Rupanya pemilihan nama anak ketiga milik pasangan diraja ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Putera William dan isterinya, Kate menamakan bayi lelaki mereka, Louis Arthur Charles, Istana Kensington membuat pengumuman itu hari ini. Kenyataan istana menyebut, bayi diraja itu akan memakai gelaran His Royal Highness Prince Louise of Cambridge.
Penghormatan Buat Bapa Saudara William
Nama itu memberi penghormatan kepada bapa saudara William, Louis Mountbatten, yang dibunuh IRA (pergerakan separa tentera Ireland) pada 1979, manakala Charles adalah bapa William.
Ads
Bagai menepati ramalan, Arthur menjadi nama kegemaran untuk anak ketiga pasangan diraja ini. Nama Louis pula adalah ke-71 popular di England dan Wales ketika ini.
Terdahulu, Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Bayi diraja itu lahir seberat 3.8 kilogram pada jam 11.01 pagi waktu tempatan, pagi Isnin lalu. Dua lagi anak pasangan ini, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.
Ads
Louis merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth, yang berusia 92 tahun Sabtu lalu dan suaminya, Putera Philip.
Memang seronok bila sesekali dapat melancong. Tak kisahlah luar negara atau dalam negara sekalipun. Bila melancong ni bukan sahaja dapat release tekanan malah dapat juga melihat keindahan tempat lain. Bagi yang suka berjalan dan melancong ada 10 tip yang mungkin berguna untuk anda kalau anda stay dekat hotel. Hotel murah ke hotel mahal ke tak kisah asalkan boleh jimatkan duit anda.
1. Rebus telur dengan cerek elektrik
Cerek elektrik yang ada dihotel tu sebenarnya banyak kegunaan selain digunakan untuk bancuh kopi dan teh ketika di dalam bilik, Bagi yang tak ambil sarapan di hotel boleh beli telur dan rebus dalam cerek elektrik yang disediakan. Nak separuh masak atau telur rebus terpulang pada anda.
2. Bakar roti dengan sterika
Sekiranya telur tidak mencukupi atau anda tidak menyukainya, anda boleh membuat sandwic keju panas-pana. Apa yang diperlukan cuma iron dan foil paper. Bungkus sandwic dalam foil paper, panaskan iron dan bakar pada kedua bahagian selama lebih kurang 30 saat. Hasilnya tentu tak mengecewakan.
3. Pembesar suara menggunakan cawan
Untuk anda yang susah nak bangun pagi dan kalau anda nk dengar lagu dalam bilik di hotel, boleh cuba letakkan telefon bimbit dalam cawan atau mug yang disediakan dalam bilik. Cawan kaca atau seramik akan membuat bunyi lebih mendalam dan lebih kuat. Pastikan anda mematikannya sebelum ia bangunkan jiran sebelah bilik.
4. Bersihkan solekan dengan perapi rambut
Jika anda tiba-tiba kehabisan make up remover semasa dalam perjalanan, atau anda lupa untuk membawa bersama, dapatkan perapi rambut yang biasanya tersedia dalam bilik mandi bersama kelengkapan bilik mandi yang lain. Perapi rambut akan bantu anda membersihkan solekan anda dengan serta-merta.
5. Guna TV untuk cas telefon
Sekarang ni telefon bimbit bagaikan nyawa kedua setiap orang, jadi kalau tak bawa pengecas atau pengecas hilang memang boleh ‘spoil’ kan percutian. Jika ini berlaku kepada anda atau jika palam anda sesuai dengan soket tempatan, jangan bimbang! Sekiranya anda mempunyai TV di bilik anda, kemungkinan besar terdapat port USB yang boleh digunakan untuk memasangkan kabel dan mengecas telefon bimbit anda. Selesai masalah!
6. Tutup makanan dengan ‘shower cap’
Jika anda mempunyai peti sejuk di dalam bilik, bungkus makanan anda dengan ‘shower cap’ sebelum meletakkannya dalam peti sejuk untuk memastikan ia tetap segar. Tip ini juga boleh membantu melindungi makanan anda daripada lalat dan serangga lain.
7. Kukus sayur dengan coffee maker
Anda lapar, tetapi bosan dengan telur dan sandwic? atau memang anda rasa nak makan sayur dan cuba untuk memasak sesuatu yang lebih sihat? Jika anda mempunyai pembuat kopi dalam bilik hotel, anda boleh menggunakannya untuk kukus sayur-sayuran.
8. Gula jadi skrub badan
Lama bercuti rasa kulit badan pun dah kusam, gunakan sahaja gula yang disediakan dalam bilik hotel anda sebagai skrub badan. Tentu anda lebih yakin nak bergambar kerana kulit dah cantik semula.
9. Guna tuala sebagai penghawa dingin
Menginap di hotel-hotel pada musim panas tanpa penyaman udara memang tak seronok. Jika anda mempunyai tetingkap di bilik,buka tingkap anda, basuh tuala dan letakkan di atas tingkap. Air akan menguap dan akan menyejukkan udara di dalam bilik anda. Kalau tak percaya boleh cuba nanti.!
10. Pemanas air bantu masalah baju berkedut
Tidak semua bilik hotel akan mempunyai sterika, tetapi memakai pakaian yang tidak bergosok akan buat mood percutian hilang. Tapi tak jadi masalah jika bilik air hotel anda ada pemanas air. Gantungkan pakaian yang akan anda pakai di bilik mandi sebelum mandi atau mandi panas, wap dari pemanas air akan melakukan kerja dengan baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini satu lagi petua mak ayah boleh praktik untuk lembutkan hati anak-anak semasa sikat rambut anak. Caranya berdoalah ketika menyikat rambut anak-anak yang nak ke sekolah atau keluar berjalan-jalan. Kemudian, cium pipi dan dahinya dan berikan kata-kata yang baik. Baca selengkapnya.
Panduan ini sebenarnya perkongsian daripada Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang dipelajari oleh Nadiatul Ashikin Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang juga ibu kepada Aariz Azri, 6 dan Annur Azri, 22 bulan.
Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ini.
Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.
Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita.
Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.
“Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”
Anak-anak pun aminkan.
Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”
Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.
“Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”
Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak.
Nampaklah kesannya.
Anak pun lebih attach dengan kita.
Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.
Macam-macam hal, walaupun pasangan pengantin tidak berkemampuan, tetapi tetap boleh ‘miliki’ hantaran mewah dengan cara tersendiri. Sebuah syarikat di Thailand menawarkan perkhidmatan menyewa wang dan barangan kemas sebagai hantaran kepada pasangan pengantin yang miskin tetapi mahu menunjuk-nunjuk ketika majlis perkahwinan mereka.
Syarikat perunding acara, Romantiese yang berpangkalan di Chiang Mai menawarkan perkhidmatan itu sejak tiga bulan lalu tetapi sambutan yang diterima sangat luar biasa. Bagi masyarakat di Thailand, hantaran atau dikenali sebagai sin sod diberi pihak lelaki sebagai tanda menghargai ibu bapa yang membesarkan pengantin perempuan dan sebagai bukti pengantin lelaki mampu menyara keluarga.
Hantaran yang terdiri daripada wang tunai dan barangan kemas biasanya dipamerkan pada majlis perkahwinan untuk menunjukkan status pengantin lelaki. Bagaimanapun, tidak ramai yang mampu memberi wang hantaran yang tinggi dan Romantiese mengambil kesempatan daripada situasi itu bagi menjaga air muka pengantin lelaki.
Menurut laporan Coconuts Bangkok, Romantiese menawarkan perkhidmatan menyewa wang tunai, bar emas dan kereta mewah kepada bakal pengantin. Syarikat itu mengenakan bayaran 35,000 baht (RM4,353) untuk pakej wang tunai berjumlah 500,000 baht (RM62,188) dan sebuah kereta mewah Mercedes dipamerkan sebagai hantaran ketika majlis perkahwinan.
Pemilik Romantiese, Tawan Supanontakorn, 31, dan isterinya, Kangkai, 28, memberitahu, perkhidmatan itu diinspirasikan daripada pengalaman perkahwinan mereka sendiri.
“Ketika kami berkahwin lima tahun lalu, kami berharap untuk menyediakan emas dan wang tunai bagi menghargai keluarga kami tetapi pada waktu itu kami tidak mampu berbuat demikian.
“Kami berharap dengan perkhidmatan ini dapat membantu menjadikan majlis perkahwinan pelanggan kami menjadi hari yang indah dan sempurna,” katanya.
Menurut Tawan lagi, perkhidmatan yang ditawarkan ini tiada beza seperti menyewa dekorasi perkahwinan yang lain. Pasangan pengantin haruslah menandatangani kontrak secara undang-undang bersetuju menyewa wang tunai, barang kemas dan kereta ini hanya sebagai dekorasi didalam perkahwinan mereka.
Bahkan, Tawan juga menjelaskan wang tunai yang disewa tersebut juga tidak boleh digunakan untuk membeli apa juga barangan, malah tidak boleh disentuh sewaktu majlis perkahwinan tersebut berlangsung. Ia hanyalah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada para tetamu, dan diuruskan oleh staf syarikat ini.
Macam-macam hal. Nasihat kami di Mingguan Wanita, ukur baju dibadan sendiri.Tak perlulah sehingga nak menunjuk-nunjuk pada orang lain, padahal diri sendiri tidak berkemampuan.
Dihempap blok konkrit tiba-tiba, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual atau autisme sempat memohon agar ibu tidak memarahinya sebelum maut.