Kredit Foto: Berita Harian/ TNB

Masih ramai yang tidak mendengar arahan PKP, hingga polis terpaksa menggunakan alternatif lain bagi mengelak orang ramai menipu. Selain memberi alasan tidak munasabah ketika ditanya dalam sekatan jalanraya, ada sesetengah daripada mereka sanggup menipu alamat.

Oleh itu bagi mengelakkan orang ramai menipu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), polis mengambil inisiatif meminta bil air atau bil elektrik pada mereka yang ditahan. Namun begitu, ini bukanlah tindakan yang wajib dan tiada undang-undang khusus.

Minta Bil Elektrik Untuk Semak Alamat

Tindakan polis meminta bil elektrik atau air untuk menyemak alamat kediaman ketika pemeriksaan bertujuan mengelak orang ramai menipu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tiada undang-undang khusus namun terpulang pada budi bicara pegawai dan anggota polis yang bertugas.

Menurutnya, polis tidak menggunakan alamat di Mykad kerana kebanyakan orang ramai tidak menukar alamat tempat tinggal.

“Kita tidak mahu mereka menipu ketika diperiksa, jadi jika ada bil elektrik itu polis akan tahu mereka tinggal di mana.

IKLAN

“Contoh jika tinggal di Gombak kenapa perlu membeli barang di Kuala Lumpur dan sebab itu kita galakkan mereka bawa bil elektrik atau bil air supaya membantu polis ketika pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Bukan Diwajibkan Kepada Semua Individu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata arahan untuk menunjukkan bil air dan elektrik bukan satu perkara yang diwajibkan ke atas semua individu, sebaliknya terhadap mereka yang gagal membuktikan mereka menetap dalam daerah Petaling Jaya.

Katanya, kaedah polis meminta orang ramai yang ingin melepasi sekatan jalan raya mengemukakan bil adalah untuk memastikan mereka tidak mengambil kesempatan.

IKLAN

“Sebagai contoh, ada individu yang sebelum ini diperiksa dalam sekatan jalan raya mendakwa tinggal di Damansara Perdana, namun kad pengenalan tertera alamat di Kajang,” katanya.

Beliau berkata helah individu terbabit terbongkar selepas gagal menunjukkan bil air dan elektrik kediaman di Kota Damansara sebelum mengaku tujuannya adalah untuk membeli buah.

“Dengan arahan ini sedikit sebanyak memudahkan pihak polis mengesan mereka yang ingkar untuk menuruti arahan kerajaan supaya berada dalam rumah atau kediaman masing-masing,” katanya.

IKLAN

Tindakan Yang Dipuji

Nik Ezanee turut memuji langkah efisyen ‘anak buahnya’ itu khususnya pegawai dan anggota Polis Daerah Petaling Jaya, ketika melakukan pemeriksaan sepanjang PKP.

Terdahulu sebuah portal berita menyiarkan laporan seorang anggota polis meminta pengguna jalan raya menunjukkan bil elektrik dan air bagi membuktikan alamat kediamannya.

Sumber: Berita Harian

MW: Semoga orang ramai berfikir dahulu sebelum keluar merayau. Pastikan mak,ayah mempunyai alasan yang kukuh untuk keluar, jadi tidak menjadi masalah jika ditahan polis. Jadi berhati-hati ya. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI