Ads

Syed Saddiq Kekal Bebas, Keputusan Majoriti 2-1

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Berita yang dinantikan ramai pihak, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal dibebaskan atas empat pertuduhan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan.

Syed Saddiq Kekal Bebas

Syed Saddiq Kekal Bebas, Keputusan Majoriti 2-1
Ibu Syed Saddiq

 

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 34 tahun itu, wajar dilepas dan dibebaskan.

Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah.

Keputusan Majoriti 2-1

Syed Saddiq Kekal Bebas, Keputusan Majoriti 2-1

Keputusan majoriti berkenaan sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan bekas Presiden Muda daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

Ads

Keputusan tersebut menoktahkan perjuangan undang-undang bekas Presiden Muda itu yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu, selain mengubah sama sekali haluan kehidupan dan masa depan politiknya.

Ini termasuk alam perkahwinan yang bakal dibina bersama tunang yang juga penyanyi, Bella Astillah.

Syed Saddiq Kekal Bebas, Keputusan Majoriti 2-1

Ads

Untukk info, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada untuk melakukan pecah amanah terhadap dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020.

Syed Saddiq turut berhadapan pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, beliau turut dituduh melakukan dua transaksi pengubahan wang haram iaitu memindahkan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun serta denda lima kali nilai terbabit.

Terdahulu, pada 30 Jun lalu Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir kepada 13 Julai ini selepas seorang daripada tiga anggota panel iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tidak dapat menghadiri prosiding kerana cuti sakit selama dua hari.

Gambar: Astro Awani

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

bawang putih bakar

“Dah Bertahun Saya Amal…” Wanita Kongsi Petua Bawang Putih Bakar Untuk...

Bawang putih bakar untuk batuk antara petua tradisional yang masih diamalkan sehingga kini. Ketahui cara penyediaan, cara makan serta perkara yang perlu diberi perhatian sebelum mencubanya.