Malang tidak berbau, dan tragedi yang menimpa murid tahun enam yang terjatuh dari lantai bas yang reput sungguh menyayat hati.
Dikatakan ketika kejadian, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang itu dalam perjalanan untuk ke Bengkel Bahasa Inggeris dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bukit Keluang, Besut Terengganu.
Sepatutnya Bas Lantai Reput Itu Tak Boleh Bawa Penumpang..
Kejadian yang berlaku kira-kira 11.50 pagi Khamis itu berpunca daripada keadaan bas yang uzur dan reput. Sepatutnya dalam keadaan itu, bas berkenaan tak boleh digunakan untuk bawa penumpang lagi-lagi di kalangan kanak-kanak.
Daripada siasatan awal polis, mendapati mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12 ini dipercayai bermain dalam bas. Adam dikatakan melompat atas lantai yang reput dekat bahagian depan sebelah kiri pemandu, ketika itulah dia terjatuh ke bawah dan digilis tayar bas.
Kecederaan mangsa parah di seluruh badan dan meninggal di tempat kejadian.
Cuma Seorang Pemandu Saja Kendali 31 Pelajar
Ianya benar-benar mengejutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.
Dan daripada siasatan itu juga mendapati cuma seorang pemandu saja yang mengendalikan 31 orang pelajar dalam bas berkenaan.
Yang mana, tiada guru pengiring turut serta bersama mereka.
Pemandu bas terbabit, seorang lelaki berusia 45 tahun juga sudah dipanggil untuk keterangan. Beliau memiliki lesen memandu dan ujian urinnya juga negatif.
Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui sama ada bas itu ada permit atau pun tidak.
Sungguh tragedi menyayat hati ini seharusnya menjadi peringatan untuk para pengusaha bas sekolah dan sewa khas. Jadikan ini ikhtibar, jangan semata-mata mahu mengaut keuntungan aspek keselamatan penumpang ditolak ke tepi.
Kerana hilangnya satu nyawa memberi kesan yang cukup besar buat sebuah keluarga. Dan jenazah adik Adam ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Bakar, Machang.
Sumber/Foto : Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI