Sesungguhnya, ajal dan maut di tangan tuhan. Seorang warga emas wanita tidak sedarkan diri selepas mencelup jari dalam dakwat dan menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, Gemencheh, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Paras Oksigen Menurun
Difahamkan, mangsa yang berusia 83 tahun itu sempat dirawat, namun paras oksigennya menurun ketika di bawa ke Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kira-kira jam lebih 11 pagi tadi, polis menerima maklumat daripada Pembantu Kesihatan di KK Gemencheh memaklumkan seorang wanita disahkan meninggal dunia di klinik itu.
“Siasatan awal mendapati wanita hadir ke SK Rokan untuk mengundi bersama ahli keluarga. Ketika di saluran satu selepas mencelup jari dalam dakwat, si mati tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes Mati Mengejut
Beliau berkata, wanita itu kemudiannya dibawa ahli keluarga ke KK Gemencheh.
Ads
“Si mati sedar namun paras oksigen semakin menurun. Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan Pembantu Pegawai Perubatan namun tidak berjaya.
“Sebelum kejadian, wanita yang berumur 83 tahun itu dikatakan sering mengadu sakit kaki kepada ahli keluarga sejak pulang mengerjakan umrah.
“Ketika sampai di tempat mengundi, si mati dikatakan berjalan kaki dari kereta ke saluran satu. Rekod perubatan mengesahkan wanita ini adalah pesakit darah tinggi,” katanya.
Pegang Kaabah ketika tawaf & tak tahu batal, lepas 8 tahun baru bapa sedar pernikahan 3 anak perempuan tak sah.
Ada sebahagian dari kita, mungkin tidak bersungguh mengikuti kursus umrah dan lebih senang membacanya di media sosial sahaja. Begitu juga kita pernah digemparkan dengan kes pengkid memakai ihram ketika melakukan umrah yang mana kesnya membuatkan ramai yang kesal.
Namun kerana kurang mengambil tahu, seorang bapa akhirnya menyesal kerana selepas lapan tahun balik dari Tanah Suci bahawa pernikahan tiga anak perempuannya tidak sah kerana tawafnya sudah terbatal kerana memegang Kaabah tiga kali dan tetap meneruskan tawafnya tanpa menyedari ianya telah terbatal
Kisah ini dikongsikan oleh @rambutjelita di Tik Toknya dan jelas ia cukup mengejutkan ramai orang yang mungkin tidak pernah mendengar hal ini.
Untuk info perbuatan menyentuh Kaabah ketika tawaf tidak membatalkan tawaf dilakukan secara mutlak. Namun jika dia meneruskan tawaf setelah menyentuh Kaabah atau seumpamanya tanpa kembali di posisi asal ketika sentuhan berlaku, maka pusingan tawaf itu sahaja yang tidak sah dan perlu diulangi. Mereka yang di dalam larangan umrah tidak boleh berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin.
Dalam perkongsiannya, @rambutjelita berkata, seorang jemaah meluahkan rasa kesalnya kerana kealpaannya membawa padah kepada pernikahan dan perkahwinan anak-anaknya. Dan kerana tidak tahu dan tidak menghadirkan diri mengikuti kursus umrah, dirinya telah memegang Kaabah sebanyak tiga kali ketika dalam tawaf tanpa sedar ia membatalkan tawafnya. Walau sudah balik ke Malaysia lapan tahun, ternyata umrahnya tidak selesai lagi. Ia hanya disedari selepas mengikuti kursus berkaitan ke tanah suci.
Dalam pada itu, menurut page Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan kaabah.
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan “mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345).
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah). Riwayat Abu Daud (2028)
Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan kaabah. Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya”.(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.
Ini seperti yang dinyataka di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah menyatakan tidah sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88).
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa kita untuk menyangkal ketentuan takdir dan jodoh yang telah tertulis. Meskipun berbeza latar belakang dan budaya namun keserasian menyatukan hati pasangan ini.
Perkenalan di tempat kerja membuka pintu hati Nur Nadhirah Roslee untuk mengenali pemuda warga Bangladesh, Mohammad Samim Hossain dengan lebih dekat.
Ditakdirkan, mereka jatuh cinta sebelum Nur Nadhirah 26, bernikah dengan Mohammad Samim, 25.
Mereka diijabkabulkan pada 29 Mei lalu di kampung halaman Mohammad Samim dekat Joypurhat, Bangladesh.
Menurut Nur Nadhirah, dia berkenalan dengan suaminya itu kira-kira empat tahun lalu kerana kebetulan bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah kilang di Meru, Klang, Selangor.
Nur Nadhirah dari Kampung Nesam di sini, berkata, keserasian yang ada membuatkan hubungan mereka semakin rapat hingga timbul perasaan cinta.
“Ketika di satu tempat kerja, saya adalah penyelia dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja.
“Suami bekerja sebagai operator pengeluaran dan mulanya takut juga tengok dia mungkin kerana tak kenal.
“Entah macam mana, kami boleh berkawan dan bila sudah kenal, baru saya tahu suami rupanya baik dan juga penyayang orangnya.
“Bertitik-tolak daripada situ, kami jadi semakin rapat hingga menjalin hubungan cinta,” katanya.
Di awal perkenalan, Nur Nadhirah terpaksa merahsiakan hubungannya dengan suami kerana belum bersedia untuk berterus terang.
Setahun kemudian, barulah Nur Nadhirah memberitahu hal sebenar kepada keluarga bagi mendapatkan restu ibu bapanya.
“Saya sembunyikan hubungan dengan suami daripada pengetahuan keluarga ketika tahun pertama perkenalan kerana bimbang penerimaan mereka jika dapat tahu mengenainya.
“Akhirnya ‘kantoi’ juga kerana kakak bekerja di tempat sama dan dapat tahu saya bercinta dengan suami.
“Jadi, lebih baik saya berterus terang dengan keluarga dan ayah okay cuma emak susah nak terima pada awalnya tetapi akur juga dengan pilihan saya menjelang pernikahan,” katanya.
Mengikut perancangan, Nur Nadhirah berhasrat melangsungkan akad nikah di tanah air namun terbang ke Bangladesh untuk majlis itu kerana masalah permit kerja suaminya.
“Disebabkan perancangan sudah dibuat jadi kami teruskan pernikahan di kampung halaman suami.
“Saya ke sana dengan ditemani ibu (Shahrom Mohd Jasin), ayah (Roslee Muda) dan adik (Nur Nabilah Roslee).
“Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik.
“Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia.
“Perbualan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain pula dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Berhubung perkongsian di TikTok, Nur Nadhirah bersyukur kerana ramai mendoakan dan memberi reaksi positif terhadap hubungannya dengan suami.
“Ada juga segelintir yang persoalkan kenapa saya tak kahwin dengan lelaki Melayu dan menyangka suami saya orang Melayu dari utara tanah air kerana wajahnya.
“Sebenarnya, bukan saya tak pernah bercinta dengan lelaki Melayu sebelum berkahwin cuma mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan suami jadi nak buat macam mana melainkan terima ketentuan itu.
“Jujurnya saya sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak dari keluarga saya begitu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap jodoh kami panjang.
“Buat masa ini, kami tinggal berjauhan selama enam bulan kerana suami masih berada di Bangladesh,” katanya.
Beli Starlink untuk kegunaan sendiri, cikgu mengajar di pedalaman Sarawak kongsi keterujaan. Hari ini untuk mendapatkan sebarang maklumat, ia sudah semudah mengira jari di tangan. Hanya layari internet, segalanya sudah tersedia.
Itu bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan mudah mendapai capaiannya. Berbeza dengan kawasan pedalaman, isu capaian internet ini pernah membuatkan ramai di antara kita tersentuh hati bila mana ada sebahagian pelajar perlu memanjat pokok dan bukit bagi menjawab peperiksaan ketika PKP dilaksanakan tiga tahun lalu.
Tetapi pertemuan di alam maya di antara Elon Musk dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Julai lalu menyaksikan, Malaysia menjadi negara ke 60 yang dapat menikmati perkhidmatan internet satelit jalur lebar kelajuan tinggi ini.
Lebih menarik, orang ramai khususnya yang duduk di pedalaman boleh membeli untuk versi standard bagi kategori pengguna kediaman pada harga RM2300. Bayaran bulanan adalah sebanyak RM220 untuk kelajuan mencapai 100 Mbps.
Mungkin ramai tidak tahu, Starlink ini boleh dibeli dan lebih baik ia tidak disertakan dengan kontrak. Hanya perlu memerlukan pengguna memasang sendiri perkakasan dan membeli kit permulaan.
Satu video dikongsi oleh pasangan suami isteri yang mengajar di SK Long Miri, Baram Sarawak menyaksikan kegembiraan mereka tatkala memperoleh Starlink yang dipesan mereka menerusi Tik Tok @AmOi Murni.
Tulisnya, “Happy betul cikgu izzat ni bila Starlink dah sampai. Hahahahaha jom tengok hasil dia nanti,” kata guru ini.
Walau ramai menyangka ia dibeli untuk kegunaan sekolah sebalik, guru ini memaklumkan ia untuk kegunaan mereka kerana ia dibeli menggunakan wang mereka sendiri memandangkan capaian internet sukar diperoleh di kawasan mereka mengajar.
Mampu mencapai kelajuan 151Mbps selepas dipasang, kata guru ini, dirinya sangat bersyukur di atas usaha pihak-pihak tertentu untuk bawa masuk Starlink ni ke Malaysia.
“Dapat memudahkan rakyat pedalaman macam kami untuk dapatkan capaian internet lebih baik, insyaAllah,” katanya.
Dari perkongsiannya, ramai memberi komen bahawa mereka tidak tahu bahawa Starlink ini boleh dibeli secara pasaran terbuka dan ia nyata memberi kebaikan buat mereka yang sukar mencapai capaian internet kerana Starlink ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.
Apa pun moga dipermudahkan urusan cikgu-cikgu yang mengajar di kawasan pedalaman mengajar anak murid hari ini dengan kemudahan tersedia begini.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sudah berumur pun sanggup buat, kasihan nasib warga emas diragut di hadapan sebuah rumah di Bandar Baru Permas Jaya, Masai. Merujuk pada gambar dan video yang tular, wanita umur 73 tahun itu sampai tergolek jatuh. Sampai hati sungguh...