Suami baik, itulah yang diimpikan oleh setiap isteri di dunia ini. Suami yang bertanggungjawab, membantu dan memberikan kasih sayang sepenuhnya pada keluarga. Mungkin, kata-kata ini agak klise buat isteri.

Hakikatnya, suami baik adalah mampu berfikir panjang tentang apa yang akan berlaku dan bagaimana isteri dan anak jalani kehidupannya pada masa mendatang. Tiada yang difikirkan selain peninggalan harta untuk orang tersayang.

Suami yang bekerja mencari nafkah untuk keluarga tentu merasakan duit yang disimpan di KWSP (mungkin yang bekerja dalam sekstor swasta atau sebagainya) sudah cukup untuk menampung kehidupan isteri dan anak kelak. Maklum sahaja, suami sudah pun meletakkan nama isteri dan anak-anak yang paling utama.

Itulah yang difikirkan oleh suami, malah sudah tentu isteri merasa lega dengan namanya ebagai penama untuk harta suaminya kelak.

Jangan ambil mudah, kena faham betul-betul tentang penama. Sebabnya, ia bukan hak mutlak penama seperti yang digemburkan. Isteri dan anak perlu lalui sistem faraid, lebih-lebih lagi kalau suami mempunyai ahli keluarga yang besar. Mungkin dari sinilah boleh berlaku perebutan harta daripada ahli keluarga.

Perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad ini, boleh membuka minda isteri di luar sana tentang apa yang dikatakan penama KWSP. Kena faham betul-betul supaya tidak ada kekeliruan terutamanya tentang hak milik harta setelah suami meninggal.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Hibah, PEMBERIAN Kasih Sayang Untuk Pasangan, Tak Perlu FARAID Sebab Itu HAK Mutlaknya

Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta

Info Lebih Menarik DI SINI

Suami Baik, Tinggalkan Harta Untuk Keluarga

KWSP hak milik mutlak penama?

“Akak buntu. Akak dah tak ada duit sekarang ni. Duit arwah suami akak, semua dah dibekukan.
Pening. Sebab business arwah tetap akak nak kena continue, tapi akak takde duit, hutang supplier pun dah banyak. Nak bayar gaji pekerja lagi,” menangis akak tu.
“Tak apa kak. Saya bantu semampu saya.”
“Tak payah cerita bisnes, dik. Perbelanjaan rumah, hutang kereta akak, credit card, sebelum ni semua arwah bayarkan tapi atas nama akak.
Rumah yang akak tengah duduk sekarang ni pun. Adik beradik arwah dah mula tanya hak mereka.
Arwah pernah cakap, dia ada namakan akak sebagai penama di KWSP. Sebab arwah kata, semua duit KWSP, akan jadi hak akak.
Tapi tak. Rupanya bahagian akak sikit je. Anak akak pulak seorang perempuan tu je.
Rupanya dia punya hak tak banyak. Itu pun tak setel-setel lagi.
Bila arwah dah pergi, ramai pulak ahli keluarga yang nak tuntut hak diorang. Akak buntu.”

Itu lah cerita yang kita boleh ambil iktibar buat kita. KWSP bukan hak milik mutlak penama.

IKLAN

Penama sebagai urus tadbir sahaja. Segala wang tersebut akan difaraidkan.
Kiraan mudah, secara umum pembahagian faraid macam ini,

1. Bapa si mati: 1/6
2. Ibu si mati: 1/6
3. Isteri: 1/8
4. Biasanya baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian, anak perempuan satu bahagian.
5. Kalau takde anak lelaki, jadi baki harta akan diberi pada bapa si mati.
6. Kalau bapa si mati juga dah tiada, adik beradik si mati juga ada bahagian nya masing-masing.

Ini secara umum sahaja. Untuk lebih detail, kena semak semula dengan pentadbir urus harta sebab lain situasi, lain pembahagian faraid nya.

5 SENGSARA ISTERI SELEPAS KEMATIAN SUAMI

1. Wang dalam akaun arwah suami, tak boleh dipakai selagi proses faraid belum selesai. Tahu no pin ATM arwah pon tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri. Baru tau?

2. Wang dalam KWSP bukan hak mutlak milik isteri walaupon dia sebagai penama. Penama hanya sebagai WASI untuk jalankan tanggungjawab uruskan wang tersebut untuk proses faraid. Isteri akan dapat 1/8 sahaja dari jumlah tersebut. Tak banyak kan?

3. SURVIVAL MODE ON! Sebelum proses faraid selesai, isteri masih perlukan wang untuk teruskan kehidupan seperti biasa bersama anak-anak. Proses faraid? Kalau semua sepakat, pon akan ambil masa 6 bulan. Itupon kalau sepakat, kalau tidak? Maybe akan makan bertahun baru selesai. Lama kan?

4. Isteri perlukan wang untuk kos pengurusan harta faraid tersebut seperti kos guaman, pengangkutan dan lain-lain. Kebanyakan masa kini, waris yang lain tak nak keluarkan duit pon untuk kos tersebut. Datang nak collect bahagian diorang je. Cuma, isteri dah bersedia nak keluarkan duit yang banyak untuk kos-kos tersebut?

5. Sekali lagi, isteri perlukan duit untuk tebus harta daripada waris yang berhak faraid ke atas harta tersebut. Katakan lah ada satu rumah idaman yang isteri bina dengan suami, alih-alih kena jual macamtu sebab tak boleh nak terbus harta tersebut. Walhal menjadi seribu satu impian dan kenangan bersama suami nak bina rumah tersebut. Jadi, ada tak duit nak tebus balik harta tersebut?

IKLAN

Isteri kena ambil tahu pasal ini. Suami pon kena ambil tahu dan ceritakan pada isteri masing-masing. Sengsara ni, dah ramai isteri yang lalui selepas kematian suami.

Kalau suami sudi allocate RM40 sebulan, suami dah cukup sediakan Hibah Takaful dengan pampasan kematian RM50,000 kepada isteri kalau meninggal dunia. Kalau kematian disebabkan kemalangan pula, pampasan tadi akan jadi dua kali ganda iaitu RM100,000.

Istimewanya Hibah Takaful ni,

a) Penggantian gaji jika kematian suami
b) Penerima Hibah adalah milik mutlak
c) Untuk langsaikan hutang piutang
d) Tiada kos guaman
e) Tak perlu proses faraid

Ada masa isteri nak mencari solusi untuk stabil kan balik pendapatan keluarga.

Sediakanlah Hibah Takaful untuk yang tersayang supaya mudah urusan mereka kelak.
Dapat juga bernafas, sementara nak menunggu proses faraid yang mungkin makan masa bertahun-tahun nak selesai.

Kalau dulu, isteri tak risau apa-apa. Segala makan minum, perbelanjaan rumah, pendidikan anak-anak, semua suami yang tanggung.

IKLAN

Bayangkan semalam, suami sudah pergi selamanya. Apa akan jadi pada anda?

Isteri pujuklah suami, untuk sediakan Hibah Takaful, sementara masih sihat dan sempat.

Suami juga, sedikit sahaja untuk isteri, agar mereka tak tinggal dalam keadaan meminta-minta.

Malam ini sebelum tidur, tenunglah anak dan isteri kita yang dah tidur lena.

Mereka makan apa bila kita telah tiada nantinya.

Suami yang baik tidak akan mengajak isterinya untuk melarat derita bila dia tiada.

#AAA

MW: Dengan hibah ini boleh membantu isteri jalani kehidupan sebelum memperolehi keputusan tentang harta suami yang meninggal.

Sumber; Azizul Azli Ahmad

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita