Macam-macam jenis air viral yang ada dijual dipasaran. Salah satunya Thai Milk Dessert ni.Bila beli boleh tahan juga lah harganya.Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je minuman viral ni rumah. Lebih jimat dan berbaloi secukup rasa lemak manisnya. Minum pulak sejuk-sejuk waktu panas..memang bahagia. Anak-anak pun mesti suka.

Berikut perkongsian resipi oleh Puan E-da Norsyaidah sebagai rujukan;

Thai Milk Dessert Viral

“Aroi mak mak… uuuuuih!”
“Sekarang tengah viral Thai milk yang artis-artis duk makan tu.So kekda try la buat, sebab hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat.Tapi buat sendiri lagi berbaloi.”

“Cara ni kekda buat simple-simple jek,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara.Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.

Resepi Thai Milk Viral versi kekda.

IKLAN

Bahan-Bahan:

1 Tin susu cair carnation (bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak-lemak)
2 sudu Susu pekat (Ni pakai je brand apa-apa)
1 paket Kristal Jelly Brand Nona (Perisa raspberry )Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka.
1 sudu biji selasih (rendam hingga kembang dan toskan)
1 mangkuk ais

Thai Milk Dessert Viral,Terasa Lemak Manisnya Buat Sendiri Lagi Berbaloi !

IKLAN

Cara Membuat:

1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.
2 Susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak sikit je, sebab jelly tu dah memang manis.

Thai Milk Dessert Viral,Terasa Lemak Manisnya Buat Sendiri Lagi Berbaloi !

IKLAN

Bagi kekda versi ni lagi sedap sebab bau wangi dari jelly raspberry tu dan lemak-lemak susu cair tu.Minum tengah hari panas-panas, satu mangkuk licin sorang.

Selamat mencuba!

MW: Sedapnya! Sesuai dijadikan pencuci mulut, minum sejuk-sejuk waktu panas.

Sumber:E-da Norsyaidah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI