Hebatnya ujian suami isteri ini. Diuji anak lelakinya, Muhammad Bilal Yusra mengalami kecacatan tempurung kepala atau Holoprosenphaly dan sumbing.
Membuatkan pasangan ini mengambil keputusan berhenti kerja demi menjaga anak keduanya itu. Anak sulung mereka, Nur Khaulah Al-Azwar juga mengalami masalah pendengaran dan tulang belakang.
Setahun lebih berhenti kerja dan fokus menjaga anak sakit, tentunya tidak mudah untuk kedua ibu ayah ini meneruskan survival kehidupan.
Kedatangan Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas yang banyak membantu orang susah sebelum ini tentunya memberi berita gembira buat mereka.
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak Sakit
“Sebak rasa ramai Tag saya dekat Tik Tok berita adik Bilal ni. Terus ke Kulim Kedah.. Mak dan ayahnya berhenti kerja menjaga anak ini dah setahun lebih. Kakaknya juga langsung tidak boleh mendengar.
Ads
Betapa berat ujian kedua mak ayah ini. Pasti Allah sayang padanya. Semoga kedua mak ayah ini tabah dan kuat..
Saya tanya ada apa-apa rawatan boleh dibuat. Katanya ada 2 jenis sakit begini. 1 boleh di buat pembedahan. Yang ni tak boleh. Diterangkan ayahnya.
Dua jam sekali menyusu melalui straw terus ke perutnya. Dengar Bilal merengek masa minum susu macam baby lain. Bila susu terlambat atau tak sabar nak menyusu. Saiz badan sama baby lain.
Allahuakbar. Jika ada apa-apa rawatan pakar boleh dibuat teringin nak bantu adik ni.
Ads
Beri sedikit sumbangan dan berdoa bersama. Kata ayahnya ya Allah ustaz banyak ni. Takdelah adik sedikit je. Semoga Allah sembuhkan dan beri keajaiban buat Bilal. Buat mak ayahnya Allah beri ketabahan dan kekuatan.
Katanya mereka bertuah dapat jumpa saya. Taklah. Sebenarnya saya sangat bertuah dapat berjumpa adik Bilal dan mak ayahnya yang sedang diuji tanda sangat disayangi Allah. Ya Allah berilah kekuatan dan bantulah keluarga ini.
Mingguan Wanita :Semoga urusan keluarga ini menjaga Bilal dan anak sulungnya dipermudahkan.
‘Disuruh kuarantin dengarlah nasihat, jangan sebar kuman.” HMFD boleh jangkiti sesiapa saja. Paling basic mak-mak jaga kebersihan sebaiknya dan jangan sebarkan kuman pada orang lain.
HMFD boleh jangkiti sesiapa saja apatah lagi bila kita berada di luar rumah. Oleh itu sebaiknya bila keluar rumah pastikan keadaan sekeliling anda bersih.
Kongsi Dr Erna Nadia, HFMD ini biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.
Tapi, ianya masih berisiko menjangkiti sesiapa sahaja.
Jika sudah kena, masih boleh kena lagi.
Dulu-dulu, penyakit ni cuma ada pada haiwan macam lembu sahaja. Tapi, sekarang ini manusia dan haiwan semua boleh kena. Dahsyat tak dahsyat virus bermutasi dan menjadi semakin bijak.
Perkara paling basic yang kita boleh buat untuk prevent penyakit ini adalah dengan menjaga kebersihan dengan baik..
Jika anda bawa anak-anak kecil keluar makan di kedai, nak guna baby chair, laplah dahulu baby chair tu. Guna your own wet tissue. Sebab kita tak tahu siapa duduk situ sebelum tu.
Mana tahu kids yang duduk di kerusi sebelum itu tak berapa sihat, ada selesema atau batuk, cecair dari mulut hidung dan tangan melekat di kerusi tu.
Virus dari situlah boleh merebak ke kids yang duduk situ. Kids ini tahulah, mereka pegang semua benda dan tangan di merata alam, masuk mulut, lap muka dan sebagainya.
Sama macam kalau bawa main di taman atau mana-manalah tempat mainan kanak-kanak, risiko dapat jangkitan dari situ memang ada. Di taska, di rumah sendiri, di rumah pengasuh, make sure bersihkanlah dulu.
Macam di taska, memang mainan kanak-kanak perlu dicuci dengan kerap atau dijemur supaya kuman mati.
Dan disebabkan itulah, jika anak anda tak sihat, berhingus, batuk berkahak-kahak, janganlah bawa keluar merata-rata. Kasihan pada anak dan orang lain.
Kita dah pandemik nearly 3 years, kita sepatutnya sudah cakna dengan kebersihan ini. But yet, kita masih jua lupa.
Elok sahaja PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), anak-anak tak keluar mana, anak-anak jarang sakit kan?
Insyallah kita masih boleh ubah keadaan dan kebersihan kita. Jadilah bersih dan kemas. Sejuk mata memandang, kuman pun insyallah tak berani datang.
Jika doktor kata awak kena kuarantin, tak kisahlah sebab covid ke chicken pox ke hfmd ke, maka dengarlah nasihat tersebut. Jangan sebarkan kuman pada orang lain.
Jangan kerana anda, anak orang lain pun merana.
Dr. Erna Nadia
Sejenis rimas tengok sepah-sepah dan kotor-kotor
Mingguan Wanita: Bila persekitaran bersih, kuman pun tak berani datang.
Bila anak jatuh katil, mak-mak jangan anggap dan merasakan tidak ada apa-apa yang berlaku pada anak. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan kepala, inilah yang selalu ditekankan terutamanya buat anak-anak kecil.
Mak-mak rasa, anak selepas umur setahun, kepala sudah kuat terima tekanan. Sebaliknya, bila anak jatuh katil, tak kira katil rendah atau tinggi, kena perhatian.
Selalunya, bila keadaan diri anak selepas sejam atau lebih mengalami muntah-muntah, pasti akan ada sesuatu yang tidak kena. Bimbang ada pendarahan atau gegaran pada kepala anak akibat jatuh katil.
Inilah yang dialami oleh anak comel, Inara Keisha yang berusia 2 tahum. Menurut ibunya, Marina Mohd Hanafiah, semua ini berlaku dalam sekelip mata. Iuti perkongsian lebih lanjut seperti yang diceritakan olehnya.
Tanggal 9 April 2022, Inara Keisha begitu teruja untuk bermain ‘sorok-sorok’ dengan ayahnya. Inara lompat-lompat bersama ayahnya di atas katil. Tiba-tiba dia terjatuh ke lantai. Tak sempat ayahnya sambut, dia jatuh ke lantai dengan kepala jatuh dulu.
Selepas kejadian itu, anak terus jadi tidak aktif dan merengek saja. Bila kakaknya ajak bermain, dia tak layan. Lebih kurang jam 12 tengah malam, Inara banfun dan muntah-muntah. Itu selepas 2 jam dia tidur dan minum susu.
Melihat keadaan diri Inara, suami terus ambil keputusan untuk terus bawa kek hospital bahagian kecemasan pada malam tu juga.
Masa kat kecemasan itulah, doktor tahan sebab nak pantau selama 6 jam. Lebih kurang 6 pagi, doktor benarkan balik dengan alasan Inara nampak ok dan tidak ada tanda-tanda muntah.
Pada jam 9 pagi, suami buatkan susu untuk Inara, tapi belum sempat hadam, dia terus muntah. Begitu juga selepas mandi, bagi susu dalam tempoh 15 minit terus muntah.
Comelnya Inara, gambar sebelum berlakunya peristiwa jatuh katil.
Melihat keadaan anak yang masih muntah, suami terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan.
Salam jam 4 petang, doktor meminta anak berpuasa sebab nak buat CT Scan pada jam 5 ptg. Sebaik buat CT Scan, terus anak di bawa masuk ke redzone.
Masa inilah, ramai doktor datang dan beritahu saya tentanf keputusan CT Scan. Apa yang diberitahu oleh doktor, ada pendarahan dalam kepala anak dan melihat keadaan dirimya, semakin teruk dan perlu lakukan pembedahan sama ada di Sandakan atau di Kota Kinabalu. Ahli keluarga saya jauh di Kuala Lumpur kerana saya ikut suami merantau dan bekerja di Sandakan.
Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya waktu itu. Rasa nak pitam dan saya menangis depan doktor dan jururawat. Terus hilang rasa malu.
Anak ditahan di wad dan bermulalah lagi kisahnya. Bila anak di wad, terus jadi tidak aktif dan kerap tidur. Lagipun dia kena puasa semalama kerana doktor nak bafi dia rehat otak, bimbang bila minum susu, dia akan muntah, mungkin nanti bagi tekanan pada otaknya.
Keesokan harinya, 11 April 2022, anak saya masih lagi tidur. Bila bagi susu pun nampak dia tak larat. Pada jam 4 petang, tiba-tiba saya dapat kunjungan pakar bedah otak dari Hospital Kota Kinabalu.
Dia hanya pandang sekali lmelihat keadaan anak saya. Terus dia cakap, “Puan, anak puan nampak sangat tidak normal sebab tidur saja.” Dia minta untuk teruskan CT Scan pada malam ini juga dan minta anak saya berpuasa lagi. Sedih sangat bila tengok Inara.
Dalam jam 8 malam, Inara di bawa ke pusat CT Scan dan tunggu di wad untuk dapatkan keputusan.
Lebih kurang jam 9 malam. Masuk dua orang doktor dan memberitahu hasil CT Scan kedua, nampak pendarahan dalam kepala anak makin banyak dan telah merebak ke tempat lain. Ada juga darah beku.
Jadi, Inara terpaksa buat pembedahan kecemasan pada malam itu juga untuk selamatkan nyawanya.
Rasa lemah lutut dan nak pitam bila doktor beritahu. Jika kami tidak lakukan pembedahan ini, oa boleh beri risiko pada nyawa anak saya. Tak dapat bayangkan anak yang baru berusia 2 tahun 2 bulan akan buat pembedahan major.
Dalam jam 12.20 pagi hingga 4 pagi, anak saya selamat jalankan pembedahan. Walaupun pembedahan itu berisiko tapi bersyukur sangat kerana dengan kuasa Allah, semuanya selamat.
Inara terima 11 jahitan di kepala dan doktor keluarkan darah beku sebanyak 2cm. Alhamdulillah, selepas sebulan, Inara makin sihat.
Selepas pembedahan major, 11 jahitan di kepala dan keluarkan darah beku sepanjang 2cm.
Semakin baik selepas pembedahan.
Apa yang boleh saya katakan, kalau anak kita yang berusia bawah 5 tahun, elakkan dari tidur atas katil dan perkara tak diingin.
Sebelum ini, kami dah lama tak tidur atas kati, hanya guna tilam. Tapi bila anak kedua, kami pindah dan suami belikan katil. Tak sangka akan jadi begini.
Lagi satu, jangan cepat anggap anak jatuh katril atau tempat rendah sekalipun, tak akan ada apa-apa kesan. Ingat, lepas anak jatuh dan ada mengalami muntah-muntah. Itu tanda tak normal. Mungkin ada pendarahan dalam kepala.
Moga kita dijauhkan dari semua ini.
p/s: Ketika menghubungi Puan Marina, Inara dah dibenarkan pulang ke rumah selepas sebulan berada di hospital. Keadaan Inara semakin baik dan sihat. Alhamamdulillah.
Keadaan terkini Inara, semakin sihat dan ceria.
Keluarga bahagia Puan Marina bersama suami dan dua orang anaknya.
Mingguan Wanita: peringatan untuk mak ayah. Kadang-kadang kita dah beringat tapi kalau nak jadi. Kun fa yaa kun. Moga kita semua dilindungi. Aamiin.
23 adik beradik bukan asal keluarga senang, Wawa Zainal akui hidupnya dulu sangat susah. Begitulah luahan dari pelakon Wawa Zainal tentang keluarganya.
Aktres kelahiran Sabah yang kini sedang meniti kejayaan dalam perniagaan bersama suami Aeril Zafrel yang turut menerajui Wawa Cosmetics akui untuk mencapai apa yang dimilikinya pada hari ini bukanlah mudah.
Menerusi sebuah video yang tular menerusi Tik Tok Instagram Ril _Glamrs, Wawa sudi berkongsi tentang perjalanan hidupnya.
Malah dia juga menceritakan dia bukan daripada keluarga yang senang dan berada.
Latar belakang keluarganya yang besar terdiri daripada 23 orang adik beradik.
“Hidup saya sangat susah. Kalau dapat makan lauk ayam tu sudah sangat special bagi kami,” kata Wawa sebak.
Paling menyedihkan, kehidupannya dahulu sangat susah sehingga terpaksa berkongsi sebiji telur dengan adik-beradik.
“Meronta-ronta ingin keluar dari kesusahan, selepas SPM saya cuba menghantar gambar ke sebuah produksi dan Alhamdulillah mereka menerima saya.
“Ketika itu saya berhijrah ke Kuala Lumpur, tak ada duit pun.
“Kemudian saya mula berlakon,” kata Wawa yang ketika itu tekad mengubah nasib dengan bergelar pelakon.
Ternyata dengan kegigihannya, kini Wawa dan suami dimurahkan rezeki.
Menerusi ruangan komen di Tik Tok Instagram Ril _Glamrs warganet ramai yang memuji berkat dan kesabaran Wawa.
Opah Strawberi tampil memohon maaf selepas tular isu membalas komen netizen dengan perkataan kasar. Usahawan terkenal itu mengakui kesilapan dan berjanji lebih berhati-hati dalam komunikasi selepas ini.