Hafiz buat kejutan raya, hadiahkan pekerja kereta. 7 tahun setia dari syarikat kecil hingga dikenali. Sudah tertulis rezeki, Fikri Hamdan yang bertugas sebagai pengurus di Ainaa Beauty.
Di saat orang mungkin berbicara tentang bonus dan gaji awal tetapi Allah sudah menulis ada rezeki lebih besar menanti pekerjanya. Dalam video dimuat naik di media sosial semalam, ia telah ditonton lebih dari 4 juta orang yang mengagumi keperibadiannya dalam menjaga kebajikan staff.
Hafiz Buat Kejutan Raya, Hadiahkan Pekerja Kereta
Jika menerima bonus itu biasa tetapi instafamous ini telah menghadiahkan pengurus Ainaa Beauty, Fikri Hamdan sebuah kereta suv mewah untuk kegunaan dirinya dan membawa bersama keluarga di hari raya ini.
Dan ternyata, kejutan ini memberi makna besar buat Fikri yang sama sekali tak menyangka kesetiaannya dihargai.
Dalam ucapannya, Hafiz akui pekerjanya pernah berkongsi dirinya diperlekeh di hadapan kawan-kawan kerana bekerja di syarikat kecil yang mungkin tidak mampu membayar gaji besar atau menyediakan keistimewaan kepada staff.
Dan semalam, sebagai ketua, dia membuktikan kesetiaan pekerjanya itu berbaloi kerana dari sebuah syarikat kecil, nama Ainaa Beauty kini dikenali ramai.
Bukan saja Fikri menerima kejutan kereta tetapi semua staff turut dibawa bershoping oleh pasangan instafamous ini di pusat beli belah yang mereka boleh pilih sendiri untuk membeli baju raya setiap seorang selain memperoleh bonus sempena aidilfitri.
Ads
Ya, tidak semua memperoleh rezeki begini dan itu adalah hadiah paling bermakna bagi pekerja bila di hargai majikan.
Dah macam hotel, rasa semangat nak raya. Penghuni PPR Taman Sri Serigai Putatan hias koridor penuh warna-warni
Bila menyebut projek perumahan rakyat (PPR), pasti kita terbayang persekitaran flat yang kurang menitik beratkan kebersihan di luar koridornya. Ada sesetengahnya, dipenuhi najis kucing, bau yang agak kecam dan lain lagi. Paling mengerikan ada penghuni tidak beradab sanggup kencing dan membuang najis di koridor tersebut tanpa mempedulikan perasaan penghuni lain.
Namun menyaksikan warga penduduk flat PPR Taman Sri Serigai Putatan, Sabah yang menghiasi koridor luar mereka dengan penuh warna-warni, ia satu kelainan yang sangat luar biasa.
Dapat dilihat di setiap tingkat, mereka menghiasi koridor dengan warna berbeza-beza. Menarik, ada susunan kerusi, throw pillow, karpet dan sebagainya seolah berada di dalam hotel.
Kagum dengan kebersihan penghuninya kerana jarang sekali dapat melihat flat PPR dihiasi indah sebegini. Bahkan untuk bermesyuarat juga seakan tiada masalah dan pastinya tahniah diucapkan kepada ketua blok yang mampu menyatupadukan semua penghuninya untuk bekerjasama begini. Idea ini mungkin boleh ditiru oleh flat-flat lain kerana inilah indahnya hidup bermasyarakat.
Ini bukan cara mendidik, wanita kongsi kenangan selalu kena libas & akui tak rapat dnegan mak kerana trauma. Cara mendidik anak zaman dahulu sangat berbeza dengan sekarang. Zaman dahulu, ranting kayu, tali pinggang, getah paip antara yang sering hinggap ke tubuh anak-anak bila nakal dan tidak mendengar cakap.
Lebih teruk, kalau dilibas dengan parang dan sebagainya tetapi mereka inilah yang menjadi “manusia” hari ini kerana takut untuk melakukan kesalahan. Hari ini, cara mendidik anak sangat berbeza kerana persekitaran yang sangat berbeza.
Satu perkongsian gambar di twitter @PiaPinah_MH tubuh seorang anak kecil yang berbirat dilibas dengan tali pinggang hingga mendatangkan kesan bengkak membangkitkan nostalgia kepadanya dan rakan twitter yang lain.
Ya, yang pernah kena libas dan ada pengalaman begini akan tahu bagaimana sakitnya sekaligus trauma untuk melakukan kenakalan lagi. Tapi seperti kata PiaPinah, walau dirinya ada pengalaman sebegitu dan menjadikannya manusia hari ini tapi kesan trauma itu tetap ada.
Sya kurang setuju pendekatan sebegini digunakan untuk mengajar anak. Sakit !
Saya sudah melalui zaman kena libas pakai parang, ranting Bambu, kayu api dan rotan dan semua tu menjadikan saya manusia.
Aku dah alami semua ni masa kecik, Ada kesan baik dan buruknya . Yang baiknya kau akan jadi manusia yg takut nak buat benda tak elok tapi buruknya meninggalkan kesan pada kesihatan mental, hubungan anak & ayah kurang baik sampai nak minta apa-apa pun takut
Agree. Saya pun macam tu. Saya tk rapat sangat dengan mak. Saya lebih rapat dengan bapak. Apa² masalah cerita kt bapak. Bukan tk sayang mak, tapi traumatic tu pandai datang sendiri. Tiada istilah anak tunggal, anak Bongsu, satu-satunya anak lelaki/perempuan semua pukul rata.
Agree. Hubungan saya n mak saya mcm padang jarak padang tekukur je.. tgk muka dia terus teringat unpleasant memories. Bukan X hargai jasa dia n niat dia tp cara dia execute salah… Hopefully in future saya X buat camni kat anak saya
OMG budak tu kecikk lg. Belum tau beza mana yg betul mana yg salah… Blm mumayyiz lg dia dh pukul mcm ni 😭😭😭 Perempuan plk tu. Obviously parents yg ada anger management issue.
Betul sis. My mom ada isu anger berlebihan. Panas baran tk bertempat. Kami semua lebih rapat dengan bapak yg lembut dan tahap sabar bapak ini kami semua tk dapat contohi. Oh God, rasa mcm mau menangis balik ingat zaman budak² dulu.
Tkpa slow2 buat k,kita sendiri kena build balik relationship tu dgn mak bapak.Saya selalu ikut kaunseling,itu mengubah pandangan Sy terhadap ibubapa.Kena pukul sbp mendidik. Saya terapkan nilai positif dlm fikiran. My first question utk mak dulu “ama,kalau sya mati,ko sedih kah?”
Tkpa slow2 buat k,kita sendiri kena build balik relationship tu dgn mak bapak.Saya selalu ikut kaunseling,itu mengubah pandangan Sy terhadap ibubapa.Kena pukul sbp mendidik. Saya terapkan nilai positif dlm fikiran. My first question utk mak dulu “ama,kalau sya mati,ko sedih kah?”
Masa tu mak baru balik dari kebun. Rumah haru biru bising adik² bergaduh. Mak naik rumah habis semua kena. Dorg sempat lari , saya tidak sempat lari. Mk ni ada masalah hot tempar. Marah tk bertempat. Kalau masa tu mak pegang bom , dengan bom sekali
Hampir-hampir. Sebap tu badan sya penuh parut bekas parang . Paha ,betis , kaki , tangan,banyak parut. Kadang malu mau pakai seksi sikit sebap malas mau jawap org Tanya , ini kenapa ,itu kenapa. Susah mau Kasi pudar parut yang besar² walaupun guna product paling mahal. 😃
Kenapa nakal sangat, also your mom ada masalah ke?
— Ⓜ️imiⓂ️arina@Ⓜ️ichelle 🇲🇾🇵🇸🇦🇺 (@mimimarinajaaf1) April 26, 2023
Mom mmg ada masalah anger berlebihan. Panas baran. Marah tk bertempat, Plus kami ramai adik beradik. Sikit² gaduh. Bila gaduh haru biru rumah jadi nya. Masa tu mak baru balik dari kebun. Yg lain sempat lari ,saya saja tidak sempat..
saya pun pernah merasa. kadang patah penyakut baju, berbirat badan, biru kulit. takkan saya ulang perkara yang sama pada anak saya andai ada rezeki ada keluarga sendiri satu hari nanti. cukup sampai saya je yang rasa 😅
Ternyata konsep “mendidik” anak ini mengakibatkan kesan psikologi bila anak-anak meningkat dewasa dan ini diperakui oleh individu yang juga pernah dipukul ketika kecil.
Saya penah di cili 1 badan sebab nangis nak ikot papa keluar je pun . Yes saya jadi manusia , cuma manusia yg terlalu pemarah . Tengking makanan saya . 😭😭 nak berubah sgt susah slow1 jelah. Ada time boleh control . Ada time tak boleh . 🥲
Isteri meninggal dibelasah suami guna tukul besi, baru setahun kahwin & tinggalkan anak kecil berusia 3 bulan. Tragedi di 15 Ramadan yang amat tragis.
Seorang isteri, Rubiah Sabtu, 41 maut dibunuh suami sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Rubiah Sabtu, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.
Memetik laporan Berita Harian, mangsa sebelum itu dikatakan menghantar anak perempuannya berusia enam tahun ke tadika dan sebaik tiba di rumah, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan suspek berusia 32 tahun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata pemeriksaan fizikal ke atas mangsa menemukan dua kesan hentakan pada bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.
“Terdapat enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat dipercayai menjadi punca kematian Rubiah Sabtu.
Katanya, beliau percaya kesan kecederaan pada beberapa bahagian itu berkemungkinan dihentak dengan tukul berkali-kali.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa terbaring di atas lantai di ruang tamu.
“Siasatan mendapati terdapat kesan percikan darah di lantai serta dinding rumah berkenaan. Ketika kejadian, pasangan suami isteri serta seorang anak mereka berusia tiga bulan berada di dalam rumah itu,” katanya.
Baharuddin berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan dipercayai dibunuh akibat masalah perselisihan faham.
“Pasangan itu baru setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga bulan dan wanita itu juga pernah berkahwin sebelum itu dan mempunyai enam anak.
“Berikutan kejadian itu, kita menahan suspek yang juga suami mangsa berusia 32 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya.
Baharudin berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar menjurus kepada kejadian bunuh terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, difahamkan, selepas berlaku perselisihan itu, suspek yang ketakutan dikatakan keluar dari rumah dan pergi ke rumah saudaranya tidak jauh dari situ sebelum menceritakan kejadian itu. Bahkan dikatakan suaminya kembali melihat keadaan isterinya yang terbaring kaku berlumuran darah sambil menangis.
Keluarga suspek yang dimaklumkan kejadian itu kemudiannya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis. Diceritakan, suspek turut cuba membunuh diri namun dipujuk oleh ahli keluarganya.
Difahamkan suspek baru mendirikan rumah tangga dengan mangsa sejak tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga bulan dan mangsa bekerja peniaga kecil di kampung itu.
Sementara itu, adik tiri mangsa, Rozilan Yusof, 38, berkata, dia tidak menyangka abang iparnya tergamak melakukan perbuatan tersebut memandangkan lelaki itu seorang yang baik dan sering mengaji.
“Abang ipar saya memang seorang yang baik, bercakap pun lembut. Tak mungkin dia ada masalah mental. Saya tak sangka dia berkelakuan sebegini.
“Kali terakhir kakak hubungi saya, kira-kira pukul 1 pagi semalam ketika dia mahu meminjam kipas kerana bayinya kepanasan,” katanya.
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.