Jatuh cinta itu lumrah manusia. Malah jatuh cinta itu tak salah tetapi hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan perasaan sendiri sahaja. Jatuh cinta pada suami atau isteri orang sangat salah, cuba bayangkan jika mak,ayah berada di tempat pasangannya.
Sudah tentu kita akan sedih, bila dalam diam ada orang lain cuba mendekati dan menyayangi pasangan kita. Pada hal kita masih wujud, masih bergelar isteri atau suami. Sebaiknya janganlah meruntuhkan rumah tangga orang lain untuk kebahagian sendiri.
Isteri tak sanggup bermadu, suami walaupun mampu, jangan ‘tambah cawangan’ sebab nafsu. Poligami adalah satu amalan yang diizinkan dalam Islam dengan syarat ia dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keadilan.
Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan persiapan yang rapi dari segi emosi, mental, dan ekonomi. Suami yang ingin berpoligami perlu memastikan bahawa niatnya adalah ikhlas dan dia mampu berlaku adil terhadap semua isteri-isterinya.
Isteri Tak Sanggup Bermadu
Bagaimanapun poligami bukanlah satu amalan yang digalakkan secara sewenang-wenangnya. Ia memerlukan pertimbangan yang mendalam dan niat yang ikhlas untuk memelihara kebaikan bersama, bukan untuk memenuhi nafsu semata-mata.
Isteri tak sanggup bermadu, walaupun suami tidak pernah abai tanggungjawab pada keluarga. Dalam banyak kes poligami, biasanya suami tidak mampu dan tak adil tapi nak juga poligami. Ini yang selalu kita dengar kahwin lari di Siam.
Kebanyakannya disebabkan tak mahu isteri pertama tahu kerana mereka tidak bersetuju poligami kononnya. Memang tak mustahil. Ramai yang ada situasi begini bukan?
Biasanya tak setuju sebab suami tak berlaku adil dan gagal tunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Contohnya, tidak memberikan nafkah yang cukup kepada isteri dan anak. Ataupun tak tunaikan langsung nafkah. Tapi ada juga keadaan yang mana isteri tetap tak setuju walaupun suami sememangnya orang yang bertanggungjawab. Tak pernah kurang bab nafkah, segala harta yang dibeli telah diletakkan nama kepada isteri pertama dan anak-anak.
Suami Walaupun Mampu, Jangan ‘Tambah Cawangan’ Sebab Nafsu
Ada satu kisah, seorang wanita yang menjadi isteri kedua teraniaya. Dia dipinang sendiri oleh isteri pertama untuk suaminya. Wanita yang bakal menjadi isteri ini seorang yang sangat baik dan terima siapa sahaja yang menjadi jodohnya.
Memang semua orang mahukan lelaki ‘single’. Tapi, kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Tambah-tambah isteri pertama ini yang masuk meminang. Suaminya ini memang orang bertanggungjawab dari sudut nafkah. Jadi, terimalah wanita tersebut menjadi isteri kedua.
Wanita ini tidak kisah tentang harta sepencarian isteri pertama untuk diletakkan nama kepada isteri pertama. Ini memang haknya. Bagi dia, cukup dengan nafkah dan kasih sayang seorang lelaki untuk menjadikannya sebagai isteri yang sah.
Tiba-tiba, selepas setahun perkahwinan, suaminya berubah. Mula marah-marah. Isteri pertama juga buat-buat tak tahu. Selepas lahir sahaja anak, terus diceraikan luar Mahkamah hanya kerana isteri kedua ini minta duit beli barang anak yang baru lahir.
Ya Allah, kejam betul. Akhirnya, cerai tersebut disahkan. Tidak ada rujuk atau tidak ada nak pujuk. Terkontang-kanting isteri kedua ini berseorangan dengan anak yang baru lahir tersebut. Membesarkan berseorangan.
Walaupun diceraikan secara kejam, wanita ini tetap dengan pendirian untuk tidak menuntut apa-apa harta sepencarian atau apa-apa harta lain selepas cerai. Dia bukan mata duitan. Tapi, dizalimi oleh lelaki yang nak poligami tapi tak mampu berlaku adil.
Betul, poligami ini bukannya berkaitan dengan harta semata-mata. Ia lebih daripada itu. Ia bukan hak eksklusif kepada kaum lelaki sehingga tidak boleh isteri pertama bersuara.
Sebab itu, dalam undang-undang, suami perlu buktikan di Mahkamah tentang 4 perkara :
✅ – Apa keperluan untuk mahkamah benarkan poligami. Isteri mandul ke? Isteri uzur ke? Isteri gila ke? Atau ada sebab lain yang munasabah
✅ – Suami berkemampuan dari sudut kewangan
✅ – Suami akan berupaya beri layanan yang adil kepada semua tanggungannya
✅ – perkahwinan yang dicadangkan ini tak memudaratkan kepada isteri, anak atau bakal isteri.
Kalau nak kahwin semata-mata kerana nak lepaskan nafsu, itulah yang akan mendatangkan mudarat kepada bakal isteri. Mungkin ada isteri pertama yang tak setuju perkahwinan walaupun suaminya bertanggungjawab. Cuma, bertanggungjawab ini bukan semata-mata dengan kewangan sahaja.
Adakah suami itu mampu berlaku adil? Mampukah dia kendalikan dua hati wanita yang pastinya tak sama? Inilah kunci penting poligami. Ia terletak kepada kemampuan lelaki itu bukan sekadar wang ringgit sahaja. Mungkin isteri pertama itu setuju sebelum ini kerana terpaksa atau mungkin mereka berpakat untuk sesuatu. Ingatlah, haram hukumnya jika berkahwin dengan niat nak menganiaya seseorang.
Sumber: Tuan Fahmi Ramli Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Bila anak ‘dapat mulut’, mesti macam-macam yang nak ditanya. Mungkin ada mak ayah boleh saja melayan tapi tak mustahil ada mak ayah yang ‘berat mulut’ nak jawab dan berbual dengan anak.
Bayangkan apa yang mak ayah rasa kalau bercakap tapi anak pula’berat mulut’ nak jawab. Mesti geram kan. Inikan pula anak-anak yang sedang nak membesar. Segala macam persoalan akan dijawab.
Ini belum lagi bila anak semakin dewasa. Bila kurang berbual, masing-masing buat hal sendiri dan sampaikan tidak tahu apa yang nak dibualkan sebab tak biasa berborak. Jangan begitu.
Mak ayah janganlah berat mulut untuk berbual mahu pun nak menjawab apa yang anak tanya. Bila tak dilayan, inilah punca buat anak berjauh hati. Seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kadang-kadang kita ni berat sangat mulut dengan anak, sebab tu la anak jadi kurang rapat.
Sedangkan berbual-bual tu adalah jambatan kasih sayang kita anak beranak.
Makin rapat anak kita, makin banyak la yang nak dibualkan. Serius!
Ini antara cara nak mulakan perbualan :
“Hari ni kakak happy?”
“Abang plan nak buat apa hari ni?”
“Adik buat apa tu?”
“Ibu nak tahu lagi, ibu cerita la lagi”
“Apa kakak rasa kalau ….?”
“Ayah faham, abang nak….”
“Ada apa-apa yang ibu boleh bantu?”
“Menariknya, abang buat sendiri?”
“Wah, bangga betul ayah dengan kakak”
“Wow, hebat!”
Ayah suka!”
“Abgan cuba jelaskan pada ayah”
“Adik boleh cerita apa yang berlaku tadi?”
“Sayang ibu, meh sini”
Mulakan Perbualan
Petik saja salah satu skrip kat atas ni, kita mulakan perbualan dulu. Percayalah, lepas tu anak pasti akan mula berceloteh tak henti-henti.
Anak-anak ni akan rasa sangat gembira dan sangat selesa bila dapat berbual dengan ibu ayahnya. Dapat berbual macam dapat hadiah!
Bukan anak je, pasangan kita pun kalau jarang di tegur dan berbual makin lama makin jauh hati dia nak bercakap pun malas.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, soalan anak-anak itu boleh menjangkau pengetahuan mak ayah. Bersiap sedialah dengan jawapan. Jangan terus senyap tak dilayan. Sedih anak!
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Suara tarzan, itu realitinya mak-mak yang ada anak, rasanya mesti ada yang terpaksa lakukan ini apabila melihat karenah anak yang macam-macam. Beruntung lahai bila ada mak-mak yang lembut dan tak pernah marah pada anak-anak. Tapi, mungkin ada sesetengahnya hanya dalam dunia lakonan kot!
Suara tarzan, singa, petir atau sewaktu dengannya, itulah yang akan kelaur dari mulut mak-mak, apatah lagi bila badan dah penat dan tak mampu untuk berlembut lagi dengan anak-anak yang mula ‘buat perangai ‘ hinga menguji kesabaran mak.
Hakikatnya, dalam membesarkan anak-anak, kesabaran penting dan tidaklah sampai mencederakan anak. Paling tidak pun, rotan mesti ada kat rumah. Bukan untuk mendera, sekadar untuk memberi pengajaran.
Mungkin suami pandang ‘enteng’ dan ada juga yang boleh menerima kenyataan bila isteri mula keluarkan mengeluarkan suara’emas ini. Cuba bila dia sendiri berada tempat isteri, barulah tahu perasaan itu.
Itulah juga yang dialami oleh bapa tunggal kepada tiga orang anak ini. Dia turut dapat merasakan bagaimana perasaan mak-mak yang menjaga anak ramai dan pelbagai karenah. Malah, rotan mesti ada di rumah, sekadar memberi peringatan buat anak, hukuman jika ada kesalahan yang dilakukan.
“Abang, adik, baby, put back all lego and toys in their box. I count to 20 only this time!”
Piap! Piap! aku libas rotan atas meja sambil mula mengira 1, 2, 3.
Berdesing juga bunyi dia. Maka bergegaslah ketiganya mengemas segala mak nenek benda atas lantai tu dan susun balik bantal sofa di tempatnya dan buang segala sampah yang ada.
Begitulah.
Aku ini Asian Parent, jenis guna rotan.
Libas kat meja, kat sofa dan libas kat dinding. Pernah dua kali aku rotan anak-anak kat tapak tangan dan kaki perlahan sahaja pun agar depa tau rasa rotan tu macam mana dan apa impak dia kalau buat salah dan kalau tak ikut arahan.
Sebolehnya aku sentiasa nak berlembut.
Tapi tak mampu nak menegur dan mengajar anak berlembut manja macam retis. Aku buat semua seorang diri macam mak-mak lain yang full time urus rumah tangga.
Respect Mak Anak Ramai
Siapa yang anak lebih dari 3 dan mampu menahan menyimpan suara tarzan seperti guruh dan petir tu memang aku respek sangatlah. Yang anak satu pun memetir apatah lagi yang anak 5, 6, 7, 8 tu.
Mak-mak yang tak pernah langsung mendengarkan suara petirnya pada anak-anak tu memang aku respek gila. Bukan takde, tapi memang rare dan sangat power lah.
Suara petir ni biasanya keluar di waktu petang, betul tak?
Sebelah pagi mak-mak masih boleh bertenang. Tapi menjelang petang dia dah penat sangat dah. Sebolehnya lepas zohor tu dia nak pejam mata barang sejam untuk recharge tapi dengan anak semua kat rumah, pejam mata tu adalah khayalan semata-mata.
By the time nak masuk asar tu maka semangat tarzan guruh petir tu dah mula menyerap masuk ke dalam diri dah. Dah takde masa nak melayan kerenah anak dah, banyak lagi urusan rumah lain yang terpaksa dia siapkan sebelum berakhirnya waktu siang. Nanti malam pun banyak kerja lain lagi.
Tidak Ada Pembantu
Mak-mak ni manalah ada maid macam retis nak bantu semua kerja rumah tu kan.
Bagi mak-mak yang ada suami pun stress urus anak-anak ini apatah lagi mak-mak yang single dan juga bapak yang single macam aku ni. Double the stress.
Tapi, tidaklah mak-mak ni memetir sampai ke lewat malam. Mereka ini ada masa nak berlembut dan berkasih sayang dengan anak-anak waktu malam bila semua dah berbaring nak pejam mata.
Peluk, Cium Sebelum Tidur
Waktu tu mak-mak peluk, usap, belai cium anak-anak. Mak-mak akan cakap depa sayang anak-anak, beritahu kenapa mak-mak maran dan kenapa mak memetir. Beritahu juga mak-mak penat.
Mak-mak juga minta maaf dengan anak kalau dia terlebih dan terkasar waktu menegur dan mendidik.
Anak-anak pun peluk mak-mak dan cakap i love you. Mahu bergenang juga air mata mak-mak.
Begitulah.
Tak perlulah mak-mak terpengaruh sangat dengan drama artis-artis. Kita jadi kita sudahlah.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...