17 tahun menanti zuriat pertama, berkat redha & sabar.” Terima kasih Allah! Hanya rasa syukur yang dapat diluahkan bila mana Allah memakbulkan doa untuk menimang cahaya mata seperti orang lain.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti menanti kehadiran cahaya mata. Namun tidak semua dikurniakan anak cepat, malah ada yang diuji bertahun-tahun bergelar suami, isteri masih belum ada rezeki menimang cahaya mata.
17 Tahun Menanti Zuriat Pertama
Memang berat ujian ini, tapi sebagai hamba-Nya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebagaimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok ini.
Penantian selama 17 tahun akhirnya sampai di penghujungnya apabila doa mereka didengari Tuhan. Tangisan syukur seorang lelaki membuatkan netizen yang melihat video ini turut sebak.
Tempoh 17 Tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek, terlalu panjang. Namun berkat daripada redha dan sabar akhirnya pasangan ini tentu tersenyum bahagia.
Malah ramai juga netizen yang sama-sama berkongsi nasib bahawa mereka juga masih menunggu kehadiran cahaya mata dan minta didoakan suatu hari mereka juga akan menerima kehadiran anak.
Sebagai hamba-Nya yang telah berjuang selama 17 tahun sudah tentu tiada kata yang terungkap melainkan hanya air mata yang hadir dikala terlalu gembira.
Melihat wajah bayi comel di skrin telefon saja telah meluluhkan hati seorang bapa. Doa seorang netizen, “Semoga anak ini membesar dan menjadi anak soleh buat ibu dan ayahnya.”
Mingguan Wanita : Bila kita dianugerahkan dengan anak yang ramai jangan dikeji pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Hanya Allah yang tahu perasaan mereka saat diuji.
Dr Say faham harapan ibu bapa anak autism “boleh menjaga diri sendiri sekiranya kami sudah tiada” begitulah antara doa dari seorang bapa yang punya anak autism.
Mempunyai anak autism memerlukan ketabahan kerana ibu bapa akan melalui pelbagai tekanan dan cabaran dari segi mental, emosi, fizikal dan kewangan. Apa yang perlu diingat, setiap ujian yang diberikan adalah sesuai dengan ketahanan kita dan kita mampu mengatasinya.
Tidak ada orang lain yang lebih layak memantau atau lebih tahu perkembangan anak selain ibu bapa mereka sendiri.
Seperti mana yang dikongsi oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril membuka mata semua ibu bapa mengenai anak istimewa ini.
“Terus terang cerita sy teramat bersyukur bila pakar diagnose Ace sebagai “moderate autism”.
“Memang teramat berat bila dengar perkataan “Moderate” tu tapi atas sebab moderate ini lah menyebabkan saya dan wife go all out on Ace.
“Kalau awal-awal didiagnose mild mungkin kami akan sedikit alpa sebab ada beberapa kisah yang mana anaknya pada awal didiagnose severe autism kemudian bila follow up turun kepada moderate maka parents take it easy sebelum next follow up didiagnose kembali severe. Menangis tak berlagu sebab the parents have lost precious time to help their kid semasa period they were taking it easy tu.
“Kesimpulannya saya tahu ramai nampak Ace macam normal, kalau autism pun maybe mild, tapi saya dan wife prefer to keep it as it is supaya kami sentiasa beringat dan supaya kami tidak leka dalam therapynya.
“Tapi akan saya ambil segala kata-kata kalian sebagai doa.
“Harapan semua parents autism ni satu je yakni supaya anak-anak gifted kami ni boleh menjaga diri sendiri satu hari nanti sekiranya kami sudah tiada.
“Syukur Alhamdullilah dah ada two way communication antara kami dan Ace walaupun tak all the time.
“We will definitely work harder to make Ace live like a normal child.Untill then, mommy & daddy are going to be by your side always Ace,” kongs Dr Say.
Bila suami meninggal, permulaan kehidupan baru seorang balu bersama anak-anak yang ditinggalkan. Paling menyedihkan bila suami meninggal tanpa pewaris, sampaikan ada ahli keluarga mula berebut harta peninggalan, siapa yang layak dan berhak.
Perkara yang selalu diungkitkan tentang harta adalah pewaris yang layak. Sudah tentulah bila ada anak lelaki, pewaris harta dah cukup kuat untuk diperolehi. Tapi bagaimana pula dengan isteri dan anak yang ditinggalkan itu semuanya adalah anak perempuan.
Mungkin isteri/balu merasakan ia tidak layak untuk mendapatkan harta dan pelu dibahagikan mengikut faraid. Jangan terus putus asa. Berusahalah untuk mendapatkan hak, walaupun anak yang ditinggalkan itu semuanya perempuan.
Ikuti perkongsian daripada peguam syarie, Khairul Fahmi Ramli tentang perkara ini.
Tinggalkan isteri dan anak-anak kecil di usia muda, ibu tunggal bangkit menjaga dan tuntut hak anak selepas kematian suami.
Sekarang ini ramai yang mula sedar tentang perancangan harta. Tambahan pula pasangan yang baru bernikah di usia muda. Siapa boleh jangka, yang dia akan hidup hingga ke hari tua? Pasti, tak ada seorang pun yang baca artikel ini akan berani mengakui yang dia boleh hidup pada esok harinya.
Kes-kes kematian yang melibatkan kepada pasangan muda tak asing lagi di Mahkamah Syariah. Ada suami yang mati dalam keadaan meninggalkan anak-anak kecil tanpa sebarang harta. Sebaliknya, hutang sahaja yang ditinggalkan.
Ada orang bertanya kepada saya, “kalau suami mati tinggalkan hutang jer, kena faraid juga ke hutang tu?’
Tidak! Jawapannya tidak. Faraid hanya untuk bahagi harta sahaja. Kalau arwah ada tinggalkan hutang, atas ahli warislah kalau nak bantu selesaikannya dan mudahkan urusannya di alam barzakh.
Sepanjang karier saya dalam bidang guaman syarie ini, banyak kisah-kisah kematian pasangan muda telah saya kendalikan. Yang paling saya kagum, apabila berlaku kematian, keluarga simati tak terlalu tergojoh nak ambil harta.
Sebaliknya, adik beradik simati berlumba-lumba nak bantu anak saudara mereka dalam soal nafkah. Malahan, ada yang tak mahu pun bahagian Faraid walaupun layak dari sudut Hukum Syarak.
Hebat kan? Ini baru betul ciri-ciri Muslim yang berperikemanusiaan.
Tapi, kita hanya mampu berharap. Yang banyaknya, ramai yang berebut harta tinggalan simati, walaupun simati ini masih ada anak-anak kecil.
Seperti suatu ketika dahulu, ada kes seorang ibu tunggal dengan beberapa anak kecil yang masih belum bersekolah rendah pun, kematian suami. Si suami ada membeli sebuah rumah dan ada menyimpan sedikit wang simpanan di dalam Amanah Saham Bumiputera.
Mentang-mentang anak-anak tersebut semuanya perempuan, tak sempat habis pun tahlil arwah bak kata orang Melayu, adik beradik lelaki si mati dah cuba usik, “Rumah ni ada bahagian saya yer Kak Long”.
Tak cepat melatah, si ibu ini dengan tenang mendapatkan nasihat perundangan, apa yang dia harus lakukan dan apa yang dia belum jelas.
1. Jangan tergesa-gesa Faraid
Selepas berlaku kematian pasangan, perkara pertama perlu diselesaikan dalam Islam adalah langsaikan hutang. Termasuklah hutang dengan pasangan semasa hidup.
Jadi, sebelum membuat permohonan Faraid di Mahkamah Syariah, perlu untuk pasangan selesaikan dahulu tuntutan Harta Sepencarian. Ini kerana harta sepencarian juga dikira hutang simati dengan pasangan.
2. Sahkan hibah dahulu, sebelum Faraid
Jika arwah suami pernah membuat hibah harta kepada pasangan semasa hayatnya, boleh sahkan hibah tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.
Sekarang ini, metode hibah adalah alternatif yang sering digunakan untuk pengurusan harta.
Jika ada rumah atau apa-apa harta, ramai yang akan cuba untuk buat hibah agar tidak timbul isu perebutan harta sesama ahli keluarga.
Alhamdulillah, selepas diterangkan segala penerangan kepada wanita tersebut, dia bangkit.
Dan terus mempertahankan haknya serta anak-anaknya. Meskipun tidak ada hibah dibuat arwah suaminya, namun dia masih ada bahagian yang besar terhadap harta yang ditinggalkan simati.
Namun, alangkah bagusnya, jika setiap daripada kita telah membuat persiapan yang lebih awal agar kita tidak tinggalkan waris kita dalam keadaan yang terkontang kanting selepas kematian kita bukan?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Mingguan Wanita : Isteri.balu jangan risau. Ada anak lelaki atau anak perempuan sekalipun, pertahankan hak dan harta yang dtinggalkan oleh arwah suami.
“Jika tak tahan dengar tangisan bayi, tak sabar.” Jangan cuba mengasuh anak orang. Menjaga anak sendiri dan anak orang banyak bezanya.
Anak sendiri mungkin lebih mudah mendengar kata, nama pun budak kecil manalah dia faham. Oleh itu kalau anda memang seorang yang penyayang, sukakan budak-budak mungkin tidak ada masalah.
Tetapi jangan disebabkan fikirkan untung dan semata-mata ingin tambah pendapatan, janganlah dipertaruhkan nyawa anak orang.
Kongsi Dr Erna Nadia, kes melibatkan kematian bayi dan kanak kanak tak kiralah di rumah sendiri atau pengasuh atau sekolah sekalipun memang akan menyentuh titik hati paling dalam.
Tak boleh tengok atau baca sampai habis sebab macam-macam yang terbayang dalam kepala.
Anak kucing malah anak anjing kena lenyek kenderaan atau kena dera pun dah sayu kita lihat, apatah lagi anak manusia.
Nauzubillahiminzaalik.
Semoga kita, keluarga kita, sahabat kita dan semuanya dijauhkan dari jahat yang ini.
Nasihat saya cuma satu, jika anda memang tak boleh tahan dengar tangisan bayi atau kanak kanak atau anda tak sabar untuk jaga anak anak, sila jangan cuba-cuba untuk jaga atau asuh anak anak orang lain. Jangan hanya sebab duit, kita iya kan padahal tidak mampu.
Untuk yang sudah kahwin atau plan untuk kahwin, kalau masih rasa belum mampu nak handle anak-anak kecil, janganlah dulu. Ramai juga yang parents sendiri pun dera anak anak sendiri. Bukan setakat dera tapi lebih dari itu pun ada.
Kasihan anak kecil.
Mereka tak tahu apa dan tak berdaya pun.
Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Dia yang cipta kita pun. Kalau pun kita terlepas hukuman dunia, akhirat yang kekal abadi tu kita tak akan terlepas pun. Nak lari ke mana. Semua dosa salah kita akan ditayangkan di hadapan semua orang. Setiap satunya.
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari kejahatan dan kekejaman manusia, amin ya rabbal alamin.
Dr. Erna Nadia
Seminggu kena kuarantin, buka fb macam macam cerita ada na. Allahuakbar.
Mingguan Wanita : Kes-kes yang berlaku kadang-kadang membuka mata mak ayah agar berhati-hati dalam memilih pengasuh atau nursery. Tidak dinafikan itu adalah takdir, namun jika diberi peluang, pilihlah yang terbaik untuk anak-anak.
Kisah inspirasi Ustazah Basikal dan suami mengayuh basikal merentasi 14 negara menuju Mekah demi impian ke Tanah Suci, penuh cabaran, pengorbanan dan tawakal.