"Pendapatan yang diperoleh tidak menentu, hanya cukup makan untuk kami anak beranak."- Nur Shamsinar.

“Walau mustahil, setiap hari doa dia kembali sihat.” Isteri tabah jaga suami koma selepas terlibat kemalangan tiga tahun lalu.

Biarpun hidupnya berubah sekelip mata, namun sebagai isteri dia akur sebagai isteri dia perlu berada di sisi suami.

Walau Mustahil

Walaupun hilang tempat bergantung, wanita ini tetap tabah meneruskan kehidupan seharian selepas suaminya terlantar koma akibat kemalangan sejak tiga tahun lalu.

Menurut Nur Syamsinar Sudin, 30, hidupnya berubah sekelip mata apabila suami, Azizi Ibrahim, 32, terbabit dalam kemalangan di Tanah Merah pada Januari 2019.

Artikel Berkaitan: “Ibu Terlantar, Separa Koma Selepas DiLanggar.” Anak Nekad Korbankan Masa Depan, Berhenti Kerja

Setiap Hari Doa Dia Kembali Sihat

“Hati mana yang tidak sedih melihat keadaannya yang terlantar begini, setiap hari saya berdoa semoga suami akan kembali sihat, boleh bangun dan berbual, walaupun itu adalah mustahil.

IKLAN

“Suami koma sejak tiga tahun lalu, tempurung kepalanya terpaksa dibuang, selain patah tengkuk dan dua pergelangan tangan.

“Selepas kemalangan itu, suami saya terpaksa menjalani pembedahan tiga kali di kepala dan tulang belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, Gua Musang, Kelantan.

Isteri Tabah

Tambah Nur Syamsinar, suaminya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu.

IKLAN

“Untuk menampung perbelanjaan seharian bagi membesarkan anak, saya terpaksa menjual nasi kerabu setiap hari.

Baca Di Sini: Wanita Koma DiBelasah Suami Selamat Lahirkan Anak, Keluarga Namakan Bayi Sempena “Perjuangan” Jahidah

Jaga Suami Koma

“Pendapatan yang diperoleh tidak menentu, hanya cukup makan untuk kami anak beranak.” Katanya.

Terdahulu, Nur Syamsinar menerima kunjungan rombongan Yayasan Kebajikan Muslim diketuai Pengurus Projek Sektor Kemiskinan, Muhammad Azri Abdul Jalil yang menyampaikan bantuan makanan.

IKLAN

Mingguan Wanita : Memang berat bila hilang tempat bergantung apatah lagi melihat keadaan suami yang cukup berbeza. Namun wanita ini tetap memilih untuk terus kuat menjaga suami dan uruskan keluarga. Ternyata dia memang seorang wanita yang hebat!

Sumber : myMetro

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI