Kemelut gangguan ‘orang ketiga’ dalam rumahtangga Puteri Sarah Liyana,37 diteruskan dengan tindakan undang-undang apabila pelakon ini nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.
4 Tahun Menanggung Derita
Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menangis, menahan sabar dan menanggung derita, akhirnya dia nekad mengambil tindakan undang-undang.
“Selepas pulang daripada menunaikan umrah, Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya hendak buat dan sekarang saya fokus.
“Jadi, sebelum pergi umrah, saya sudah beri semua maklumat kepada peguam. Sepanjang sebulan di luar negara, mereka sudah siap dan kaji semuanya.
“Selepas saya pulang, kami terus berbincang dan mengambil tindakan saman,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Mempertahankan Maruah Diri
Memperincikan tindakannya itu, Puteri Sarah berkata, dia mengambil langkah berkenaan demi mempertahankan maruah diri yang tercalar dan sekian lama didiamkan.
“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.
“Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak saman dan meminta peguam saya membuat tindakan segera.
“Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua saman,” katanya.
Demi Selamatkan Rumahtangga
Selain menuntut keadilan, Puteri Sarah mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan hak sebagai wanita teraniaya.
“Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya.
“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?
Ads
“Malah, ramai wanita teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanya nasihat. Sekarang, saya sudah bukakan jalan kepada mereka.
“Insya-Allah selepas ini, siapa yang mahu ‘menyondol’, mungkin lebih berhati-hati.
“Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam.
“Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan kacau keluarga serta orang sekeliling,” katanya.
Perintah Injuksi Interim
Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff berkata, defendan iaitu Ira sudah menerima perintah injuksi interim, Selasa lalu.
“Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan. Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun yang lalu.
“Perintah ini dimohon agar agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
“Sebab kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami.
Ads
“Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan, Selasa lalu. Beliau sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai depan,” katanya.
Dalam masa sama, Ummi Kartini berkata, tindakan di Mahkamah Syariah pula masih dalam proses.
“Untuk tindakan di Mahkamah Syariah, kami perlu bermula dengan aduan. Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 24 Jun lalu.
“Hari ini kami berada di JAIS atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.
“Berikutan alamat tempat tinggal anak guam kami dan defendan di Selangor dan ada kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihat membuat aduan di kedua-dua negeri,” katanya.
Kehadiran Orang Ketiga
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Ads
Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Syamsul yang ketika ini ‘meledak’ dengan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Mingguan Wanita: Bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga apatah lagi diganggu oleh orang ketiga. Semoga pengakhiran yang baik dalam rumahtangga Puteri Sarah ini.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Perkembangan terkini dilaporkan jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Jasad Dalam Keadaan Baik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Pencarian Remaja Lelaki
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa dan semua yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah
Budget RM2000 pun boleh travel ke Europe termasuk flight tiket, syoknya 7H 6M di Greece. Ramai merasakan untuk melancong ke luar negara memerlukan wang yang banyak. Ini kerana bukan saja jaraknya jauh, tiket penerbangan mahal. Sewaan kos hotel, perjalanan dan lain-lain lagi yang mana sekurangnya kita memerlukan paling tidak RM10,000 seorang untuk perjalanan yang selesa.
Tapi sebenarnya kos trip melancong tidaklah terlalu mahal kalau rajin-rajin membeli banyak syarikat penerbangan yang menawarkan harga tiket murah. Dikongsikan dari fb, Wan Haifa jejaka ini berkongsi pengalaman travel ke Europe dengan kos tidak melebihi RM2000 untuk perjalanan 7h6m.
Mesti ramai tak percaya tapi inilah pengalamannya dan dia baru saja balik dari Greece pada 14 Oktober lepas.
Ini perkongsian darinya :-
.
Budget below RM2k pun boleh travel Europe..
Just nak share short trip seminggu 8hb Oct – 14hb Oct (7d 6n)
Cover Athens,Greece Vienna, Austria Hallstatt, Austria Santorini, Greece
Flight Scoot Airline
Dapat grab promo SIN – ATH – SIN RM573 Tiket ni grab mase bulan 6 haritu, dekat Last minute ada promo. Terus grab tak fikir panjang.
Larkin – KL RM30 Simcard Europe Happy Travel sim Europe (Beli kat Lazada) 7 hari, sehari 500mb RM34 Total : RM1950.42
Sebab mas singkat dan nak rileks, tak nak rushing saya cover 4 tempat ni je. Ikutkan nak cover Bratislava, Slovakia sebba jarak 1 jam dari Vienna je. Tapi sebab masa yang terhad jadi saya terpaksa batalkan.
Kos makan dan shopping tu bergantung la, tapi option makanan halal di 3 tempat ni memang terhad. Kalau ada pun restoran Indian, boleh try vege food. Tapi di Athens area Syntagma banyak restoran halal Pakistan/India.
Di Hallstatt sebenarnya kalau nak puas, at least 2 hari la sebabnya sehari memang tak cukup nak cover. Kalau nak stay di Hallstatt agak mahal jadi boleh stay di Salzburg. Saya sebab short trip, buat day trip je dari Vienna.
Santorini, penginapan di lereng bukit di Oia time peak season mase ni memang mahal. Harga boleh cecah RM2k semalam untuk yang paling murah. So saya stay area Fira je senang. Kedai pun banyak area sana. Ulang alik ke Oia boleh naik bas je.
Jadi sesiapa yang merancang short vocation, bolehlah cuba itenary nie ya. Puas hati dapat pusing Europe ni.
Pengantin lelaki dari Bekasi di Jawa Barat, Indonesia menjadikan ikan laga bernilai tinggi jenis Blue Rim dari Thailand sebagai mas kahwin kepada pasangannya.
Ikan laga bernilai 2.5 juta rupiah (kira-kira AS$1,700) merupakan mas kahwin pengantin Rizki Muhammad kepada Indi Nita Sari yang kemudiannya tular di media sosial.
Tidak kiralah apa jua bentuknya, walaupun sepasang ikan laga jadi mas kahwin, tak perlu mahal-mahal mahal mas kahwin yang penting pengantin perempuan redha.
Sepasang Ikan Laga Jadi Mas Kahwin
Di Jakarta, bukan emas, wang atau barang keperluan wanita, tetapi lelaki ini memberikan mas kahwin unik iaitu sepasang ikan laga.
Portal Detik.com melaporkan aksi pengantin lelaki itu menikahi pengantin wanitanya dengan mas kahwin ikan laga itu tular dalam satu hantaran Instagram @infobekasi.coo.
“Sepasang ikan laga jadi mas kahwin. Pertama di Bekasi. Mas kahwin itu tidak perlu mahal-mahal. Yang penting pengantin wanita reda. Layak jadi inspirasi bagi yang sukar mencari mas kahwin. Video Bekasitizens @cupanglurah.id_ #infobekasico,” tulis keterangan Instagram @infobekasi.coo.
Ada Juga Perhiasan Emas & Wang
Dalam video yang dimuat naik terdengar ijab kabul apabila wali pengantin wanita memberitahu mas kahwinnya adalah ikan laga.
Selain itu, ada juga perhiasan emas dan wang tunai sebagai mas kahwin.
“Wahai saudara Rizki Muhammad bin Bambang, saya nikahkan dan kahwinkan engkau kepada anak kandung saya. Dengan mas kahwin perhiasan emas, wang tunai dan sepasang ikan laga,” ucap wali nikah wanita.
Video yang berdurasi 35 saat itu ditonton lebih 13,300 kali dan 866 komen di Instagram. Pasangan pengantin itu adalah Indri Nita Sari dan Rizki Muhammad.
Foto: Agensi.
Idea Mas Kahwin Ikan Laga
Wanita yang berusia 25 tahun itu menceritakan mengenai mas kahwin unik diterimanya itu.
Dia mengatakan idea mas kahwin ikan laga memang datang daripada suaminya.
“Idea suami aku. Dia sudah beritahu awal mahu bawa ikan cupang (laga) untuk mahar (mas kahwin).
“Aku ingatkan sekadar bergurau, tetapi ternyata benar ketika hari pernikahan, aku terkejut tetapi senang dan unik saja,” katanya.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ikan laga yang menjadi mas kahwin pernikahannya adalah jenis blue rim.
Kata Indri, sepasang ikan laga itu berharga 2.2 juta rupiah (RM627) dan menjadi kesayangan suaminya yang hobi memelihara ikan jenis itu.
Ketika ditemu bual, Rizki Muhammad berkata, ikan laga itu menjadi kesayangannya.
“Sayang aku kepada ikan laga itu seperti kasihnya aku kepada orang tersayang,” katanya.
MW: Tidak kisahlah apa jua bentuk mas kahwin yang ingin pengantin lelaki berikan pada pengantin perempuan, paling penting adalah keikhlasan. Sebenarnya kehidupan selepas mendirikan rumah tangga adalah lebih penting, bukan soal mas kahwin sahaja. Betul tak?
Bekas penyampai berita, Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.
Beliau kini tenang menjalani kehidupan peribadi sebagai seorang isteri,...