Buat wanita yang sedang berdiet atau mak-mak yang selalu beli salad jenis ‘romaine lettuce’ ni, mohon hati-hati iya. Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ‘romaine lettuce’ yang diimport dari Amerika Syarikat ditarik balik daripada pasaran.
Kementerian Kesihatan menasihatkan pengguna supaya tidak memakan ‘romaine lettuce’ yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berikutan laporan sayur berkenaan dicemari bakteria patogenik Escherichia coli (E.coli) di negara itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia ada mengimport ‘romaine lettuce’ dari AS dan kementerian sudah mengenakan tindakan penguatkuasaan “Tahan, Uji dan Lepas” (TUL) terhadap sayur jenis itu yang diimport.
“Pengguna dinasihatkan supaya menyemak label produk untuk mengenal pasti negara asal produk dan pengguna yang sudah membeli sayur ‘romaine lettuce’ dari AS dinasihatkan supaya tidak memakannya.
“Bagi mereka yang mempunyai gejala keracunan makanan seperti sakit perut, loya, muntah dan sakit kepala selepas memakan sayur ‘romaine lettuce’ itu perlu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ads
Dicemari Bakteria E.coli
Laman sesawang Washington Post dalam artikel bertajuk ‘Romaine Lettuce Is Not Safe To Eat, CDC Warns U.S. consumers’ pada 20 November lalu menyatakan pihak Centers For Disease Control (CDC) and Prevention di AS melaporkan, seramai 32 orang dari 11 daerah di AS jatuh sakit akibat memakan ‘romaine lettuce ‘ yang dicemari bakteria patogenik E.coli.
Dr Noor Hisham berkata, kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan juga sudah mengenal pasti pengimport yang mengimport sayur ‘romaine lettuce’ dari AS dan mengarahkan supaya menarik balik sayur itu dari pasaran mengikut peruntukan di bawah Seksyen 13C(2), Akta Makanan 1983.
Ads
“Kegagalan mematuhi peruntukan seksyen itu adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali.
“Selain itu, penjual juga diminta supaya menghentikan penjualan sayur itu serta-merta,” katanya.
Boleh Akibatkan Kematian
Mengulas lanjut, beliau berkata, E.coli adalah sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan cirit birit, demam dan kesakitan abdomen.
Ads
Katanya, dalam kes yang tertentu, ia boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua atau orang yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.
Beliau turut meminta pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai isu keselamatan makanan supaya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
MW: Jadi buat mak-mak, bila beli sayur tu, lebih berhati-hati iya. Semak label dahulu dan buat masa ini elakkan terbeli salad jenis ini keluaran Amerika Syarikat yang boleh membahayakan kesihatan diri.
Tanggungjawab seorang anak cukup besar apatah lagi dalam menjaga mak ayah yang semakin uzur dan meningkat usia.Kasih sayang, kesabaran dan sifat memahami daripada seorang suami amatlah dihargai dan menunaikan tanggunjawab ini.
Bertuah memiliki suami yang tidak berkira dalam serba serbi. Baik menolong urusan rumahtangga, menjaga anak-anak mahupun berbakti pada mak ayah mertua seperti mak ayah sendiri.
Bekas pelakon dan penyanyi Arbaiyah Abdul Manan,41 atau lebih dikenali Abby Abadi ada berkongsi rasa syukur kerana memiliki suami yang cukup memahami dalam membantunya menguruskan mak ayah abby yang sudah uzur.Salah satu rutin setiap hari yang suaminya, Muhammad Faizal Zakaria,44 sering lakukan adalah memandikan ayah Abby sendiri.
“Jumaat yang berkah, Syukur ALLAH pilih dapat bantu suami @jaiezzany hari ni mandi ayah saya. Ayah saya tapi suami yang tiap-tiap hari mandikan, saya sheshekali jew”.
“Sebab apa macam tu, sebab suami pagi-pagi kalau nak cepat, dia naik motor hantar Baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar Baby besar gi sekolah terus gi umah Mak Ayah kita hantar sarapan + mandikan Ayah. Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, Suami kata takyah ikutlah sebab dia nak kejar masa (gi pasang cctv dsb)”.
“Bila sesekali je dapat mandikan ayah, rasa saya ni huhu… Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab-bab macam ni. Harap suami-suami sahabat saya disini pun rajin juga bantu isteri-isterinya jaga Mak Ayah kalau dah tak berdaya ye”.
Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dapat masuk syurga sebutlah namaku sama hihi..Esok shopping ye suami haha
Sementara, pada posting lain Abby juga ada berkongsi mengenai tanggungjawab seorang anak menjaga mak ayah yang telah uzur.
“Macam ni ye cara-cara mandikan orang tua kita yang dah tak terdaya nak urus diri sendiri.Tak susah manapun. Sabun-sabun, gosok-gosok, garu-garukan sikit..jirus sampai bersih. Kalau berry, bayangkan basuh berry baby je. Hilang rasa geli loya dan sebagainya tu. Nak dengan tak nak je”.
“Suka nak share kat sini sebab ramai sangat takde hati nak ambil tanggungjawab ni. Kalau Mak Ayah orang tu satu hal juga. Ini Mak Ayah sendiri kot! Apalah yang susah sangat… kann? Masa kecik dorang dah susah payah untuk kita. Pagi petang siang malam kerja, nak cukupkan makan pakai kita. Bila mereka dah berusia & tak berdaya, giliran kita pula menguruskan mereka. Kan kata nak masuk Syurga, tapi Mak Ayah kenapa dibiarkan je?”
Hidup jangan banyak alasan. Tak tahu nak mandikan, belajar. Tak suka pada Mak Ayah sendiri? Balik awal… .Hidup ini penuh “TanggungJawab”. Bukan pada diri sendiri je.. Pada Mak Ayah, pada suami isteri, pada anak-anak, pada adik beradik, pada keluarga & semua umat manusia
Kalau kita beragama ISLAM, segalanya berkisar tentang dosa pahala.. jangan ambil agama itu ikut suka kita je… Solat tak tinggal, ALQURAN baca sampai hafal.. tapi tanggungjawab lain? Takpe Terabai? Itu yang silap tu. ISLAM itu wajib diambil seluruhnya. Bila kita faham ISLAM itu secara keseluruhannya, pasti kita akan rasa makna ”tanggungjawab” untuk menjaga Mak Ayah kita sangat bernilai disisiNYA..Usahakanlah.. sebelum terlambat.
Terima Kasih Suami ku sayang @jaiezzany yang berterusan bantu Saya uruskan Mak Ayah. Terima Kasih Abang.
MW: Tahniah buat Abby Abadi dan suami kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaiknya, dengan menjaga pada mak ayah yang telah uzur. Semoga ramai yang dapat mencontohi sikap ini, serta menjadikan kita anak yang sentiasa merebut peluang berbakti kepada kedua mak ayah yang telah tua.
Akhir-akhir ini, acara ‘Gender Reveal’ bagaikan satu kemestian bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Ia merupakan acara suka-suka untuk meneka dan meraikan jantina kandungan yang bakal dilahirkan dikalangan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga terdekat. Di Malaysia, antara selebriti yang pernah mengadakan majlis gender reveal ini ialah Vivy Yusuf,Betty Rahmat, Diana Nasir dan sebagainya.
Ada pelbagai cara mengikut kreativiti bagi mengumumkan jantina anak tersebut. Namun demikian, jika tersalah pilih boleh membahayakan dan mengakibatkan kemusnahan hutan semulajadi.
Terbaru, gara-gara ingin mencari keunikan untuk memperkenalkan jantina anak bakal dilahirkan kepada rakan-rakannya dengan menggunakan bahan letupan, sepasang suami isteri akhirnya menerima padah apabila Hutan Nasional Coronado terbakar.
Tindakan Dennis Dickey, 37, dan isterinya, Rita, menggunakan bahan letupan dipanggil ‘tannerite’ mengakibatkan kebakaran berlaku di ladang sawit seluas 47,000 ekar.
Kebakaran dipadamkan pasukan bomba dengan kekuatan seramai 800 anggota bomba dengan kos kerugian melibatkan AS$8.2juta.
Pasangan itu menggunakan bahan letupan itu untuk memaklumkan jantina anak bakal dilahirkan dan letupan itu akan mengeluarkan asap warna biru menunjukkan anak lelaki.
Dalam video berdurasi 49 saat itu, Dickey telah menembak sasaran kotak tertulis lelaki atau perempuan yang mengandungi ‘Tannerit’ dan bahan letupan itu meletop dengan kuat hingga mencetuskan kebakaran di kawasan tersebut.
Malah ketika itu, cuaca panas melanda bandar berkenaan hingga api merebak ke Hutan Nasional Coronado.Sejurus insiden itu, Dickey terus menghubungi balai bomba dan penyelamat berhubung kejadian itu.
Dia turut mengaku bersalah dengan memulakan kebakaran tanpa izin dan dijatuhi hukuman lima tahun, denda AS$100,000 dan perlu membayar AS$500 setiap bulan selama 20 tahun.
MW: Macam-macam hal. Nak buat gender reveal ke atau apa-apa pun, fikirkan jangka panjang. Jangan membahayakan atau menyusahkan orang lain pula.
Dekat 6 bulan berlalu, kesan parut pembedahan Baby Xandra semakin cantik dan sempurna. Si comel ini pun semakin tembam dan gebu. Bak kata ibunya, Sheila Razlan, “Kuat makan, kuat menyusu sebab itu dia bam bam.”
Syukur lihat perkembangan positif Baby Xandra ini. Memandangkan luka parut pembedahan dah semakin sempurna, ibunya berkongsi petua bagaimana dia mencantikkan kesan parut sumbing anaknya itu.
Jadi ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam proses memulihkan kesan parut anak sumbing, bolehlah cuba petua Sheila ini.
Kata Sheila, “Salam Jumaat Untie Uncle (sebagai mewakili anaknya), Ramai tanya condition baby Xandra sekarang kan.”
“Okay, ni mommy nak close up bekas jahitan dari hidung sampai bibir luar Xandra. Alhamdulillah cantik dah. Nampak sempurna kan?”
Kata Sheila lagi dalam instagram, cara dia mendapatkan kesan parut yang cantik dan tak menggelembung adalah dengan menggunakan Dermatix setiap hari WITHOUT FAILED!
“Rajin urut 100 kali sehari.”
“Nak senang ikut waktu solat. 1 waktu, 20 kali urut kat kesan jahit tu.”
“For now nampak semua normal. Kecuali gusi yang cleft tu, tengah tunggu masa ada gigi tumbuh atau tak je. Nebes mommy.”
“InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih mommy plan nak bawa Xandra pi buat plastic surgery untuk lebih sempurnakan Xandra. Sebab dia girl kan?”
Itulah doa yang ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra tuturkan.
“Apa apa pun, biar Xandra membesar dengan sihat ya. Sampai masa yang sesuai Allah izinkan kita pi buat plastic surgery ya dik.”
MW : Mendoakan kemudahan rezeki untuk kedua ibu ayah Xandra, semoga urusan pembedahan plastik untuk Xandra dapat dilaksanakan dalam keadaan Baby Xandra sihat dan kuat.
Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat.