‘Jawi Sangat Indah, Jangan Curigainya..’ Lim Swee Tin Kata Ia Hanyalah Bentuk Tulisan

Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu memperkasakan tulisan jawi dan khat menjadikannya sebagai sukatan mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun depan, ada segelintir pihak yang menentang. Bimbang, ia menjadi wadah keagamaan.

Berbeza pandangan sasterawan Prof Madya Dr Lim Swee Tin yang berkongsi ruang pemikiran tentang hasrat KPM itu. Beliau yang dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 25 September 1952, membesar dalam kalangan masyarakat Melayu.

Semasa di sekolah rendah, beliau menulis dan membaca jawi. Namun, itu tak menjadi masalah baginya. Malah sama sekali tidak mengubah jati diri dan pegangan agamanya.

Tulisnya di ruangan facebook miliknya,

IKLAN

Sokonglah Kementerian Pendidikan (KPM) kita. Jawi di sekolah tidak menjejaskan apa-apa, tidak merugikan siapa-siapa.

Anak-anak kita pasti seronok dapat mempelajari, juga menguasai warisan bangsa ini.

Sejak lama dahulu saya berpendirian adalah merugikan setelah kita tidak lagi mengajarkan jawi di sekolah.

Sebelum mengenali rumi, apakah bentuk tulisan yang kita guna? Beratus tahun jawi menadi dalam peradaban, budaya dan segar di alam Melayu. Memperkenalkannya di sekolah adalah satu keberuntungan.

IKLAN

Jawi sangat indah. Jangan mencurigainya. Ia hanyalah bentuk tulisan.

Terlalu banyak khazanah keilmuan bangsa kita dikembangkan dahulu melalui tulisan ini. Puluhan ribu naskhah manuskrip kita yang berselerak di serata dunia itu dalam tulisan jawi. Kita perlu mengenalinya. Jawi masih punyai nilai ekonomi yang tinggi.

Ia juga identiti nasional kita.

Khat Dan Tulisan Jawi Adalah Seni

Begitu juga dengan pandangan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Akuinya, khat dan tulisan jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan.

IKLAN

Dalam Berita Harian kongsinya, “Kita ambil maklum keresahan masyarakat Tionghua dalam isu ini tetapi ini (khat dan tulisan Jawi) adalah seni, bukan agama.”

MW : Tulisan jawi ini adalah khazanah bangsa yang semakin lama semakin dilupakan. Sayang sekali, jika ia terbiar begitu saja hilanglah nilai sejarah bangsa dan warisan budaya masyarakat kita.

Sumber/Foto : Lim Swee Tin , Malaysiakini, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI