Ayah Ini Kongsi 8 Tip Bawa Anak Bertandang Rumah Orang, Khas Untuk Geng Anak Ramai

Satu dilema mak ayah yang ada anak ramai lebih-lebih lagi semua lelaki, ialah bawa mereka berjalan ke rumah orang. Masing-masing ada perangai sendiri. Tapi kalau namanya budak, bila dah berkumpul.. bertempiklah macam mana mereka tetap keriangan bermain. Mak ayah juga yang memendam perasaan.

Bapa 4 orang anak lelaki ini,  Salahuddin Sharif yang sedang membesar ini beri tip pada mak ayah yang ada anak ramai ini. Cara praktikal bawa ‘askar-askar’ kecil ini ke rumah kawan-kawan.

8 Tip Bawa Anak Ramai Berziarah Rumah Orang

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Kali ni aku nak share sikit tips sebagai bapa yang mempunyai 4 orang anak lelaki yang suka sangat nak explore. Alhamdulillah, setakat ni tak da la bencana-bencana besar yang diorang pernah buat asal gi rumah orang lain, setakat air tumpah sket tu ada la.

Tip pertama, Terus terang, semenjak anak pertama aku lahir, ada benda yang aku korbankan, aku terpaksa hadkan sesi datang beraya rumah kawan-kawan aku, sebab aku faham, isteri aku memang payah nak handle anak aku dan agak bahaya sekiranya aku sangkut menyembang dengan kawan-kawan lama. Kalau pergi rumah kawan isteri tiada masalah, cuma kena bersedia untuk bagi signal kat bini bile waktu kecederaan.

Tip kedua, Fikir sama ada perjumpaan kita tu mempunyai nilai yang lebih tinggi dari RM10 ke tak. Andai lebih tinggi, invest sket beli mainan yang murah kat Giant atau Econsave. Seyes, bende ni nampak simple tapi dah banyak sangat membantu. Budak-budak bukan peduli pun mainan tu berapa ringgit, janji baru keluar plastik, memang semua teruja. Mainan ni bukan untuk anak aku je, kalau berlaku perang rebut mainan dengan anak tuan rumah, memang masa sesuai untuk keluarkan. Kalau beli banyak, jangan terus longgok keluarkan, ambil masa 30 minit baru keluarkan mainan kedua.

Tip ketiga, Pastikan kedudukan tisu atau kain lap. Kalau boleh, amek siap-siap letak dalam poket or tepi kita, jangan dah jadi bencana seperti air tumpah dan mengalir, baru nak kelam kabut minta kain.

IKLAN

Tip keempat, Tengok menu makanan, elakkan berkuah. Jangan kita fikir sangat nak bagi anak makan kenyang-kenyang, diorang kalau dah excited, mane pandang makanan. Kebanyakan masa, anak-anak makan sesuap dua je, pastu sambung main. Dalam kete baru mengadu lapar.

Tip kelima, Andai anak bergaduh, time ni boleh pakai strategi mainan RM10 atau pon nak jimat lagi gula-gula lolipop. Kita suh anak kita yang pass gula-gula tu pada budak lain, korang akan terkejut biler tengok betapa cepatnya budak-budak ni berbaik.. yang penting, bertindak, jangan main biar je anak kita dibuli or membuli orang lain.

Tip keenam, Tengok dahulu susunan perabot, buat simulasi cara bermain anak kat rumah tu. Fikir keupayaan diorang nak mencapai, nak berlari, nak melompat. Kalau dalam rumah macam pameran muzium, baik duduk luar je dengan anak makan kuih raya.

IKLAN

Tip ketujuh, Cubit. Kalau ada buat salah memang tu je tindakan paling minimum tapi pedih. Kadang-kadang aku tau yang perbuatan ni tak datangkan apaper untuk anak aku, sebab dah imune ngan cubit ni, tapi sebab nak puaskan hati orang lain, kena beraksi gak la. Nanti cakap belakang kat FB plak.. hehehe .. pernah sekali tu, aku nak cubit anak aku, tiba-tiba ada sorang brader ni datang, genggam tangan aku kuat-kuat, dengan muka yang nampak sedih sangat-sangat dier cakap, “biar la bang, budak-budak tu bang, kesian bang” entah kenapa aku tengok muka dia jadi sayu dan tersentuh pulak. Aku doakan brader tu sentiasa di dalam rahmat.

Tip kelapan, Zaman sekarang, kebanyakan TV dah ada player video pakai usb. Bawak siap-siap thumbdrive yang ada semua video feberet anak-anak. Kadang-kadang memang muka tak malu je mintak tuan rumah pasangkan, tapi, selalunya diorang enjoy je.

Tip kesembilan, Gunakan tablet or ipad, ini antara benda yang selalu aku praktikkan sebelum ini sehinggalah anak aku yang kedua disahkan mempunyai simptom speech delay. Setelah hampir 2 tahun aku bawak ulang alik hospital untuk terapi, memang kitorang dah kurangkan gadget-gadget skrin besar untuk anak-anak. Tapi untuk jumpa Chef Wan memang kner keluarkan gak kot.. eh eh..

IKLAN

Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang lain, yerla, lain anak lain minatnya.

Yang Penting Orang Kena Faham

Geng-geng anak ramai ni kalau datang berziarah memang niat selalu satu je la, untuk silaturahim. Tengok la berapa banyak persediaan diorang kene buat sebelum datang, semua kene siap fizikal mental, bukan datang rumah sebab makanan, sebab nak tengok hiasan rumah dan lain-lain.. itu belum kena lagi dengan anak yang ada masalah autisme or ADHD.

Kalau korang biasa gi terapi kanak-kanak, memang akan jumpa. Macam-macam lagi masalah pada budak-budak istimewa begini. Mereka dan ibu bapa perlukan sokongan dari kita, kalau kita asyik nak berkira dengan kesusahan yang hanya datang setahun sekali, bayangkan diorang yang menanggung segalanya 24 jam.

Kadang-kadang tetamu yang rasa sangat susah untuk datang tetapi sanggup hadir semata-mata untuk berjumpa dan kita melayan mereka dengan sempurna akan lebih mendatangkan rahmat untuk kita. Janganlah kita cepat sangat mengata buruk aib tetamu sehingga dihebahkan seperti satu sesi meluah perasaan beramai-ramai. Semuanya atas punca anak-anak yang belum pun baligh tu…

Sumber/Foto: FB Salahuddin Sharif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI