aiskrim kacang merah

Rupanya mudah je jika mak-mak nak buat sendiri aiskrim perisa Kacang Merah di rumah . Rasanya kacang merahnya yang manis dan lemak berkrim dimakan sejuk memang sedap melungsur ditekak lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Musim raya ni, selain hidangkan menu-menu raya seperti rendang, lemang, ketupat, mak-mak boleh sediakan aiskrim kacang merah ni sebagai pencuci mulut, pelengkap hidangan.

Berikut perkongsian resipi Aiskrim Kacang Merah oleh Nur Atikah yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.

BAHAN A
200gm gula pasir (kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)
3sudu besar susu tepung (tak kisah brand apa)
350ml air

BAHAN B
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.

BAHAN C
80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan)
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair je).
250gm kacang merah dalam tin dilecek (lagi banyak kacang lagi sedap apa-apa jenama tak kisah, jenama Rex pun sedap, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap (ika letak sirap je sikit sebab nak bagi warna aiskrim cantik)
Daun Pandan bagi wangi
Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak.

Cara-Cara Membuat:

1.Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

2.Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai mendidih. Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.

3.Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim malaysia pun tak pe, ika pakai plastik aiskrim je sebab senang nanti tetamu datang boleh hidangkan.

4.Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.

Posted by Nur Atikah on Saturday, 23 June 2018

Siap! Selamat Mencuba!

Mudah je mak-mak boleh buat kan.Asyik makan kuih raya & lemang je time raya, apa kata sesekali beri kelainan sikit buat tetamu yang datang hidangkan aiskrim homemade kacang merah ni.

Sumber: Nur Atikah