Tinggal serumah tapi masing-masing buat hal sendiri. Suami ke kiri dan isteri ke kanan. Walaupun serumah, tiada perbualan dan nak bermaja jauh sekali. Terasa asing. Yang ada hanya ikatan semata-mata.

Bila keadaan ini berlaku, mulalah mencari jalan untuk mengisi kekosongan dan kebosanan dengan orang lain yang kononnya dapat membantu. Semuanya boleh terjadi bila suami isteri tidak lagi berfungsi tentang tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga.

Kenapa boleh terjadi dan apakah penyelesaian yang patut di ambil untuk tidak berlakunya perkara ini.

Perkongsian daripada Fadzli Aziz boleh membuka mata suami isteri.

Ada Orang Ketiga?

“Awak tau tak kenapa berlaku konflik dalam rumah tangga?”
“Kenapa En Fadzli? Sebab ada orang ketiga ke?”
“Ada orang ketiga ni salah satu impak hasil daripada bila tidak berfungsi dalam keluarga”.
“Tak faham. Maksud En Fadzli?”
“Cuba ingat waktu mula berc1nta dulu atau masa awal perkahwinan, indah kan. Bahagia tak?”
“Haah. Bahagia.”
“Masa tu sebagai orang yang baik dan normal, mesti tak terfikir pun nak curang kan. Sebab pada masa tu kita rasa serba cukup, serba indah dan sanggup susah senang bersama. Melainkan mereka yang jenis playboy dan playgirl”.
“Haah. Betul lah En Fadzli. Kenapa jadi macam tu ea?”

“Kerana pada masa tu pasangan tersebut masing-masing saling berfungsi dari segi emosi. Saling melengkapi. Masing-masing saling ambil berat dan saling jaga perasaan.

Bila susah pasangan mesti akan cepat menolong. Begitu jug, bila ada masalah akan cuba selesaikan secara bersama. Bila tertekan, pasangan akan jadi pendengar yang sangat baik, memberikan sokongan dan sentiasa memotivasikan pasangan.

Amanah & Tanggungjawab

Namun bila berkahwin situasi berbeza. Suami isteri bukan lagi hanya perlu berfungsi untuk melengkapi emosi, tetapi termasuklah tanggungjawab dan amanah sebagai suami, isteri, ayah, ibu dan anak.
Emosi sahaja tidak mencukupi. Apa makna cinta bila tak boleh bagi nafkah dan apa makna cinta bila tidak mampu nak memberi makan.

Cinta tidak bermakna jika tidak boleh menyediakan kelengkapan. Ini realiti. Mungkin peringkat awal perkahwinan boleh bertahan. Tapi lama kelamaan akan menguji ketahanan.

IKLAN

Baca Artikel Lain Di Sini Kongsi Akaun Bersama Bukti Kepercayaan Suami Isteri Tapi Ada Baik Buruknya

Tak Nak Stres Tengok Muka Suami Isteri 24 Jam, Cuba Ini Untuk Pikat Hatinya!

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Fungsi Suami Isteri

Sebab tu banyak juga rumah tangga goyang kerana suami tidak berfungsi sebagai pemberi nafkah, tak bekerja dan tidak berusaha pun untuk buat sesuatu. Bahkan hanya sibuk makan, minum diri dia sahaja. Maknanya langsung tidak berfungsi melainkan hanya memenuhi keperluan diri.

Bekerja dan dapat gaji kecik adalah jauh lebih baik daripada langsung tidak bekerja.Dan ini adalah tanda-tanda lelaki yang bertanggungjawab.

Kalau pun tidak bekerja dan hanya isteri sahaja yang bekerja, suami tetap berfungsi sebagai pengurus rumah tangga menggantikan kefungsian isteri dirumah dalam masa yang sama melayan isteri dan memenuhi keperluan emosinya. Rumahtangga sebegini insyaALLAH tetap akan bahagia.

IKLAN

Sama juga dengan kefungsian isteri. Kalau isteri tak bekerja, tapi tidak menjalankan urusan pengurusan rumahtangga, maka memang akan timbul banyak konflik. Suami tak dilayan atau ambik mudah bab-bab layanan apatah lagi hubungan seksual.

Kalau yang bekerja pun, tetap kefungsian isteri kena mainkan. Termasuklah urusan melayan suami. Tapi dalam masa yang sama kena saling memahami kerana isteri yang bekerja akan kepenatan dan memerlukan waktu rehat berkualiti. Suami jangan minta yang bukan-bukan dan dalam masa yang sama juga isteri jangan ‘take for granted’ pada keperluan suami.

Semua benda-benda ni suami isteri dah tahu, cumanya laksana atau tidak je.

MW: Kalau suami isteri tahu fungsi dan tanggungjawab dalam keluarga, orang ketiga tidak akan muncul.

Sumber: Fadzli Aziz

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI