Dalam rumahtangga adalah penting suami isteri untuk saling menghargai, perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Tak kiralah apa juga keadaan, walaupun sekecil-kecil perkara. Mungkin nampak mudah dan perkara ringan, sekadar ucapan terima kasih, namun ia cukup bermakna buat pasangan sebagai tanda menghargai dan diri dihargai.

Nak faham lebih lanjut, baca perkongsian Dr Taufiq Razif ini.

Tadi bidadari saya minta bajet daripada saya untuk beli Ipad. Katanya senang nak buat Live dan buat projek projek kerja dia.

Saya dengan muka tanpa emosi terus iyakan je lah. ” Yelah. Belilah sayang ”
Sebelum beredar keluar daripada bilik pejabat saya, isteri saya jengah kepalanya ke pintu bilik sambil mengucapkan sesuatu yang membuatkan saya sangat terharu.

“Terima kasih abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang “.

Perasaan Sebak

Saya buat muka tanpa emosi je sehinggalah isteri saya hilang daripada pandangan. Ketika itulah suatu perasaan sebak tiba tiba hadir dalam diri saya.

Saya tahu duit dan rezeki yang hadir ni dalam hidup saya ni bukan saya yang punya, semuanya Allah punya tapi bila pasangan sendiri berterima kasih dan menghargai pemberian saya, ada perasaan indah yang mengalir di dalam dada.

IKLAN

Patutlah saya pernah terbaca satu Hadis Nabi ini :

لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”

IKLAN

Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)

Sekarang baru faham kenapa perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Memang kita tak nafikan kita kena ikhlas dalam berbuat kebaikan tetapi memang lumrah dan fitrah manusia untuk merasai dihargai kerana penghargaan membenihkan dan menumbuhkan ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.

IKLAN

Taufiq Razif
Suami sebak

Baca Lagi Di Sini:
Didik Anak Jadi ‘Manusia’, Penting Suapkan Makan, Hargai Ucap Terima Kasih!
Ucap Terima Kasih,“Sedap Awak Masak” Mampu Kurangkan Kepenatan Isteri

MW: Dalam rumahtangga memang penting suami isteri untuk saling menghargai, ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Ia bagi membentuk rasa harmoni dan kebahagiaan dalam rumahtangga.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI