majlis-persandingan-che-ta-zain-saidin

Alangkah beruntungnya pelakon terkenal, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin menerima hadiah majlis persandingan gilang gemilang bernilai lebih RM100,000. Itulah hadiah teristimewa daripada sahabat baiknya, Anas Zahrin yang juga pengasas Anas Cosmetic.

Bak kata Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, Anas ini bukan semata sahabat baiknya. Malah selama 12 tahun mengenalinya, Anas sudah dianggap bagaikan adik sendiri.

Terkejut Che Ta, bila Anas tiba-tiba saja luahkan hasratnya mahu hadiahkan malam persandingan untuknya dan suami. Nak nak sekarang ini kalau buat majlis seumpama itu bukan sedikit kos yang terlibat.

Tapi itulah karektor sahabat baiknya, tidak pernah berkira dengannya walau tentang apa saja termasuklah bab belanja makan.

Hadiah Majlis Persandingan Untuk Che Ta & Zain Saidin

Nak nangis pulak kami, hampa baca jelah na.

Insan yang bertanggungjawab untuk majlis kami dari belah siang sampai malam. Orang yang kami kenal nak masuk 12 tahun persahabatan, macam macam kami lalui dengan si Anas ni.

IKLAN

Dari awal sebagai rakan kerja sahaja dah sekarang dah jadi sebahagian daripada keluarga, dah macam adik kami dah si anas ni.

Travel sama, shoot sama, jalan jalan sana sini sama, gelak ketawa nangis semua, calling calling 2 pagi. Macam macam lah..sahabat & adik kami.

Baca : Sepanjang 10 Hari Tak Larat Bangun, Pengalaman Hitam Dijangkiti Covid-19, Che Ta Paranoid

IKLAN

Tiba-Tiba Nak Hadiahkan Malam Persandingan

Mulanya siang memang kami nak buat meet & greet dengan squad inai Che Ta sahaja tapi @anaszahrin cakap dekat kami, “Akak alang alang malam bersanding teruslah, anas hadiahkan untuk akak.”

Kami pun macam terkejutlah sebab dia macam short notice sangat lepas tu makan apa semua bukan murah tapi knowing Anas, dia perfectionist dalam segala benda jadi kami percaya 100% dekat dia. Why not kan?

Baca : Wanita Kalau Dah Lama Kahwin, Jangan Abai Penjagaan Diri – Che Ta

IKLAN

Belanja Majlis Lebih RM100,000

Kalau nak di kira semua lebih 100k dia keluarkan untuk semua ni tapi kami tak heran sebab sepanjang kami kenal Anas, tak pernah lagi kami bayaq duit makan ka apa ke.

Memang dia paling laju bayaq.. takda peluang langsung kami.. tapi kan hampa, kalau nak dikira dengan wang ringgit, persahabatan kami memang tak boleh nak di nilai dengan duit.

Kami just nak ucap thank you dekat Anas untuk semua ni, semoga persahabatan yang terjalin kekal sampai bila bila. Love you.

Mingguan Wanita : Beruntung sebenarnya ada sahabat yang baik dunia akhirat ini. Kebaikannya mengalir dekat dengan sesiapa yang dekat dengannya. Seronok tengok gambar dan momen-momen manis persandingan semula Che Ta dan Zain serta dikelilingi anak-anak.

Sumber/Foto : Rozita Che Wan