2 Kali Lafaz Cerai Pun, PU Abu Masih Suami Ain Yang Sah

Bulan Ramadan ini terpeliharalah sebuah rumahtangga yang sedang diuji. Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25 mengakui kesilapannya. Menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi whatsapp kepada isteri, Ain ‘Afini Latif, 23.

Depan Hakim Syarie Mohd Nurulashar Mohd Tohar, Abu buat pengakuan bersumpah. Dia tak ada niat pun untuk ceraikan Ain ketika menghantar mesej itu bulan lalu.

Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Dan saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat.”

Lafaz Cerai PU Abu Tidak Sah

Sebaik dengar pengakuan bersumpah, Mahkamah Rendah Syariah putuskan lafaz cerai yang dihantar Abu tu tidak sah. Menangis teresak-esak Ain dalam mahkamah.

Tak dapat dia nak bendung perasaan seorang bakal ibu. Lagi pun hari itu (semalam) adalah ulangtahun hari lahir Ain. Di tambah lagi dia bakal melahirkan 10 Julai nanti.

IKLAN

Bermakna, berdasar keputusan itu Ain yang sedang hamil, masih sah isteri Abu.

Akui Abu, tak ada siapa pun paksa dia untuk menceraikan Ain. Cuma berentetan akibat kronologi yang panjang, buat Abu bertindak sedemikian.

IKLAN

Abu juga akui masih sayangkan Ain dan mahu bersamanya, menunaikan tanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Ain.

 

2 Kali Lafaz Cerai Pun, PU Abu Masih Suami Ain Yang Sah

Pernah Bercerai Dan Rujuk Semula..

Ain dan Abu berkahwin pada hujung Ogos tahun lalu. Disebabkan perselisihan faham, mereka pernah bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019. Dan rujuk semula pada Februari 2019.

IKLAN

Kemelut rumahtangga pasangan muda ini bermula, apabila Abu beritahu Ain hasratnya nak berpoligami. Ain tidak bersetuju dan menolak permintaan itu. Dari situlah berlaku ketegangan sehingga lafaz cerai dihantar menerusi whatsap pada 13 Mac lalu.

Apa yang jadi Ain kongsikan di instagramnya. Sekadar untuk makluman akan status dirinya. Rupanya kisah Ain dan Abu menjadi tular dan panas.

Emosi netizen bagai dijentik-jentik dengan tindakan Abu menceraikan isteri yang sedang hamil. Kerana memilih seorang wanita berstatus janda bernama Hana Azraa menjadi isteri barunya.

MW : Syukurlah, dalam bulan baik ini kemelut rumahtangga Abu dan Ain dapat selesaikan dengan baik. Semoga, Abu dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bakal bapa kepada anak yang Ain kandungkan. Sebagaimana janjinya depan hakim semalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI