Orangnya bijak menyusun kata dan suka meluahkan rasa di laman Instagram, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli kini aktif dalam kempen @misija4bosnia untuk membantu rakyat Islam di Bosnia bersama rakan-rakan artis lain, Diana Amir dan Ashraf Muslim.
Seperti yang kita ketahui, wanita ini pernah mendirikan rumah tangga bersama personalitu TV, Ally Iskandar dan dianugerahkan seorang puteri, Maream Esabel yang sekarang berusia 3 tahun. Ditakdirkan jodohnya bersama Ally hanya sampai bulan Ogos 2016, namun mereka masih berkawan baik.
Terbaru tulisannya sangat menyentuh emosi dan ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat dirinya agar terus kuatkan hati dalam meneruskan hidup bersama si comel, Maream.
Luahan Farah Lee Buat Arwah Papa
Setahun sudah berlalu, saat kami harus redha yang dipinjam perlu dipulangkan.
“Pa,
Banyak Kakcik nak cerita ni.”
Ok, berbanding last time Papa tengok Kakcik dan Maream, sekarang kehidupan kitorang alhamdulillah better. Papa ingat video kitorang kat Korea yang Papa ulang-ulang tengok before Papa tidur malam last tu? Ramai orang sayang Maream kan.? Sekarang laaagiii ramai orang sayang Maream. InshaAllah kasih sayang Allah takkan pernah kurang untuk dia.
Dia pun dah pandai sayang orang. Setiap kali dia tengok Kakcik sedih dia akan cakap “Omma rindu Tokpa eh.?”. Dia tahu, lepas tu dia akan senyum dan peluk Kakcik then dia kata “Omma jangan sedih, Maream kan ada”. Lepas peluk dia, hilang sikit rindu pada Papa. Because I know how much you’d loved her and how hard you’d cried for her. She’s doing so well now, don’t worry, thanks to me.
Tapi Kakcik belum kahwin lagi ni. Boleh tahan ramai yang nak masuk line tapi dorang tak hebat macam Papa la so pencarian masih diteruskan. But I know that’s not what you want me to do in rush. As I can see, Papa lagi lebih-lebih trauma dari Kakcik itu hari. InshaAllah Papa, jika Allah berjodohkan Kakcik kembali, moga seorang yang dapat terima keluarga kita seadanya. Yang ada strong family bonding macam kita. Macam Papa lah senang cerita! Hehe..
Mama pulak, she’s getting better and stronger now. Awal-awal Papa takde nampak Mama struggle. Tapi now alhamdulillah she’s happier. Ada Papa di dalam setiap diri kami, dan atas dasar itu juga hubungan ni tak pernah renggang, in fact lagi rapat lepas Papa takde. Jadi inshaAllah the whole Papa akan sentiasa ada dengan Mama.
Papa, business Kakcik okay sangat-sangat sekarang. Thanks to you yang selalu bersungguh support walau Kakcik tahu Papa tak suka Kakcik ambik path ni. Kakcik dah active balik join kerja2 volunteering macam dulu. Kakcik start travel balik. InshaAllah nanti Kakcik nak keluarkan buku.
The words yang keep me going strong through this journey adalah,
“Papa nak sangat tengok Kakcik jadi Kakcik yang dulu”.
Setahun berlalu,
writing to this as Kakcik yang dulu,
cuma sekarang bertambah seorang orang yang Kakcik rindu.
Gambar Terakhir Dengan Papa
Ini, gambar terakhir kita bersama, Papa. Senyuman di bibir, kucupan di pipi dan usapan di dahi, masih hangat di hati.
Petang itu, selepas meminta izin untuk ke Korea malamnya, aku sempat berkata…
“Papa kuat kan.? Kakcik gi Korea kejap je. Sempat kan Papa makin sihat Kakcik balik nanti.? Balik nanti Kakcik temankan Papa hari-hari ok.?”.
Dia senyum je, tak menjawab ya. Aku tak sangka, tiada ya itu salah satu tandanya.
Waktu melawat sudah tamat. Selepas aku usap dahinya, aku mengundur pergi. Being the cheekiest daughter, aku berundur lambai sambil menari. Dia menyambut dengan lambaian dan senyuman yang paling manis sekali. Sebak, tapi aku hidekan. Itulah gambaran terakhir Papa dalam ingatan. Dia, dan senyuman.
Kalau ikutkan, terlalu mahu aku berada dekat di saat akhirnya. Terkilan. Tiada memandikan, tiada mengafankan, tiada menyolatkan. Tapi aku yakin, Allah hantar aku ke jauh waktu itu, mungkin kerana mahu gambaran terakhir aku di mata Papa adalah aku yang bahagia. Bukan aku yang sedih melihat kesakitannya. Bukan aku yang lelah dengan ujianku.
Aku tahu, dia sangat sentiasa risaukan aku dan Maream. Pertama kali aku lihat dia menangis dalam hidupnya adalah selepas dia mendapat tahu yang aku bakal diceraikan. Luluh hati. Melihat seorang yang sentiasa kuat dan berego tinggi, menitiskan air mata kerana kami. Tapi apakan daya, ia tetap terjadi.
Jadi aku yakin, Allah hantar kami ke jauh waktu itu, mungkin supaya dia dapat lihat yang aku dan Maream kini sangat bahagia walau hanya berdua. Akhir detiknya, dia sangat gembira tunjukkan nurse video kompilasi aku dan Maream di sana yang aku kirimkan khas untuknya. Mengingati itu, dada jadi sebak pilu. Tapi aku syukur, kerana itu gambaran terakhir kami dimatanya. Kami yang bahagia. Yang mungkin membuatkan dia pergi juga dengan bahagia.
Papa, tak apa, jasad kita mungkin tak bersama di sini. Tapi Kakcik akan cuba untuk kirimkan doa peneman Papa di Sana hari-hari, macam yang Kakcik dah janji. Mungkin bakti Kakcik tak banyak untuk Papa di dunia, cuma Kakcik harap dapat jadi anak yang berbakti pada akhirat Papa selamanya. Itulah bakti yang kekal dan setia.
ROMLI BIN ISMAIL
Agak sebak membaca tulisan Farah Lee di lama instagram miliknya, walau kebanyakan gambar-gambarnya kelihatan tersenyum riang tapi ternyata rasa rindu pada arwah Papanya tetap menebal. Malah tiap kali perasaan rindu itu muncul, Farah akan terus sampaikan ‘surat’ buat Papanya yang berada di kehidupan alam ABADI. Moga arwah Papa Farah Lee tenang di sana dan ditempatkan di kalangan yang soleh dan beriman.
Al-Fatihah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI