Ads

Isteri Ditangkap Khalwat Di Bulan Ramadan, Suami Hampir Tumbuk Pasangan Selepas Berlaku Kekecohan

Isteri ditangkap khalwat di bulan Ramadan, suami hampir tumbuk pasangan selepas berlaku kekecohan. Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa bila mendapat tahu isterinya ditangkap khalwat bersama seorang lelaki lain di siang hari bulan Ramadan.

Dalam video yang dikongsikan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) lelaki tersebut yang terlalu kecewa berkata, “Kau aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek,” luahnya sambil dirinya disabarkan oleh anggota penguatkuasa.

Isteri ditangkap sedang berdua dengan lelaki bukan muhrim

Dalam satu tangkapan khalwat oleh JAIM itu, isteri ini ditangkap bersama seorang lelaki lain dalam serbuan di sebuah rumah di Krubong pada jam 10.00 pagi.

Menerusi video yang dimuat naik,  tangkapan ini dilakukan oleh imam yang bertugas bersama pihak penguat kuasa JAIM selepas menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di rumah berkenaan.

Ads
Isteri Ditangkap Khalwat Di Bulan Ramadan, Suami Hampir Tumbuk Pasangan Selepas Berlaku Kekecohan
Isteri ditangkap sedang berduaan dengan lelaki bukan muhrim

 

“Tangkapan dilakukan oleh imam bersama penguat kuasa JAIM menahan isteri orang berkhalwat di siang Ramadan.

“Namun kekecohan berlaku antara si isteri (orang yang disyaki) dan si suami yang berada di tempat kejadian kerana kecewa dengan perbuatan isterinya yang memalukan itu.

Ads

“Video ini bukan untuk mengaibkan, tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen ‘amal makruf nahi munkar’,” menurut kenyataan itu.

Rakaman itu turut menunjukkan anggota penguat kuasa terpaksa meleraikan pertelingkahan antara pasangan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ads

Pegawai penguat kuasa kemudiannya menerangkan kesalahan yang dilakukan pasangan itu yang ditahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak.

Kedua-dua individu terbabit kemudian dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan sebelum dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Kredit :- Harian Metro.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Minum Kopi

Waktu Minum Kopi Salah, Akhirnya Badan Jadi Makin Stres!

Ramai yang ingat kalau awal minum kopi, lagi cepat otak akan 'bersambung'. Tapi sebenarnya silap besar dan cara ini salah.