengan rela hati kembali lakukan aktiviti lama. Demi mencari Acap yang dah dianggap bagaikan anak sendiri itu.

Makjang dah lama meninggalkan aktiviti lasak terutama memanjat bukit dan gua. Tapi entah kenapa hati dan perasaan terpanggil dari hari ke-3 hingga kini pencarian masih diteruskan bersama suami, Tok Anjang dan pengamal-pengamal yang datang meminta tolong bawakan mereka ke tempat yang mereka fikir Acap di situ.

Pengalaman yang tak boleh dijual beli. Ibarat kata, kadang-kadang gelak, tersenyum, menangis yang lebihnya bila waktu memanggil nama Acap.

Ya Allah.. hari ini puasa ke 16 Ramadan (ketika catatan ini ditulis) dan genap 60 hari Acap hilang. Semoga Allah perkenankanlah doa-doa keluarga dan seluruh rakyat Malaysia agar Acap ditemui.”

IKLAN

Para Pencari Meninggalkan Jejak

 

 

Antara Pencari Yang Ikut Serta Misi Mak Anjang Dan Tok Anjang

 

 

Antara Kawasan Pencarian Yang Dijejaki

 

 

 

MW : Ramadan hampir tiba ke penghujungnya. Teruslah kita berdoa wahai rakyat Malaysia, semoga Ramadan ini memberi sinar harapan untuk ahli keluarga diuji ini bertemu kembali Acap yang dirindui.

Sumber/Foto : Noradidah Mokhtar

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI