Makanan suku kaum di Malaysia memang unik dan pelbagai. Salah satu makanan yang menarik boleh dicuba ialah ‘Sanggar Pappek’ yang merupakan makanan tradisi bagi kaum Bugis. Cara pembuatannya pula cukup istimewa iaitu pisang yang digoreng perlu ‘dipukul’ kemudian digoreng sekali lagi untuk dimakan dengan sambal.

Untuk tahu cara buat ‘Sanggar Pappek’ ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Muliati Mohd Yunus sebagai panduan;

“Alhamdulillah..rezeki pisang petang tadi dari kebun belakang rumah.”

“Saya kongsi resepi ‘sanggar pappek’ maksudnya ‘pisang dipukul’. Ni makanan suku kaum Bugis di Sabah..kalau ada yang biasa makan, kita geng. Mana tau ada hasil pisang di kebun, boleh la cuba ya”

Cara Membuat:

1.Guna pisang yang tua atau separuh tua pun boleh juga.

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!

2.Tip yang saya selalu buat, bila saya kupas kulit pisang, saya akan kupas dibawah air yang mengalir,supaya getahnya tak melekat ditangan.

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!3.Dah kupas macam ni.

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!4.Selepas itu, panaskan minyak,goreng bulat macam tu. Goreng separuh masak ya.

IKLAN

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!5.Lepas angkat,toskan dan tunggu agak-agak lima minit baru pukul. Macam-macam cara orang guna tapi cara saya guna lesung batu. Lapik bawah lesung tu guna plastik, tak kira plastik apa.Yang penting kena bersih.Letak 1 persatu pisang di bawah dan pukul (hentakkan perlahan-lahan).

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!6.Naa…akan jadi seperti ini bila dah pukul.

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!7.Lepastu..kita akan goreng sekali lagi. Kali ni goreng sampai masak sepenuhnya (agak-agak nak gareng macam mana,terpulang).

IKLAN

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!8.Akhir sekali, macam ni la kejadiannya. Boleh makan dengan sambal kesukaan sendiri.

Resipi ‘Sanggar Pappek’,’Pisang Goreng Dipukul’ Makan Dengan Sambal!

Baca Lagi Di Sini:

IKLAN

Tanam Pokok Pisang Ada Caranya, Pengurus Ladang Kongsi Tip LENGKAP!

Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!

MW: Jika selalu pisang di goreng dengan tepung, dibuat kerepek atau pengat, rupanya sedap juga bila dibuat ‘Sanggar Pappek’. Jika mak-mak ada pisang di rumah tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber: Muliati Mohd Yunus

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI