Rasanya semua anak memang suka dengan ayam masak merah atau setengahnya panggil masak sambal. Kalau boleh mahunya mak-mak masak setiap hari semata-mata melihat seleranya anak makan hidangan itu.
Memasak pun tidaklah renyeh mana pun. Cuma yang tak bestnya, mak-mak pula naik jemu memikirkan hidangan itu yang kena dimasak tiap-tiap hari demi memenuhi selera anak-anak.
Boleh saja nak pelbagaikan ayam masak merah ini. Bukan hanya dimakan dengan nasi putih tetapi dipelbagaikan seperti nasi minyak, nasi tomato atau kesesuaian nasi lain. Mak-mak jimat masa, tak perlu lak yang banyak pu. Itu pun dah cukup menyelerakan.
Baiklah, perkongsian daripada Tg Khuzanika cukup menarik dengan memberi resipi ayam masak yang simple, digandingkan pula dengan nasi tomato. Mahunya bertambah-tambah anak makan.
“Ini adalah lauk kegemaran anak-anak saya. Masakan yang ringkas sahaja dengan nasi tomato”.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
(ayam di gaul dengan garam kunyit dan goreng separuh masak dengan api yang kuat sedikit supaya bahagian luar ayam kelihatan garing.)
10 biji cili merah
cili kering secukupnya
4 biji buah tomato
4 biji bawang besar merah ( yang besar ye)
8 ulas bawang putih
½ cawan sos cili
½ cawan sos tiram
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa
Ads
Cara Membuat:
1. Kisar bawang besar dengan bawang putih. Asingkan.
2. Selepas itu, kisar bahan yang lain.
3. Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak sedikit barulah sambalnya nampak cantik.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi.
5. Kemudian, tumis bawang dahulu sehingga naik wangi atau kering airnya.
6. Masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Kacau sebati.
7. Masukkan garam dan asam jawa secukupnya.
8. Masak sehingga naik minyak, barulah masukkan gula.
9. Biar seketika dan kacau lagi.
10. Barulah masukkan sos cili dan sos tiram.
11. Masukkan ayam yang digoreng tadi dengan sedikit air lagi.
12. Kacau dengan api yang perlahan dan biarkan mereneh supaya rempah-remaph dapat meresap ke dalam ayam goreng tadi.
13. Siap.
Beberapa petua yang boleh digna pakai sebelum memasak ayam masak merah.
a) Kunyit hidup vs kunyit serbuk
Boleh memilih untuk menggunakan kunyit hidup atau kunyit serbuk. Gunakan sekurang-kurangnya 2 inci atau lebih kunyit hidup yang boleh ditumbuk atau dikisar sehingga menjadi pes. Sebagai tambahan, tambahkan 1/2 sudu besar air ke dalam pes. Kemudian, campurkan ayam bersama pes kunyit dan garam.
Ads
b) Tomato puree atau tomato segar
Ia digunakan untuk memberi warna dan kemanisan pada kuah. Boleh gunakan ½ tin tomato puree atau tomato segar.
c) Ayam masak merah tidak pedas
Sekiranya anda tidak mahu kuah yang pedas, jangan guna cili kering dalam masakan anda.
Lain-lain: Pastikan pes cili, halia dan bawang ditumis dengan sempurna sehingga naik bau atau pecah minyak. Sekiranya langkah ini tidak diikuti, pes tidak akan memberi rasa yang terbaik dan ada sedikit rasa yang mentah.
MW: Resipi paling mudah dan simple untuk anak-anak.
Sedapnya makan Char Kuey Teow.Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Senang sangat, mudah dan ringkas.Tak perlu nak beli lagi di gerai dan lebih jimat. Malah boleh letak rencah banyak dan memang puas hati bila masak sendiri.Rupanya antara tip buat Char Kuey Teow sedap kena guna api yang besar malah masak dalam pinggan yang berasingan.
“Hai selamat malam..juadah santai malam ni, “Char Kuey Teow” kalau ada cili jeruk lagi sedap. Musim kerang sekarang isi dia penuh-penuh. Resipi paling ringkas dan mudah cara saya masak. Hidangan di bawah saya masak setiap pinggan berasingan.”
Bahan-Bahan:
Kuey teow (cuci toskan)
Bahan Tumis
3 sudu besar Cili kering kisar
Bawang besar (dikisar)
Bawang Putih (diketuk)
1 sudu besar cili sos
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1. Panaskan kuali, masukkn minyak.(minyak lebih sikit ye, supaya masukkn telur nanti kuey teow tak bantat) kuey teow dan minyak diorang ni friend forever.
2.Tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar, sos cili,sos tiram,kicap pekat dan kicap manis.
3. Kemudian masukkan sedikit garam, kacau sebati dan masukkan air rebusan udang.
4. Pecahkan telur, kacau-kacau sebatikan. Masukkan pula kerang yang telah direbus, kuey teow, taugeh dan kucai. Siap! Pastikan guna api yang besar ye.
Menjadi kebiasaan setiap kali membeli telur kita akan mencucinya dan terus susun dalam ‘tray’ pada bahagian rak pintu peti sejuk agar telur dapat bertahan lebih lama. Sebenarnya cara penyimpanan ini adalah kurang tepat.
Kurangkan Nutrisi
Menurut kajian terbaru mendapati ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Journal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya.
Telur yang disimpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, ianya tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.
Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella.
Simpan Telur Pada Suhu Normal
Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.
Namun, jika ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk tersebut.
Ini kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama. Menyimpan telur di rak pintu peti sejuk menyebabkan suhu akan terjejas dan tidak seimbang kerana ia sering dibuka dan ditutup.
Oleh itu, simpan telur di bahagian lain seperti di dalam laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Bagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni. Hanya guna 4 bahan. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Dangai. First time buat. Selama ni ingatkan susah, rupanya mudah sangat. Ini pon sebab pak hencik request. Kalau tak, memang tak buat la. Dia asal utara. Kalau kat selatan ni memang jarang sangat ada kuih ni.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...