Sungguh menyayat hati, apabila pergaduhan suami isteri disaksikan anak-anak hampir meragut nyawa. Isteri melecur dibakar suami menggunakan petrol, malah anak sendiri yang melihat badan ibunya terbakar tolong memadamkan api kebakaran.
Berlaku Perselisihan Faham
Hanya kerana perselisihan faham membabitkan keluarga, seorang lelaki bertindak membakar isterinya dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, semalam.
Kejadian jam 9.30 malam mengakibatkan mangsa berusia 35 tahun itu melecur 27 peratus pada anggota badan susulan dibakar menggunakan petrol.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa pada jam 10.45 malam berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi.
Nampak Badan Ibu Terbakar
Katanya, hasil siasatan mendapati pasangan suami isteri itu merupakan pekerja ladang tersebut dan ketika kejadian keempat-empat anak mereka berusia lingkungan 10 hingga 15 tahun berada di rumah.
Ads
“Remaja itu cuba keluar untuk melihat kejadian sebelum menyedari pintu bilik dikunci dari luar. Dia cuba menarik pintu dan berjaya membukanya.
“Susulan itu, dia nampak ibunya (mangsa) berada di bahagian belakang luar rumah dalam keadaan badannya terbakar manakala suspek cuba padamkan api itu dengan kain,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Tambah Mohd Asri, suspek bertindak melarikan diri apabila menyedari api pada badan mangsa merebak serta semakin besar.
Ads
Minta Anak Padamkan Api
Katanya, susulan itu, mangsa sempat meminta bantuan anak lelaki mengambil air untuk memadamkan api tersebut.
“Remaja lelaki itu mengambil air dari bilik air berdekatan dan memadamkan air pada badan mangsa sebelum meminta bantuan daripada jiran untuk menghubungi pihak polis.
“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan semakan pegawai perubatan mendapati dia melecur 27 peratus pada anggota badan.
“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah mencederakan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita: Suami isteri bergaduh dan berselisihan faham macam mana sekalipun jangan sampai mencederakan diantara satu sama lain. Apatah lagi disaksikan anak-anak, buruk kesannya.
“Sakit hati diusir rumah selepas 23 tahun hidup bersama.” Suami nekad racun isteri hingga isterinya meninggal dunia.
Disebabkan rasa marah yang membuak-buak, seorang suami sanggup masukkan racun dalam minuman isterinya. Niat yang awalnya hanya ingin memberi pengajaran menjadi sebaliknya.
Sakit Hati DiUsir Rumah
Seorang lelaki di Dusun Kemuning dalam wilayah Jawa Timur tergamak meracun isterinya sehingga mati dengan alasan sakit hati kerana diusir dari rumah, lapor laman BeritaJatim, semalam.
Menurut Samiro Putra,45, dia meletakkan sisa racun tikus di dalam jag air kopi yang disediakan di warung milik mangsa.
“Saya sakit hati kerana diusir keluar rumah selepas 23 tahun hidup bersama. Saya tiada wang dan hilang tempat tinggal.
“Namun saya tidak berniat membunuh, saya cuma mahu memberinya pengajaran. Saya tidak sangka isteri, Ponisri, meminumnya sehingga habis bersama pelanggan warung, Nur Ahmadi Wijaya,” ujarnya.
Dalam sidang akhbar bersama polis, Samiro mengaku menyesal atas perbuatannya dan tidak menyangka niatnya untuk ‘mengajar’ isteri akhirnya bertukar menjadi kes bunuh. – Agensi
Mingguan Wanita: Akibat sakit hati, nyawa melayang. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat suami, isteri di luar sana.
Sumber : Kosmo Online
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Isteri memang dilahirkan dengan kebolehan mengimbas otak dan tingkah laku suami. Sekali suami berubah laku, isteri secara automatik dapat kesan kesalahan suami. Apatah lagi rahsia-rahsia yang suami cuba sorokkan.
Oleh sebab itu, isteri pantang jika suaminya menipu apabila dia bertanya. Menjawab soalan teragak-agak memang membuatkan isteri bertambah curiga. Oleh itu suami kena berhati-hati sebelum terfikir nak menipu isteri.
Sebenarnya sikap orang perempuan ini, bila dia tanya itu bukan bermaksud dia tak tahu… Kebanyakan soalan-soalan yang ditanya itu jawapannya sudah ada, dia dah tahu… Cuma cara dia nak uji kejujuran kita adalah melalui sebuah pertanyaan…
“Lewat abang balik, kerja banyak ke dekat pejabat?”
Kalau betul banyak kerja, maka YA kita itu bunyi confidence… Kalau tak banyak kerja, kita balik awal then melencong sebelum sampai rumah, maka YA kita itu bunyi teragak-agak dan gagap sedikit…
Kita takut untuk bertentangan mata, peluh mula membasahi dahi dan kita cuba untuk mengalihkan topik dengan bertanya,
“Anak-anak mana? Makanan sudah siap?”
Lalu kita cepat-cepat masuk ke bilik dan menguruskan diri…mungkin kita ingat sudah selamat, walhal sebenarnya tidak…
Belum Selamat
Dia mungkin sudah tahu ke mana yang kita tuju sebelum sampai ke rumah, cumanya atas asbab tidak ingin menimbulkan pergaduhan, maka dia layan… Terima jawapan si suaminya seolah-olah dia tidak tahu apa-apa…
Orang perempuan ini pelik sebab dia boleh membuatkan lelaki gelabah biawak dengan cara pandangan, pertanyaan atau pun riak mukanya…
Kalau jawapan itu tidak memuaskan hati atau tidak seiringan dengan naluri, apa yang dirasakannya, maka akan ada pertanyaan kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah dia berpuas hati dengan jawapan yang diberi…
So, please avoid daripada bercakap bohong dan berselindung… Lebih baik berterus terang dan bagi dia tahu daripada menipu…
Ini lebih menjaminkan ketenangan dan kesejahteraan hidup kita sebagai seorang suami…
MW: Wahai suami, demi kesahteraan hidup bersama berlakulah jujur terhadap isteri. Jika anda ingin menipu untuk kebaikan sekali pun janganlah buat selalu kerana isteri dapat menghidu sama ada anda bercakap benar atau berbohong.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada suami anggap, hal ehwal dan menguruskan rumah itu hak isteri. Sedangkan, sudah terang-terang tanggungjawab itu terletak di bahu suami. Bila isteri buat bermakna itulah kemurahan hatinya atau ihsan untuk meringankan beban suami. Bukannya dia superwoman.
Sayangnya masih ada suami yang dangkal, tak nak faham. Tetap meletakkan segala beban tanggungjawab itu ke atas diri isteri. Sedap pula arah macam-macam untuk isteri lunaskan.
Perkongsian Dr. Hani Mynis mengulas isu viral tentang post “Apa nak buat kalau isteri balik kerja pukul 6.30 petang tapi suami mahu makan sharp jam 8 malam” ini boleh dijadikan panduan untuk suami isteri.
Sedikit Pedoman Untuk Suami Isteri
Hani jarang-jaranggggg sangat nak mengulas topik-topik viral kat sosial media di atas sebab-sebab mengambil prinsip sentiasa berlapang dada dengan perkongsian atau post orang lain. Tapi disebabkan hari ini inbox hani meriah pm meminta ulasan terhadap tips yang diberikan oleh tuan tanah (TT) maka nya hani gigihkan juga diri untuk taip panjang-panjang. Yang nak baca silakan baca.
Hani difahamkan, apa yang tuan tanah tulis bukan lah mengenai kehidupan peribadi beliau tetapi sebuah tips yang diberikan kepada sahabat beliau. Ni faktanya.
Tips yang beliau bagi kepada sahabat beliau mungkin jelek dimata kita tapi mungkin sebenarnya praktikal untuk sahabat tersebut. Macam mana jelek pun sekali kita, kita tak berada di kasut sahabat tadi. Mungkin tips yang TT beri itu sehabis baik utk menyelamatkan rumahtangga sahabatnya. Harap kita berlapang dada tang ni walaupun terpaksa.
Masalahnya di sini (ha di sini timbulnya masalah) bila TT share tips nya kepada public. Di mana pembaca nya ialah netizen terdiri daripada pelbagai latar belakang. Yang baru nak hidup. Yang belum kahwin. Ada yang lurus, ambil bulat-bulat tips tersebut dan merasakan its ok untuk buat macam disarankan dalam tips. Ia meninggalkan impression yang semua itu isteri kena buat. Isteri kena jadi superwoman. Uruskan anak. Uruskan rumah. Bekerja pula lagi. Its ok untuk suami dilayan seperti raja. Isteri kena bergerak seperti robot. Isteri dilayan seperti hamba. Suami ialah bos isteri. Inilah perspektif yang orang nampak dari post TT ni. Ini adalah merisaukan.
Pesanan Untuk Suami Yang Segalanya Nak Perfect
So ini pesanan hani untuk para suami (khas untuk suami seperti suami sahabat TT)
Isteri mu diciptakan dari tulang rusukmu. Bukan dari kepala untuk dijunjung, dan bukan pula dari kaki untuk dipijak. Isterimu bukan orang bawahan mu. Bukan juga hambamu. Rumah tangga adalah tanggung jawab dua-dua pihak menjayakannya. Its takes two to tango, kan? Berikan lah sedikit belas kasihan untuk si dia yang menjadikan rumah mu sebuah rumah, yang menjadikan mu seorang ayah. Tak tahu mana nak mula?
1. Kurangkan jangkaan mu. Lower down your expectation. Jangan expect rumah kemas 24 jam. Lagi-lagi kalau ada anak kecil. Jangan expect isteri (kalau tak bekerja) sambut anda balik kerja dengan siap dandan rapi. Malah, jangan expect sharp pukul 8 makan dah tersedia. Jangan! Letaklah diri anda di tempat isteri anda. 2. Tuan mungkin terkejut membaca ini. WARNING! Hal ehwal dan tanggungjawab menguruskan rumah bukan hak isteri. Isteri lakukan kalau tak sebab cinta tapi sebab ehsan kepada mu. Jangan sampai hilang kedua ini ya, tuan. Oleh itu, ringan-ringan kan lah tangan dan gunakan kudrat kesasaan tuan untuk sama-sama melakukan kerja-kerja rumah. Tak hilang macho tuan kalau tolong isteri jemur baju atau basuh pinggan. Percayalah. 3. Jaga mulut tuan. Kerana kata-kata adalah lebih tajam dari sebilah pedang. Tuan tak puas hati cara isteri uruskan anak? Jangan cakap je tuan, tunjuk caranya. Guide. Buat sama-sama. Ingat, tuan dan isteri kan partner. Bukan bos dan kuli.
Cukup lah tiga ini dulu. Banyak lagi sebenarnya, tapi Tuan follow tips tiga ni dulu, title suami soleh suami mithali dalam genggaman tuan.
.
Wahai Isteri Tak Perlu Jadi Sempurna Bak Superwoman
Dan ini pula pesanan Hani buat para isteri (khususnya yang mengalami nasib seperti sahabat TT)
1. Kurangkan jangkaan mu, sayang! Its ok not to be perfect! It’s ok not to be superwoman. You dont need to! You can do anything but you can not do everything! Tak mengapa kalau tak sempat nak masak, tapau je makanan kedai. Its ok kalau tak larat kemas, hire sahaja cleaner. Beli makanan kat luar atau hire pembantu doesn’t make us less of a woman. You just do you, dear. 2. Instead of trying to be perfect, be organised! Salah satu kunci menjadi seorang yang tersusunatur : delegate Puan! Jangan takut suruh anak buat kerja. Kalau anak masih kecil, jangan takut suruh suami. Puan pelajari ilmu meminta pertolongan dari suami ya. Ada banyak cara boleh dipraktikkan. Jangan risau, setakat buat kerja rumah sedikit tak hilang nya sifat kelakian beliau. Bertambah lagi insyaAllah ada. 3. Know your self worth, Puan. Jangan pendam. Suara kan. Tak semestinya kena bertegang urat atau bergaduh. Banyak cara lagi. Bila Puan tahu nilai dan harga diri Puan, puan akan rasa sayang lebih kat diri sendiri. Kalau Puan tak sayang (baca:hormat) diri sendiri, sukar untuk orang lain hormat Puan. Sesekali sekali tak salah Puan buat aktiviti self-care. Dapatkan me-time Puan. Sayangi diri ya. Kerana dirimu begitu berharga.
Banyak lagi nak tambah tapi cukup juga 3 ni dulu ya Puan. Kang panjang sangat Hani tak pandai nak lukis.
Semoga puan sahabat TT dan senasib dapat sedikit manfaat dari perkongsian Hani ni. Yang bernasib baik, mohon share juga sehingga sampai ke pembacaan sahabat TT ya.
Sekian perkongsian Hani mengenai post yang viral harini. Yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...