Betullah orang cakap, isteri diuji bila suami dalam kesusahan dan suami pula diuji bila dia peroleh kekayaan. Susah sekalipun, isteri sentiasa berada di belakang suami, Sanggup bersusah ayah bersama, memberi sokongan dan membantu apa yang terdaya untuk suami tercinta.

Namun, bagi suami yang ingat akan pengorbanan isteri, dia tidak akan mensia-siakan apa yang isteri telah berkorban dan tidak tergoda dengan hasutan di luar sana. Tetapi, kalau diri sentiasa digoda dan dipujuk rayu dek kerana kekayaan yang ada, mahunya suami tidak dapat menepis semua itu. Terus lupa apa yang dilalui bersama isteri sebelum ini.

Itulah, bila suami rasa dirinya semakin hebat, mulalah pasangan angan-angan untuk mencari satu lagi. Sedihnya.
Mungkin perkongsian daripada Intan Dzulkefli ini membuka mata para suami di luar sana tentang kehebatan yang dierolehi ini bukan pada dirinya seorang tetapi kerana adanya seorang isteri dibelakangnya yang sanggu susah senang bersama.

Di Sebalik Kehebatan Suami
Kadang ada suami, dia terlupa apabila dia menempa kejayaan, siapa yang berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga di belakang kejayaannya itu.

Suami boleh outstation, ke seminar, kursus, sambung belajar dengan hati yang senang dan tenang kerana dia tahu, anak-anak, harta, rumah serta maruah isteri dijaga oleh orang yang dipercayai, iaitu isterinya.
Penat dengan tugasan serta segala kursus seminar untuk menempa kejayaan, dia pulang ke rumah melihat anak sudah semakin bijak, pandai membaca, pandai solat, pandai mengaji, badan semuanya comel, montel, penampilan bersih terjaga. Syukur alhamdulillah.

Apabila di luar, orang cuma nampak kehebatannya dalam kerjaya. Orang bertepuk tangan dengan kejayaan yang ditempanya. Hebat penampilannya yang serba serbi terjaga.

Lalu, kadang mulalah ada pihak yang menghimpit, memberi ‘nasihat’, “kau ni layak kahwin lagi satu ni.”

Kalau lelaki tadi mahu muhasabah diri dan terkenangkan isteri di rumah, baguslah.

IKLAN

Namun, tidak kurang ada yang tiba-tiba ‘terlupa’ tentang pengorbanan dan kepayahan isteri melainkan hanya nampak dia mampu sebab gajinya sudah stabil, kerjayanya sedang di puncak, pendapatannya makin bertambah, anak-anak semua terjaga, nafkah anak isteri semua pun sudah dilunaskan.

Demi Keluarga

Sedangkan di sebalik semua itu, mungkin si isteri tadi berkorban kerjayanya demi menjaga sendiri anak-anak dan rumah tangga. Ada yang elok-elok menyambung pengajian, tersangkut dan terpaksa dilupakan demi duduk bersama suami dan anak-anak. Ada yang berhenti kerja demi menjaga anak-anak yang memerlukan perhatian rapi.

Kadang ada yang terlampau penat dan keletihan hingga tak sedar sudah hampir menggantung diri di kipas. Ada yang menekan pedal minyak kereta mencecah 180km kerana ‘kosong’nya fikiran. Mujur tak kehilangan nyawa kerana ajal belum tiba.

Masa untuk diri sendiri tak ada, apatah lagi mahu disebut tentang ‘kejayaan’. Segalanya ‘dilepaskan’ demi menyokong ‘kejayaan’ suami. ‘Tak apalah aku berkorban, demi kebahagiaan suami dan anak-anak.’ Fikirnya begitu.

Satu-satu kejayaannya kala ini mungkin bangkit esok hari dengan nafas yang masih dihela di sebalik jerit pekik anak-anak, pelbagai telatah dan hiruk pikuk di dalam rumah, yang mana mungkin HANYA DIA YANG TAHU.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Invisible Labor’, Inilah Kerja Rumah Yang Isteri Kurang Dapat Penghargaan Keluarga

IKLAN

Usah SALAHKAN ISTERI Bila Tidak Mampu Urus Rumah Tangga. Dia Sebenarnya MENTAL LOAD

Info Lebih Menarik DI SINI

Suami Jangan Lupa

Suami, di sebalik sibuknya mengejar urusan di luar. Sesekali jangan lupa terus tentang rumah tangga kalian. Di sebaliknya kemasnya rumah, terjamunya hidangan atas meja, bersih penampilan anak-anak siap diberi makan dan didikan. Lihatlah SIAPA di sebalik semua itu.

Abaikanlah suara-suara ‘dangkal’ yang mudah-mudah memberi ‘nasihat’ suruh kahwin lagi. Atau tangkislah sekuatnya godaan dari luar yang terpesona dengan pesona keterampilan dan kejayaan kerjayamu.

IKLAN

Jangan sesekali lupa di sebalik semua itu, siapa yang berkorban untukmu. Mungkin dengan air mata yang tak pernah jemu menitis setiap hari meminta kekuatan dari Tuhan.

Mintalah Kekuatan

Untuk para isteri yang diuji dengan situasi suami ‘dinasihat’ berpoligami oleh ‘kawan-kawan’, atau digoda oleh wanita luar atau diuji dengan suami yang curang tatkala diri kalian bermatian mengabdikan diri demi rumah tangga dan anak-anak, ingatlah Allah tak pernah tidur. Allah Melihat semuanya.

Berpegang teguhlah kepada Allah, dan mintalah kekuatan dan petunjuk dariNya.

Kalian bijak, hebat dan kuat. Insya Allah, kalian boleh melalui semua ini. Yang pasti, segala yang kita lakukan dengan niat lillahi taala, takkan pernah sia-sia. Insya Allah.

MW: Hebatnya isteri kerana sanggup ketepikan keinginan dan cita-cita demi untuk berkorban pada suami dan anak-anak.

Sumber: Intan Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI