Bekas suami minta maaf burukkan nama Ebit Lew, tuduh ustaz buat konten tak benar. Akui fikiran celaru. Sejak semalam kecoh perihal kisah ibu muda, Amy yang sebelum ini meraih perhatian ramai apabila menerima sebuah motosikal Y15 dari Ustaz Ebit Lew.

Simpati atas nasib dirinya yang perlu berjalan kaki membuat penghantaran makanan dan masa yang sama perlu menjaga seorang anak kecil berusia setahun membuatkan Ustaz menghadiahkan sebuah motosikal untuknya agar mudah mencari rezeki di kotaraya yang mencabar ini.

Bekas Suami Minta Maaf Burukkan Nama Ebit Lew

Dalam pada Amy menangis menerima motosikal itu, seorang individu Fakhrul Rosli yang juga suaminya namun sudah tinggal berasingan ketika itu memaklumkan bahawa mereka masih lagi belum bercerai (sah mulai semalam) selepas diputuskan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selain memaklumkan Ustaz Ebit Lew hanya membuat konten tidak benar mengenai pemberian motosikal berkenaan.

Bekas Suami Minta Maaf Burukkan Nama Ebit Lew, Tuduh Ustaz Buat Konten Tak Benar. Akui Fikiran Celaru
Kisah Amy yang menerima motosikal Y15 meraih perhatian selepas aksinya menangis tanda bersyukur. Dan baru semalam ibu muda ini sah bercerai
Bekas Suami Minta Maaf Burukkan Nama Ebit Lew, Tuduh Ustaz Buat Konten Tak Benar. Akui Fikiran Celaru
Perkongsian tulisan bekas suaminya di sebelum ini menimbulkan tanda tanda sehinggalah semalam hubungan mereka diputuskan mahkamah

Nyata ia boleh menimbulkan salah faham kepada orang ramai yang selama ini melihat Ustaz Ebit Lew melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia sentiasa membantu orang ramai yang diuji dengan kesusahan hidup.

Tak perlu isi borang atau perlu melalui temuduga, apa saja kisah orang susah di media sosial, Ustaz dan team akan datang membantu secepatnya dan memberikan kehidupan yang lebih baik buat mereka yang diduga itu.

Namun kesan akibat membuat naik kenyataan tidak tepat ni membuatkan ramai mula meragui pemberian Ustaz. Namun benarlah Allah sentiasa bersama orang yang benar dan sabar.

IKLAN

BACA KISAH MENARIK DI SINI :- “Bila Kita Diuji Allah. Ingatlah Allah Sayang Kita” Ustaz Ebit Lew

‘Setahun Lebih Mak Ayah Berhenti Kerja Jaga Bilal..’ Rezeki Bertemu Ebit Lew

Adik Akid Menangis, Sebak Ustaz Ebit Lew Datang Bantu Bina Rumah Baru

IKLAN

Rider Ibu Bawa Anak OKU Dibantu Rumah, Barang Keperluan Dari Ebit Lew

Selepas isu itu berlegar di media sosial, Fakhrul Rosli ada memuat naik kenyataan meminta maaf kepada Ustaz Ebit Lew dan mengakui fikirannya bercelaru memandangkan ujian dalam rumahtangga yang dilaluinya.

“Saya mohon maaf atas apa yang saya katakan berkenaan tuduhan ‘ustaz Ebit Lew hanya membuat konten sahaja adalah tidak benar’ dan tidak sengaja sama sekali.

“Wallahu, saya sendiri pun tidak tahu dan merendah diri memohon maaf atas semua kesilapan saya,”ujarnya.

IKLAN

Bekas Suami Minta Maaf Burukkan Nama Ebit Lew, Tuduh Ustaz Buat Konten Tak Benar. Akui Fikiran Celaru

Bekas Suami Minta Maaf Burukkan Nama Ebit Lew, Tuduh Ustaz Buat Konten Tak Benar. Akui Fikiran CelaruWalau sudah sah bercerai dengan bekas isteri, Fakhrul akui masih sayang akan bekas isterinya itu dan mereka tinggal di kawasan berhampiran untuk memudahkan penjagaan anak.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga kekeliruan sebelum ini diselesaikan dengan baik. Sumber : IG Fakhrul Rosli

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI