Ramai netizen memuji keakraban di antara kekasih Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie Lim dan bekas isteri Noor Nabila yang berkongsi momen bersama di laman Instagram masing-masing sejak kebelakangan ini. Malah, kehadiran Amelia turut diterima baik oleh Jebat Jayden.
“Boleh tak kalau nak ‘aunty’ ni (Amelia) jadi Mommy baru Baby (Jebat),” kata anak pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden. Kata-kata Jebat yang membahasakan dirinya sebagai Baby itu mengundang perhatian warganet sehingga ramai yang bersetuju dan merestuinya.
Umum mengetahui Amelia Christie Lim yang juga pelakon ialah kekasih kepada Sharnaaz.
Ads
Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat itu, memaparkan Jebat mencari Mommy. Kemunculan Amelia membuatkan Jebat tertarik padanya. Pada masa sama, ibu Jebat yang juga bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila sedang mencari Jebat yang ketika bermain dengan Amelia.
Jebat juga secara berseloroh mahukan tiga Mommya.
Ads
“Baby nak tiga Mommy. Baby nak Mommy (Nabila), Aunty Amelia dan Mommyhana (beg Mommyhana),” katanya.
Sebelum ini menerusi perkongsian video baik daripada Sharnaaz mahu pun Nabila, tidak dinafikan lagi keakraban Jebat dan Amelia. Malah, mereka juga pernah pergi bercuti bersama.
Ads
Malah, pada video Mommyhana kelihatan bagaimana Nabila dan Amelia tidak kekok bersama. Hubungan mesra mereka seperti kakak dan adik.
Bila anak menantu sudah berumah tangga, biarlah merek tinggal sendiri. Usahlah diajak mereka tinggal bersama. Banyak buruk daripada baiknya apabila tinggal sebumbung. Lagi pun inilah masa mereka untuk merasai sendiri kehidupan alam rumah tangga.
Perjalanan mengharungi bahtera rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sesungguhnya ia memerlukan tanggungjawab bersama untuk mengharunginya. Tidak mungkin bahtera rumah tangga berjaya tanpa usaha daripada kedua-dua pihak.
Sedikit perkongsian daripada Norhayati Abu Bakar tentang alam perkahwinan yang boleh dijadikan panduan buat semua.
Masih terkejut dengan kenyataan bahawa ‘motherboard’ komputer tidak dapat diselamatkan sehingga saya lupa mengucap selamat ulang tahun perkahwinan Syamil Muhammad dan Nurul Ain Zakaria.
Semalam saya ke kedai bersama suami kebetulan terjumpa dulang kecil berlatar belakang Republic Checz, saya tunjukkan kepada suami.
‘Nak buat apa?’ ‘Hadiah kat Ain, tapi birthday dia lambat lagi’ (memang tak ingat langsung hari anniversary mereka, sedangkan malam sebelumnya suami sudah maklumkan sebab ada ingatan dari aplikasi di fonnya)
Akhirnya dulang kecil itu saya letak kembali.
Bulan Ogos banyak mencatat sejarah besar dalam keluarga. Beberapa ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan juga.
Sedar tak sedar sudah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Kata para kaunselor 10 tahun pertama adalah tempoh perkenalan, mencari titik kesamaan dan penuh dengan cabaran.
Tidak mustahil ada pasangan yang berpisah seawal enam bulan berkahwin. Di suatu masa terdengar perbualan suami dengan seorang jurugambar professional.
‘Oh! saya dah tak ambil gambar perkahwinan. Kos tinggi sebab saya memang akan edit bagi betul betul cantik. Kadang ambik masa berbulan juga tengok kalau banyak jobs. Sedihnya bila setelah bersengkang mata berbulan siapkan, pelanggan tak nak ambik album dan langsaikan baki. Alasan? Kami dah bercerai. Masyaalah tepuk dahi saya’
Menyaksikan fasa perkahwinan anak anak sudah pasti ada masa kami turut tidak lena malam dan bangun membuat solat hajat muga Allah limpahkan kesabaran dan kasih sayang dalam rumahtangga mereka.
Meski kami tidak suka campurtangan urusan rumahtangga anak anak tetapi sesekali kena juga pengadil turun ke padang. Menegur dan mencadangkan solusi. Malah pernah juga pasrah menyerah kepada Allah apa sahaja jalan keluar yang dirasakan baik untuk keluar dari kemelut yang melanda.
Berkahwin bukan sekadar menghalalkan hubungan tetapi lebih jauh dari itu. Mencari keserasian, melengkap kekurangan, menerima buruk dan baik pasangan juga bersusah senang bersama. Hasrat setiap pasangan tentu mahu bercinta hingga ke syurga.
Untuk mencapai bahagia juga perlu ilmu. Baca, dengar dan lihat contoh hidup. Paling penting masing masing tahu hak yang perlu ditunaikan. Betapa cekap sekalipun tahap keupayaan isteri mengurus hal rumahtangga dan kehidupan suami tidak sesekali boleh lepas tangan. Berkahwin untuk mengambil tanggungjawab dan memberi kebahagian. Bukan mengambil kesempatan
Saya pernah berbincang dengan suami tentang saudara mara yang berkahwin berkali kali dan membesar anak tiri bersama. Jelas suami, orang dulu dulu tidak ada kemampuan kewangan. Jadi bila suami mati atau dicerai keluarga akan berusaha mencari jodoh baharu supaya kehidupan isteri dan anak anak terjamin. Istilah kahwin salin tikar, kahwin sepupu dan kahwin dua tiga kali itu perkara biasa dalam masyarakat ketika itu.
Zaman sekarang wanita sudah punya kemampuan kewangan yang kukuh dan mereka tidak perlu mengharap suami menyara kehidupan. Maka keperluan mencari suami baharu dan mungkin trauma dari perkahwinan lepas membuat mereka tidak tergesa berkahwin lagi. Ada yang menunggu anak anak dewasa, berkahwin baharu mereka memikir tentang diri mereka. Mungkin untuk mengisi kesepian.
Ya! Setiap rumahtangga adalah satu pelayaran yang panjang. Ada yang mampu menentang arus dan badai, ada juga yang belum apa apa sudah terhempas menghempap batu karang.
Semalam saya terima pesanan dari seorang teman. Sesuatu yang baik juga untuk dikongsi. Penulis asal tidak pula dinyatakan tetapi yang baik itu kita tetap terima sebagai panduan. Muga ada manfaatnya.
1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda
Sebaiknya, minta mereka berpindah walau pun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan. (ini yang kami amalkan kata orang dekat bau tahi jauh bau bunga)
2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda
Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini, hanya ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya. (Betul tu, walau betapa ikhlas menerima mak mertua, hati tetap akan terasa. Dan layan menantu sama rata supaya tak nampak ada diskriminasi. Kadang kita tak sedar, pasangan kena tegur ni)
3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda
Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. (boleh bercakap baik baik dengan anak, minta mereka menegur pasangan tetapi jangan bagitau mak suruh bagi tahu, pandai pandailah cipta ruang dan cara bak kata orang bagai menarik rambut dalam tepung)
4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka (sesekali okaylah supaya mereka tidak pula rasa selesa dan ambil kesempatan di atas kerajinan anda). Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.
5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh (ini betul kalau mereka tak bercerita atau bertanya pandangan jangan sibuk sibuk bertanya) Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.
6. Cucu anda adalah hak mutlak ibu dan bapa mereka (betul tu jangan atur hidup anak anak. Biar mereka urus anak mereka. Tolong sekali sekala bolehlah)
Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.
7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda (pemilihan menantu juga penting supaya ada keserasian dari awal, jika bukan menantu pilihan kena belajar menerima hakikat menantu sudah bantu mengambil alih sebahagian tugas anda)
Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.
8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara (betul sangat. Rancang apa mahu dibuat supaya dapat mengisi hari tua dengan apa yang selama ini tidak mampu dibuat. Lebihkan masa memupuk kasih sayang dengan pasangan bukan dengan cucu cucu)
Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, “It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don’t let your wealth become worthless to you.”
9. Cucu bukan milik anda
Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda. (sangat setuju)
Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik, makcik, keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.
Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengakui bahawa telah pelbagai cara dilakukan untuk hamil namun dia masih belum dikurniakan berita gembira yang sangat-sangat dinantikan. Janna kepingin membuat kejutan ‘dua garis’ buat suaminya Dini Schatzmann.
Setiap kali hendak memeriksa keputusan ujian kehamilan, Janna mengakui hatinya sering berdebar. Sedih kerana bila hanya ada satu garisan namun Janna perlu memaksa diri menerima kenyataan yang belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan cahaya mata sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Bagaimanapun tidak semua pasangan dikurniakan zuriat dalam tempoh cepat.
Soal zuriat juga dianggap perkara paling penting dalam sebuah keluarga bagi menjamin kesinambungan keturunan. Dugaan yang datang dalam menanti kehadiran cahaya mata perlu diterima dengan keterbukaan hati dan fikiran.
INI ANTARA USAHA YANG JANNA LAKUKAN:
*Janna juga sanggup berkorban melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna bagi memastikan dia dapat hamil.
*Mengamalkan pelbagai jenis suplemen. Kesannya wajah naik jerawat yang besar-besar.
Janna mengakui bahawa bukan mudah melalui proses kehamilan dan berdoa agar semua wanita yang sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata dipermudahkan urusan.
Usaha mendapatkan cahaya mata ini memerlukan kesabaran kedua-dua belah pihak, isteri dan juga suami.
Untuk info Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Aisyah, di Langkawi pada 10 Jun 2023.
Bagi seorang suami sama ada ibu mahupun isterinya, kedua-dua wanita ini merupakan insan penting dalam hidupnya. Yang seorang melahirkan dirinya dan seorang lagi melahirkan zuriatnya.
Bagaimanapun masih ramai kaum isteri yang tak sebulu dengan ibu mentua. Puncanya pun tak akan sama. Selalu yang berasa tersempit, tetap golongan lelaki. Nak dengar sebelah ibu mentua atau isterinya?
Setiap pasangan suami isteri boleh renungkan perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini. Jangan sampai dua hati wanita kesayangan ini terluka dalam tak sedar.
Hak Ibu Mentua
Bila seorang lelaki jaga dua hati wanita, InsyaAllah hidupnya akan beroleh kejayaan dunia akhirat, insyaAllah.
Wanita itu adalah ibunya dan isterinya.
Lelaki yang bijak dan berilmu, dia akan sedaya upaya menjaga hati kedua hati ini. Tanpa menidakkan doa mustajab ibu, serta kelapangan hati isteri yang akan melancarkan segala urusannya.
Sebab itu kita lihat, ramai lelaki yang diberikan kejayaan kerana berjaya menjaga kedua hati wanita ini. Lihat sahaja bagaimana santunnya Rasulullah SAW pada ibu susuannya bila datang berziarah, baginda akan membentangkan kain untuk ibunya duduk. Lihatlah bagaimana akhlak Nabi.
Lihat juga akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda yang santun lagi memuliakan mereka. Nak berjaya, ikutlah cara Rasulullah SAW. InsyaAllah.
Walau ibu kita tidak mewariskan kemewahan, ibu kita tidak berkelulusan tinggi, namun jangan sesekali kita lupa, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu.
Kita kecilkan hati ibu, di dunia lagi Allah akan tunjukkan, mungkin masa kita masih hidup, atau semasa kita nazak. Tanpa doa dan redha ibu, susahnya kita mahu menongkah ujian hidup, ibarat melangkah di dalam selut.
Biarpun isteri kita kadangkala mencabar kesabaran, serta pelbagai hal lagi yang membuatkan hati kita tidak senang, sentiasa tajdid niat, “inilah penghulu bidadariku di syurga.” Supaya kita ingat, betapa besarnya tugas kita untuk membimbingnya.
Ibu Mentua Bukan Pesaing
Isteri yang solehah pula takkan sesekali menganggap ibu mertuanya pesaing untuk beroleh cinta suami kerana dia mengerti, ibu itu pemegang kunci syurga suaminya. Sekiranya isteri menggalakkan suami berkhidmat kepada ibubapa, semoga rahmat Allah akan memayungi rumah tangga mereka juga, insyaAllah.
Ibu yang solehah juga akan sentiasa mengingatkan anak lelakinya agar menyantuni isteri. Isteri lubuk pahala, isteri anugerah dan amanah. Layani isteri sebaiknya sebagaimana si suami mahu bapanya menyayangi ibunya.
Jagalah hati kedua wanita ini kerana Allah. Sesungguhnya semoga kamu akan menjadi lelaki yang beruntung, berjaya dan bermanfaat di dunia dan akhirat.
Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.