Isteri Safee Sali rindu anak, “saya tak tahu di mana mereka lepas dibawa keluar rumah  6 Februari lalu. Kasih seorang ibu yang tiada penghujungnya.

Tidak bertemu anak sejak sebulan lalu, Fitria Elfina Maharip yang juga isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40 mengakui begitu rindukan anak-anaknya.

“Saya  tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini,”kata Fitria.

Isteri Safee Sali Rindu Anak

Dalam nada sebak, wanita berusia 44 tahun ini berkata, dia amat merindui dua anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun selepas didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.

Katanya, dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi satu surat yang ditinggalkan dalam kereta suaminya, 28 Februari lalu.

“Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.

“Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.

“Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

IKLAN

“Saya Tak Tahu Di Mana Mereka Lepas Dibawa Keluar Rumah…

Memetik laporan Harian Metro, Fitria Elfina hadir ditemani peguamnya, Amir Syazwan Ahmad Fauzi bagi menjalani proses sulk kes tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.

Menurut Fitria Elfina, dia nekad memfailkan tuntutan hak penjagaan anak selepas terputus hubungan dengan mereka berdua sejak sebulan lalu.

“Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak.

“Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak, ini kali pertama kami berpisah,” katanya.

Isteri Safee Sali Rindu Anak, “Saya Tak Tahu Di Mana Mereka  Lepas Dibawa Keluar Rumah 6 Februari Lalu…

IKLAN

Sementara itu, Amir Syazwan berkata, proses sulk yang berlangsung hari ini, tidak berjaya apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

“Hari ini (berlangsung) proses sulk untuk kes hadanah hak penjagaan anak, malangnya sulk tidak berjaya.

“Kita akan terus ke sebutan semula kes tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung 9 Mei ini,” katanya enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebutan untuk pengesahan lafaz cerai pasangan itu dijangka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, jam 9 pagi esok.

IKLAN

Terdahulu, Safee yang memakai baju-T hitam, berpelitup muka dan hidung serta kaca mata hitam dilihat diiringi peguamnya, enggan melayan media apabila meninggalkan perkarangan mahkamah dengan tergesa-gesa.

Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 sebelum dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2 April 2012.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Mak-Mak Bila Sudah Tekad Nak Bercerai, Terus Failkan Hak Penjagaan Anak. Jangan Tangguh!

‘Anak Bukan Bahan Dendam Mak Ayah Yang Tak Lagi Sebulu’, Pasangan Yang Gigih Berebut Hak Penjagaan Tanyalah Iman Bukan Syaitan

Ada Cara Untuk Mak Menang Kes Hak Penjagaan Anak Di Mahkamah

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI