Hati-hati buat penjual mahupun pembeli bahawa jual beli secara ‘cedok-cedok’ yang kian menjadi trend di media sosial, baik menerusi TikTok atau IG Story mempunyai unsur ‘gharar’. Hukumnya sama sekali tidak sah dan diharamkan.
Fahamkan penjelasan daripada Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ini sebagai panduan;
Cedok Cedok Adalah Gharar Diharamkan
Soalan Di Inbox:
Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini.
Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. Apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut?
Kiranya pembeli tak boleh pilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM80.Pembeli pun decide nak beli 1 cedok. Jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.
Jawapan:
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Jual Beli Jahiliah
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan. Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Ads
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.
Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Dua Keadaan Gharar
Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Ads
Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.
Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi elakkanlah terikut-ikut dengan trend jual beli ‘cedok-cedok’ ini. Jelasnya hukumnya tak sah, haram kerana mempunyai unsur gharar.
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya. Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Sempena kedatangan Ramadan ini, Sheila Rusly ada kongsikan video resipi ‘Masak Taucu Ikan Ayam’ yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang ketika berbuka puasa.
Bahan-Bahan:
Ikan Ayam (Digoreng)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Pes Taucu
Air
Asam keping
Timun
Serbuk Perasa
Cili Padi
Sedikit Gula
Minyak Masak
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak dalamm kuali, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan 2 sudu pes taucu, tumis seketika dan masukkan segelas air.
3.Masukkan asam keping dan timun.
4.Kemudian masukkan serbuk perasa dan sedikit gula.
5.Kemudian masukkan cili padi dan ikan ayam yang telah digoreng serta bawang merah.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Wah, menarik kan resipi ni, simple sangat. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk hidangan waktu berbuka nanti.Sesungguhnya air tangan isteri itu adalah pengikat kasih sayang suami.Rajin-rajinkanlah diri, masak menu kegemaran suami selalu.
Malah, selain aktif menjadi duta produk, Bella pun nampaknya dah berlakon. Semakin murah rezeki Bella sekarang. Kisah hidup Bella ini pun boleh menjadi inspirasi untuk isteri-isteri yang teraniaya. Dan bangkit tak toleh lagi kebelakang.
Bila mana Bella kongsi kisah ayah dan ibunya, tahulah kita kenapa ibu anak seorang ini cukup kental jiwanya. Rupanya Bella dah diasuh dengan semangat positif yang kuat oleh mak ayahnya.
Hidup Tak Tenang Kalau Ada Dendam Lihat Hidup Orang Lain
Ini yang Bella kongsikan di instagram.
Rindu mama & ayah. Lately jarang jumpa sebab Bella kerja (thank you tolong jagakan ayden tidak pernah berkira sangat sayang dan ambil berat dengan cucunya), diorang ni juga adalah semangat Bella.
Mengajar Bella erti kesabaran. Mengalah bukan bererti kalah, dan dengan kesabaran juga akan ada kebahagiaan.
Mama dan ayah pemaaf orangnya.
Bella pernah persoalkan dulu masa zaman sekolah, “ayah kenapa masih nak baik lagi kan dia dah buat ayah.”
Ayah akan cakap, “takpe lah itu dulu tak baik berdendam hidup tak akan tenang.” dan baru saya faham maksud ayah. Hidup tak tenang kalau kita ada dendam atau hasad dengki melihat hidup orang lain.
Kak long sentiasa akan pegang janji Kak long untuk jaga dan bersama mama dan ayah, InshaAllah.
Sabar itu Indah. “Kill em’ with kindness” #takterganti
Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan disahkan bercerai paa 16 Mei 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, yang kini berusia 2 tahun.
Pengakhiran yang baik, seorang lelaki menemui ajal selepas pulang dari masjid. Pemuda ini dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan. Sudah tertulis kematian itu pasti, tidak akan terlambat walaupun seminit.
Pemuda ini dikatakan baru pulang dari masjid maut dilanggar kereta di Kilometer 30 Jalan Pantai arah Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan Kampung Mengabang Lekor, Kuala Nerus, semalam.
Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Dari Masjid
Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa, Mohamad Ammar Lukman Roslan, 23, yang membantu bapanya menjual ikan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari masjid selepas selesai menunaikan solat Asar.
Ketika dalam perjalanan pulang, sebuah Perodua Bezza dipandu wanita berusia 60 tahun tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar mangsa.
Akibat pelanggaran itu, mangsa melambung di bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Pemandu kereta bersama dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Semoga keluarga mangsa tabah dengan pemergian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan allahyarham di kalangan para solihin. Insyallah. Al-Fatihah.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....