Boleh dikatakan sekarang ini harga mahal, tak kiralah barang dapur atau keperluan lain. Naik mencanak-canak. Kalau setakat pergi ke pasar bawa RM50, apalah sangat barang yang nak di beli.

Harga mahal bukan setakat barang mentah tapi turut melibatkan harga makanan di restoran atau tepat-tempat tertentu. Pening juga memikirkan terutamanya anak ramai ni.

Bayangkan kalau makan di restoran, kalau tak cecah RM100 memang tak sah. Tapi kalau dicongak, bahan mentah untuk di masak di rumah mungkin kurang daripada itu.

Ada juga berpendapat, kalau masak, masa lagi tapi kalau beli order saja. Ingat, kalau beli sekalipun adakah ia berbaloi dan kena dengan tekak dan selera kita.

Waima, tak kisah apa pun cara mak ayah lakukan, rasanya yang terbaik tentulah dengan masak sendiri di rumah berbaloi dan jimat. Cuma mak-mak perlukan usaha dan masa. Penat beli barang dan balik masak pula. Semua ini adalah pengorbanan untuk keluarga.

Perkongsian daripada Hazwani Mohd Dah, ada betulnya. Pilihan terbaik dengan keadaan harga mahal ini adalah dengan memasak sendiri di rumah. Banyak kelebihannya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan ‘Rendahkan’ Pembeli Barang Kemas, Kata Harga Tak Naik-naik, Rugi Kumpul Emas

“Apalah Sangat Nilai RM10…” Tapi Ada Yang Sanggup Bergadai Nyawa Tunaikan Permintaan Anak

Info Lebih Menarik DI SINI

Harga Mahal, Berbaloi Dengan Masak Sendiri

Teringat pula pada arwah mama bila terbaca tentang kenaikan harga barang.
Semua AMAT MAHAL sekarang,

Walau kami masih hidup berdua, saya tetap merasai kenaikannya.

Masa kecil dulu, saya selalu tak faham kenapa setiap kali kami minta nak makan KFC, mama mesti cakap,

“Takpe, mama beli ayam seekor & nanti mama goreng macam KFC. Beli seekor tu, dapat banyak tau. Lagi sedap,”

Lalu saya membentak-bentak.

Tetap mahu makan ayam goreng KFC macam yang kawan-kawan ceritakan.

Bukan KFC saja. makan di gerai pun begitu.

Sambil makan tu, mama mesti akan congak-congak segala dan cakap, kalau masak sendiri semua ni tak sampai pun sepuluh ringgit.

Kami dulu hidup tak senang mana,

IKLAN

Duduk di bandar JB yang serba mahal,

Pasti tahu tekanannya bagaimana kan.

Bila dah dewasa & berumah tangga ni,

Lagi-lagi bila suami beri sepenuh kepercayaan untuk jadi tukang beli barang dapur,

Saya dah jadi macam mama! Sebiji!

Setiap kali makan kat luar,

Kepala saya akan mencongak.

Bukan setakat harga ya kawan-kawan.

Dah besar ni, cerdik sikit,

Semua saya kira!

1. Harga saya congak. Kat Tesco, seekor siakap yang saya beli baru berharga RM6.99, dan yang bersaiz besar sikit baru sekitar RM9.80. Kalau di kedai makan, paling kurang RM30 perginya.
2. Kesedapannya saya congak, sebab kita pandai masak kan! Kurang pedas, kurang halia, terlebih gula.
3. Jumlah msg & perasa dia saya congak juga, lagi-lagi bila letak kat lidah, terus tangkap di kepala rasanya. Memang ada kedai yang letak sos & msg selambak, tapi tak semua ya.
4. Kalori dia pun saya congak weh angpa, especially bila nampak minyak dia meladung-ladung.

Sebab tu akhirnya,

Pilihan terbaik adalah masak sendiri unless kita ada kedai favourite yang betul-betul kena dengan tekak dan worth it to pay.

IKLAN

Terima kasih mama,

Mengasuh saya untuk memasak setiap hari, walaupun menu simple saja.

Selain dapat jaga kewangan, yang paling penting kita boleh control ingredient yang masuk dalam badan kita.

Terima kasih mama,

Mama bukan saja menjaga kewangan keluarga dengan masak & siapkan bekal kami setiap hari, (kami ada bakul makanan yang mama letak dalam kereta – waktu rehat kami ambil di situ, btw mama saya cikgu)

Tapi, mama juga,

MENJAHIT UNIFORM SEKOLAH kami,
Untuk sekolah kebangsaan & sekolah agama.
JAHIT baju raya kami,
JAHIT LANGSIR & SARUNG SOFA rumah,
Bersama babah, MENJUAL REMPEYEK dan KEREPEK untuk tambah sumber kewangan keluarga,

Dan macam-macam lagi yang mama babah lakukan, termasuklah babah bekerja di pasar borong selepas balik pejabat & mencuba nasib sebagai Pak Wanca.

Demi survival sebagai rakyat marhaen.

“Mama nak tengok, semua anak mama at least ada degree. Kami tak berpeluang belajar tinggi. Hanya dengan ilmu saja, dapat ubah nasib keluarga kita.”
Terima kasih mama babah.

Alhamdulillah,

IKLAN

Jika dulu,

Saya melihat memasak makanan di rumah adalah MENJIMATKAN,

Kini,
Saya melihat, menyediakan makanan di rumah,

Adalah bukan saja menjimatkan, malah PILIHAN yang lebih SIHAT malah punya satu nilai yang amat dalam dan halus.

SAYA TAK MALU PUN BERJIMAT dengan memasak setiap hari, kerana saya tahu akhirnya penjimatan itu dapat dimanfaatkan untuk orang lain.
Seperti yang mama babah buat.

Tanyalah sesiapa pun, yang dekat atau jauh,

Pasti tahu betapa pemurahnya mereka berdua.

Walaupun hidup hanya cukup-cukup.

Apapun,
Tak berdosa pun kalau tak masak okay.

Bertindaklah dalam ruang dan kemampuan kita.

Ada hari saya memang malass super masak.

Mingguan Wanita : Walaupun mungkin ambil masa dan mak-mak penat tapi bila dah siap rasa kepuasan bila suami dan anak makan. Lauk simple-simple pun tak apa.

Sumber: Hazwani Mohd Dah

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI