Rimas dan sakit mata pula bila tengok dapur yang mak masak hari-hari berkarat. Mungkin sebab guna tiap-tiap kot. Namun, ada juga mak yang jarang guna dapur tapi tetap berkarat juga.
Lelehan bahan masakan pun boleh menjadi punca dapur berkarat, sementelah kalau tak bersihkan terus bila dah siap masak. Sudah cuba macam-macam cara, tapi tetap susah nak tanggal bahagian yang berkarat tu.
Kali ini, cuba try guna bahan ini yang dkongsikan oleh Noor Azura Nordin. Katanya hanya guna satu bahan sahaja untuk tanggalkan kerat dan dapur pun berkilat. Boleh cuba nanti.
“Tak perlu bazirkan ubat gigi baru, cukup hanya guna sisa-sisa ubat gigi yang ada dan nak habis.
Ads
1. Ambil ubat gigi colgate yang nak habis tu. 2. Kalau susah nak keluarkan ubat giginya, potong dua dan ambil sisa baki yang ada. 3. Sapukan pada bahagian dapur yang berkarat tadi. 4. Biarkan seketika mungkin dalam 5-10 minit. 5. Selepas itu, barulah ambil kain dan gosokkan bahagian yang disapu ubat gigi tadi.
Rupanya walaupun guna potongan daging yang murah, sebenarnya mak-mak tetap boleh hasilkan rasa yang sedap macam daging steak mahal. Cuba gunakan teknik memasak ala ‘Sous Vide’ seperti yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith ini.
Menurut lelaki ini, kaedah ini selamat kerana menggunakan suhu rendah sekitar 60°. Ia macam kaedah merebus, tetapi daging dimasukkan dalam plastik ziplock, dibuang angin dan jadikan dia mampat macam vacuum seal.
Sekadar nak kongsi teknik menghasilkan Steak dari potongan daging yang murah,tapi masih enak dimakan.
Caranya? Sous Vide!
Sous Vide merupakan teknik memasak yang memerlukan beg kedap udara (vakum) dan direndam dalam air pada suhu yang rendah untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Kebiasaannya Sous Vide memerlukan alatan memasak yang tersendiri dan beg khas,tapi jika tidak ada memadai guna beg ‘Ziplock’ dan kuali.
Hanya pastikan daging kekal tenggelam dalam air tanpa menyentuh dasar kuali. Kena check je sebelum tinggal.Saya sepit plastik tu dengan tudung periuk tu
Hasilnya daging akan masak secara perlahan-lahan,tetapi masih mengekalkan jusnya dan warna lebih menarik,iaitu sedikit kemerahan walaupun telah dimasak sempurna.
Untuk menaikkan seri Steak kita,boleh ‘sear’ sekejap atas kuali panas untuk tempoh masa yang singkat,sebelum dihidangkan.
Saya masak Steak saya dengan cara Sous Vide pada suhu 60° selama 2 jam.
Steak saya ni RM 10 sahaja,daging stok akhir dah.Tak mampu nak beli Angus atau Wagyu.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak cuba hasilkan ‘steak’ sedap walaupun guna potongan daging murah, boleh cuba teknik memasak ‘Sous Vide’ yang dikongsikan ni.
Daging merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita. Walaupun tiada pressure cooker, daging masih lembut guna petua lama.
Pelbagai cara digunakan bagi memastikan daging yang mahu dimasak cepat menjadi empuk. Dan ketika ini ramai menggunakan cara memasak daging dengan menggunakan periuk pressure cooker.
Namun ada yang tidak gemar memasaknya menggunakan alatan ini sebaliknya gemar melembutkan daging menggunakan petua dapur lain.
Pasti ramai wanita dan mereka yang sering berada di dapur memikirkan bagaimana cara melembutkan daging dengan mudah tanpa menggunakan periuk pressure cooker.
Sebenarnya berbagai cara, tip dan petua lembutkan daging yang boleh anda ikuti seperti yang dikongsikan ramai orang.
Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang ramai yang gunakan pressure cooker tetapi jika kuantiti daging yang sedikit adakah perlu guna periuk elektronik ini?
Petua dan tip ini saya dapatkan daripada orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang merungut dan sakit kepala tentang bagaimana cara nak melembutkan daging dengan mudah dan cepat.
Walau bagaimanapun, jika cara yang nombor satu anda guna tetapi tak menjadi, gunalah cara seterusnya mengikut keselesaan anda sendiri.
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
Nenas kan ‘tajam’, Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan?
Ini adalah cara melembutkan daging guna soda bikarbonat. Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat.
Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh/cuci dulu daging sebelum masak.
Petua turun temurun ini sememangnya ramai yang tahu dengan memasukkan sudu ke dalam masakan daging supaya lembut dan tidak liat. Sudu dikatakan akan meningkatkan suhu di dalam periuk yang mempercepatkan daging menjadi lembut.
Petua melembutkan daging beku dari peti ais pula sangat berbeza dan dikatakan ketulan daging yang keras menjadi lembut serta mudah dihiris.
Caranya telungkupkan periuk pertama dan letakka daging beku tersebut di atasnya. Periuk kedua perlu diletakkan di atas daging beku itu.
Dengan menggunakan cara ini ia akan menjadi ketulan daging tersebut menjadi cepat lembut serta senang dihiris untuk dimasak.
Sama ada daging lembu, kambing bakar atau apa jenis daging pun, cara dan petua ini boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Untuk lembutkan daging bakar, dalam masakan atau sebelum dimasak, masing-masing mempunyai cara tersendiri mengikut petua yang diajarkan oleh orang-orang terdahulu yang telah terbukti keberhasilannya sehingga menjadi warisan generasi sekarang.
Daun nangka dicampurkan terus ke dalam masakan untuk beberapa helai sahaja dengan tujuan untuk dapatkan daging yang empuk dan senang dikunyah.
Buah keras atau manjakani ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan ke dalam masakan anda sama ada gulai, kari dan sebagainya.
Batang tebu yang dipotong menjadi beberapa bahagian kecil juga boleh digunakan dalam masakan anda untuk menyedapkan lagi daging anda itu.
Daun pisang yang dicarik-carik menjadi bahagian kecil boleh dicampurkan dalam makanan yang anda masak.
Dikatakan daun pisang abu adalah yang terbaik namun semua jenis daun pisang dibolehkan.
Untuk Daging Sebelum Dimasak
Perapan daging bersama limau nipis atau lemon yang dihiris nipis dan diperap dalam jangka masa selama 2 jam atau hingga ke 24 jam tentu akan memudahkan anda memakannya.
Perap bersama halia yang dipotong beberapa bahagian kemudian dicampurkan ke dalam potongan daging serta diperap selama 2 jam ke atas, lebih lama lebih bagus hasilnya.
Perap bersama cuka makan dalam jangka masa sekurangnya 15 minit. Campurkan cuka dengan daging, kemudian keringkan sebelum daging itu dimasak mengikut resepi pilihan anda dan lihat hasilnya.
Zaman sekarang berbagai jenis tips yang dikongsikan orang ramai cara lembutkan daging tetapi tidak semua petua dan tip yang boleh kita amalkan kerana mungkin sesetengah daripadanya akan memudaratkan diri sendiri.
Jangan gunakan panadol untuk lembutkan daging kerana ia boleh membunuh.
Antara yang sering diperkatakan petua lembutkan daging dengan panadol, sebenarnya petua ini pernah menjadi perbualan hangat serta beberapa doktor turut mengesahkan adalah tidak disarankan menggunakan panadol ke dalam daging kerana ia akan menjejaskan kesihatan.
Begitu juga dengan gula-gula Hacks yang telah juga diperkatakan tidak lama dulu. Apa sekalipun cara yang anda akan gunakan adalah lebih baik merujuk kepada mereka yang lebih pakar. Tetapi antara petua-petua di atas terbukti antaranya menjadi dan anda boleh amalkan tanpa was-was.
Menggunakan ais batu juga selalu digunakan, rebus dulu daging sekitar 30 mnit kemudian matikan api dan masukkan ais batu yang agak banyak kemudian tutup rapat periuknya.
Menggunakan buah betik juga biasa digunakan untuk melembukkan daging..
MW: Semoga perkongsian tips dan petua lembutkan daging lembu, daging beku untuk masakan atau yang sebelum dimasak ini akan memudahkan kerja anda untuk memasak selain dapat menikmati daging yang enak dan empuk. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, mesti inginkan kediaman sendiri. Tinggal dengan keluarga idak sama apabila tinggal bersama pasangan tanpa gangguan orang lain. Kediaman inilah memberikan kebebasan untuk pasangan lakukan tanpa sebarang privasi.
Namun, tidak mustahil ada juga keluarga yang mahukan suami isteri berkahwin untuk tinggal bersama keluarga. Katanyam, baru berkahwin dan masih belum cukup duit untuk membeli sebuah rumah.
Sebenarnya, kecil atau besar, mewah atau biasa tidak menjadi persoalan. Paling penting, suami isteri yang tinggal di rumah itu selesa dan di situlah kebahagiaan bermula. Perkongsian Azizul Azli Ahmad turut menyarankan perkara ini. Malah, mencadangkan sekali penggunaan warna hijau dalam kcdiaman bagi mencetuskan rasa bahagia dan tenteram.
Kita akan lama berada dalam rumah nampaknya. Mulai sekarang berazamlah untuk selesakan ruang kediaman kita.
Kawan kawan mulia,
Kita mungkin akan lama atau selamanya banyak masa dirumah.
Carilah sebuah rumah yang selesa buat keluarga.
Sediakan ruang bagi setiap orang, biarpun kecil setidaknya mereka ada ruang privasi sendiri. Adakalanya mereka perlukan waktu bersendiri.
Jaga aurat ahli keluarga rumah kita juga. Usahakan pisahkan antara anak lelaki dan perempuan.
Duduk berbincang apa yang boleh tambah nilai bagi mereka rasa selesa dan bahagia.
Boleh gunakan warna hijau kerana ia menenangkan keluarg kita dan membuatkan kita lama untuk duduk di dalamnya. Nisbah warna hijau dan putih harus seimbang dan baik baru jadi.
MW: Betul tu, walaupun rumah kecil, cukuplah untuk kita, pasangan dan anak-anak. Itu dah cukup membahagiakan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur
Sumber Foto: Malaysia Homie
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!