Memasuki kawasan kediaman rumah teres setingkat yang berada di Puncak Alam, mata terpaku dengan sebuah kediaman berlatarkan warna merah jambu, terdetik di hati penulis pasti pemilik rumah ini benar-benar minat dengan warna tersebut kerana bukan sahaja dinding luar yang dicat dengan warna merah jambu, malah pagar yang menutupi ruang kediaman tersebut turut dicat dengan warna yang sama.
Saat dijemput masuk ke kediaman ini, ternyata telahan penulis tepat sekali. Warna merah jambu dijadikan warna dominan dalam hiasan kediaman Nurul Faten Hazirah Mohd Hanif, 26 dan suaminya Mohd Azuwan Md Nor, 29. Berkonsepkan minimalis dengan sentuhan scandinavian, konsep tersebut dipilih kerana minat dengan perabot dan dekorasi sedemikian rupa. Pemilihan warna pula dibuat atas permintaan sang isteri yang gemarkan warna merah jambu.
Ruang tamu kediaman turut dihias dengan perabot merah jambu
“Sudah hampir tiga tahun saya dan suami tinggal di kediaman ini. Dahulu susun atur dan dekorasi rumah kami bukan macam ini. Awal-awal menetap di sini perabot yang ada hanya asas sahaja seperti sofa dan meja makan. Itupun kami banyak beli perabot terpakai dan rumah kami tiada berkonsep.
“Sebelum kahwin dan mempunyai rumah sendiri, memang saya ada beritahu suami untuk catkan dengan warna merah jambu. Bila dah beli rumah dan mempunyai bajet, suami tunaikan impian saya itu. Konsep minimalis ini kami pilih sebab tidak mahu rumah penuh dengan perabot dan kebetulan rekabentuk perabot scandinavian itu menepati cita rasa saya dan suami. Daripada hasil pemerhatian kami di media sosial seperti Instagram dengan sedikit perubahan hasil idea kami sendiri, maka inilah deko rumah kediaman kami yang beronakan merah jambu dan putih.
Suami Tak Kisah
Ketika diajukan soalan tentang pemilihan warna untuk rumah dan juga perabot daripada warna ini kepada Mohd Azuwan, menurutnya dia tidak punya masalah dengan warna tersebut malah menyokong idea isterinya untuk mendeko kediaman mereka dengan warna merah jambu.
“Saya dan isteri sama-sama berbincang dalam menghias kediaman kami. Adakalanya idea saya turut diguna pakai dalam menghias dan memilih barangan di dalam rumah. Selebihnya, saya serahkan pada isteri untuk membuat keputusan.
Ads
Tambah Azuwan lagi, kediamannya ini yang mempunyai tiga bilik tidur tidaklah disiapkan sekaligus. Sebaliknya, dia dan isterinya, Faten membeli perabot dan hiasan lain secara berperingkat.
“bagi menyiapkan deko rumah dengan konsep dan warna ini bukanlah saya buat sekaligus. Agak lama juga kami ambil masa untuk siapkan. Kami buat sedikit demi sedikit berdasarkan keperluan dan mengikut bajet. Mulanya kami jual perabot lama yang kami beli dahulu dan buat modal untuk beli perabot baru. Biasanya Faten yang akan mencari dan survey perabot dan barang hiasan rumah untuk kami beli,” ujar Azuwan tentang kediamannya itu.
DIY Sendiri
Ads
Gemar mengunjungi Ikea, Kaison dan banyak lagi dalam mencari hiasan serta perabot untuk kediaman mereka mengikut konsep dan warna kegemaran, pasangan ini turut mengecat sendiri beberapa hiasan dalam kediaman mereka sesuai dengan konsep dan warna yang dipilih.
“Saya memang suka pergi Ikea dan Kaison. Selain daripada itu, perabot dan barangan di rumah saya ini ada yang saya beli secara atas talian. Memang kebanyakan perabot berkonsepkan scandinavian ini mudah didapati secara online dan harganya lebih berpatutan.
“Ada juga barangan yang kami beli tiada dalam warna merah jambu, apa yang suami saya buat adalah mengecat semula barangan tersebut dengan warna merah jambu yang ada. Cermin di dinding saya contohnya, ia sebenarnya berwarna putih, tapi untuk ikut konsep warna kami, jadi kami perlu DIY sendiri,” cerita Faten lagi.
Ads
Berkongsi rutin dalam menjaga kediaman mereka yang ‘sweet’ ini, menurut Faten seminggu sekali dia memang perlu bersihkan habuk-habuk yang melekat pada perabot mereka terutama yang berwarna putih.
“Setiap hujung minggu memang saya dan suami akan mengemas secara total. Kami ada tugas masing-masing untuk pastikan rumah kami sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Saya memang akan bersihkan habuk-habuk pada perabot putih. Manakala tugas mengemop dan membersihkan bahagian luar pula dilakukan oleh suami.
Kediaman ini masih lagi tidak belum lagi dihias sepenuhnya. Menurut Azuwan buat masa kini tumpuan diberikan kepada ruang tamu dan juga ruang makan. Fasa seterusnya akan tumpukan pula pada bilik-bilik yang ada beserta ruang lain dalam kediaman mereka.
“Kalau nak diikutkan rumah kami tak siap deko sepenuhnya lagi. Kami tumpukan pada ruang tamu dan juga ruang makan terlebih dahulu. Insya Allah tak lama lagi kami akan deko bilik dan juga bahagian lain dalam rumah.”
Jelas pasangan ini lagi, setelah kediaman mereka bertukar wajah, ternyata perasaan lebih tenang tatkala menghabiskan masa di rumah sendiri setelah seharian keluar bekerja Benarlah bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum berpindah ke rumah flat ini, Siti Mariam Kamsan dapat kepingan foto kediaman yang bakal disewa. Katanya, hari pertama masuk rumah tak boleh tidur memikir macam mana nak jadikan rumah yang bakal didudukinya itu nampak teratur.
Dengan kemahiran yang ada, Siti Mariam dan suami mengubah kediaman sewa yang biasa-biasa menjadi luar biasa. Cantik sungguh konsep ‘simple modern’ yang digunakan. Terus berubah seratus peratus rumah sewanya itu.
Kongsinya lagi, “Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk TV kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaligus.”
Ini Kisah Makeover Rumah Flat To Simple Modern Style
Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa flat ni taww!
Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni.
Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini.
Tak Boleh Tidur Fikir Pasal Rumah
Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni.
Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti.
Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga.
Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga.
Detail Kos Makeover Rumat Flat Sewa
Ruang Tamu
Mesin basuh kami pindah belakang. So ada ruang lain yang boleh dicipta
Sofa ni beli dari Lazada. Kedai berlainan ya. Lampu beli dari shoppeSofa bed- RM 199 – Lazada
bench stool- RM 84- Lazada
Frame – RM 70- Next World Deco
Bantal cloud – RM 25 beli dari sis Nur Hidayah MY
Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumah.Partition dari kedai karpet – RM 150
Meja – RM 50
Alas hitam putih – RM 4.90 – ikea
Kerusi – dari tuan rumah
Ruang Makan
Tv tuan rumah kami minta izin untuk dibuang sebab dah tak boleh berfungsi. Akuarium tu kami pindah masuk bilik jadikan rak letak selimut dan bantal . Yang lain perhiasan dari tuan rumah kami simpan
Daun-daun berjurai ni beli kat Ikea . Memang bawak dari rumah lama kami di Pasir Gudang.
Sofa tuan rumah ni pun kami minta izin untuk disemadikan ke tapak pelupusan kerana dah tak boleh duduk dah. Sakit punggung kami anak beranak rasa kayu bila duduk.
Tempat favourite sebab suka makan! Haha. Karpet tu bawak dari rumah lama .Lampu nordic- RM 74 – Lazada
Frame – RM 70 – Next Wall Deco II
Meja makan kerusi- Tuan rumah punya
Tikar getah – RM 115 -shoppe
Stool untuk pokok pisang- RM 35 -Shoppe
Dapur
Yang ni buat aku tak boleh tidur malam dapat gambar ni. Seorang pengemas tahu apa perasaan susah hati tengok rumah seperti ini
Belakangnya kita susun barang2 keperluan dapur dan mesin basuh.Rak ikea hylis- RM 59
Kitchen mat 2 set – RM 36- shoppe
Penting Dalam Bab Deko
Kabinet Tv – RM 165- Shoppe
Frame – RM 50 – Next Wall Deco II
Ok ni dalam kita susun tabung, Al-Quran .
Handsanitizer pun letak kat situ.
Letak kasut sekolah anak.
Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar.Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je.Daun monstera beli dari shoppe harga RM 2 tak silap
Chest drawer 4 tier – RM 174 -Lazada
Pasang sendiri yang chest drawer ni. Berkicap ketial laki kita
Ok last sekali kalau nak deko muka & rawat muka bagi lagi cun meletupps cantik menarik kau memang debom boleh dapatkan Meeracle dari saya taw! Tiberrrr
Beli mainan anak OK tetapi bab kemas barang mainan anak jadi tak berapa nak rajin. Sudahnya, rumah nampak bersepah. Walaupun anak main dalam bilik, tapi mata mak-mak juga yang sakit!
Jadi kali ini mak-mak boleh rujuk pengurusan mainan anak Hani Mynis, katanya seminggu sekali dia buat spot check mainan.
Kemas Barang Mainan Anak
Buang mainan yang rosak atau pecah. Hani learn this the hard way. Sayangkan mainan aqil yang pecah sebab beli agak mahal sekali tak sedar bila plastik pecah dia jadi tajam dan berbahaya. Nyaris berjahit tapak kaki anak ibu sbb dia terpijak, nasib baik luka kecil sahaja. (eloknya kalau dah terpecah atau tersumbing, lagi-lagi plastik, terus buang tak yah sayang dah)
Buang mainan yang dah hilang sebahagiannya. Contohnya kalau ada beberapa part tu dah hilang menyebabkan mainan tu tak berfungsi dengan baik, discard terus. Contohnya macam jigsaw puzzle ke. No use simpan kalau tak lengkap.
Limitkan satu jenis mainan satu set sahaja. Ye sebagai parent kita tak boleh halang nafsu nak beli macam-macam jenis mainan tuk anak. Kitorang gitu gak dulu.
Kena Asingkan Siap-siap
Asingkan set-set mainan (lagi-lagi yang jenis kecil-kecil tu) dalam bekas-bekas kecil. Elakkan humban semua jenis dalam satu bakul besar. Kalau mainan besar-besar takpe juga. Tapi yang kecil-kecil tu kalau di tuang segala isi perut bakul tu ke lantai, itu yang nampak rumah bersepah.
Main one set at the time. Sebab tu pentingnya letak satu set mainan dalam satu bekas. Ni hani belajar masa bawa aqil ke kelas terapi speech delay. Therapist tu simpan satu box tuk satu jenis mainan. Ni salah satu bentuk terapi juga untuk anak-anak. Sebab bila keluarkan satu-satu set, boleh ajar anak utk fokus lebih lama kat mainan tu. Takdalah anak jadi rambang mata semua benda nak main. Nak main “role-play” dengan anak pun senang bila dia fokus.
Kemas sebelum ambil set lain. Ni memang susah nak buat mulanya. Tapi memang kena ajar. Kena tahu personaliti anak macam mana. Ada yang disuruh je terus dia buat. Ada yang kena buat sama-sama. Ada yang kena ugut nak buang br dia kemas. Macam-macam peel la tapi yang ni memang kena diajar. Macam Aqil kalau disuruh memang dia tak nak dia suh ibu je kemas. Tapi sekarang ibu dah taw taktik. Ibu nak suh kemas je kalau dia tak nak nanti ibu cakap “takpelah ibu kemas lah” terus dia kemas sebab tak bagi ibu kemas.
Label. Hani dan label tak boleh dipisahkan. Senang nak kemas mainan dan nak amik mainan apa untuk bermain masa tu. Lagi pun senang kita nak trace mainan apa yang anak dah ada kat rumah so tak yah membazir beli set yang fungsi nya sama je.
Optional, kalau boleh beli mainan kayu. Mahal sikit tapi tahan lama susah nak pecah. Nak beli mainan kayu pun ada banyak guidelines dia boleh google. Kalau tak beli mainan murah-murah je. Kalau pecah anak main ganas bebenor, buang terus, hati tak sakit poket tak rabak anak selamat.
Tukar Cara Kemas
Dulu hani guna label make sahaja buat label. Sekarang ni tukar pesen label bergambar pula.
Softcopy label bergambar yang hani guna dan buat ada dalam gambar dua terakhir. Feel free untuk save dan print di atas kertas sticker.
Proses decluttering mainan Aqil ni hani buat sebulan – tiga bulan sekali. Semasa proses tu hani pilih mainan dia mana yang nak dibuang atau diberi orang. Boleh gunakan cheat sheet pada gambar yang ke lapan.
Pada asasnya setiap minggu hani mengemas mainan Aqil hanya tumpukan pada proses membuang habuk dan sapu karpet dan lantai sahaja.
Beli Bekas Di Eco
Hani kongsi juga beberapa idea penstoran mainan Aqil yang boleh dibeli di Eco.
Hani gunakan pigeon hole terpakai sahaja. Selagi ada guna sahaja.
Sebelah kanan rak ni kawasan wardrobe Aqil. sebelah kanan kawasan study area Aqil.
Kiranya bahagian belah kiri dinding dalam bilik ni semua khas utk Aqil. Belah kanan ialah ruang pakaian hani dan husband.
Play dan study area sebelah menyebelah.
Bekas bertutup dari Eco.
File case dari Eco. tapak puzzle hani tampal di luar file. Puzzle nya Hani simpan dalam file. lepas main terus kemas so peluang untuk hilang puzzlenya adalah tipis.
Ini Untuk Mak-mak Print
Boleh print atas kertas sticker atau boleh print atas kertas biasa dan tampal soletape atasnya.
Atau boleh print atas kertas biasa dan laminate kemudian baru tampal pada bekas guna double tape.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu, mungkin mak, ayah hanya dapat melihat rumah besar dan berduit sahaja mampu memasang perincian “wainscotting” kerana rata-rata menggunakan material kayu yang agak mahal harganya.
Tetapi sekarang banyak pilihan material wainscoting antaranya pvc dan harganya jauh lebih murah jika mak,ayah ingin memasang perincian “wainscoting” di dinding rumah masing-masing.
Sudahlah murah, “wainscoting” menggunakan pvc ini lebih mudah dipasang. Bagi mak ayah yang ingin mengisi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah mula menghias atau mendekorasi untuk hari raya nanti dengan menggunakan wainscoting pvc.
Ikuti perkongsian Puan Syarul Nadia Hamdan ini:
Saja Mengisi Masa Ketika PKP
Sebenarnya, setelah saya mencuba sendiri hias dinding menggunakan wainscoting PVC, saya ada berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas make over di facebook. Tak sangka ramai juga kawan-kawan berminat dan ingin mencubanya.
Selepas siap dipasang wainscoting pvc. Cantik bukan?
Pada mulanya, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak panjang, jadi saya dan suami terfikir untuk menghias dinding rumah. Seperti orang lain, kami pernah cuba mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman untuk memasang “wainscotting”.
Khidmat Pereka Dalaman Mahal Terfikir Cuba Sendiri
Tetapi harganya agak mahal serta mencecah ribuan ringgit walaupun hanya satu dinding kosong tidak termasuk cat. Setelah ada orang lain mencuba memasang sendiri wainscotting PVC dan cantik, saya dan suami terfikir untuk mencubanya sendiri.
Bayangkan kos yang kami keluarkan tidak sampai RM 300. Memang jimat. Selain murah harganya, kami juga dapat mengisi lapang dan membuat persiapan dekorasi untuk sambutan hari raya tidak lama lagi.
Maklumlah mungkin kita akan beraya di rumah sahaja kerana virus Covid-19, jadi apa salahnya kita menghias rumah untuk membangkitkan suasana raya. Untuk pengetahuan semua barang atau bahan yang digunakan dibeli secara online tanpa perlu ke kedai.
Bahan-bahan:
Silicone + white silicone Pembaris Cutter Masking tape Grinder mata potong @ gergaji Wall putty filler Wainscotting (pvc) Penimbang air Wall paper (sticker)
Langkah-langkah:
1. Kenal pasti dinding dan ukur lebar untuk memudahkan proses membuat design wainscoting yang dikehendaki.
2. Ukur wainscoting pvc mengikut panjang yang dikehendaki dan buat garisan sudut di bahagian hujungnya.
3. Potong menggunakan grinder mengikut garisan sudut yg telah dibuat.
4. Letakkan white silicone pada wainscoting pvc dan tampalkan pada dinding.
5. Gunakan penimbang air untuk memastikan wainscotting betul-betul sama aras.
6. Lekatkan masking tape supaya lebih kukuh. Masking tape ditanggalkan selepas silicon benar-benar kering (biarkan semalaman).
7. Tampal wall paper di bahagian dalam petak wainscoting dan sapu rata supaya kemas.
8. Menggunakan instant putty filler untuk menutup ruang antara cantuman wainscoting.
**Pesanan** Kerja mesti dilakukan dengan cermat dan kemas supaya tidak memerlukan dinding dicat semula. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan bajet untuk mengecat lagi.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak, ayah mendekorasi rumah. Paling penting kita dapat berjimat apatah lagi di waktu-waktu kecemasan seperti sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...