Untitled design (4)

Harga RM4 Untuk Satu Tingkap, Pasang Sendiri ‘Tinted’ Memang Cantik, Auto Nampak Macam Kondo! Jika tingkap rumah terlalu ‘transparent’ dan nampak dalam rumah, memang membuatkan kita kurang selesa dan rasa kurang privasi. Penyelesaiannya boleh diatasi dengan memasang ‘tinted’ pada tingkap mahupun sliding door di rumah.

Dengan kos RM4 sahaja bagi satu tingkap kita boleh buat sendiri je pasang tinted ni. Lebih jimat kos dan berbaloi bila DIY sendiri berbanding upah professional pasang.

Baca tip yang dikongsikan oleh Muhammad Faris Abdullah ini sebagai rujukan;

Saya suka DIY misalnya rumah sewa saya ini tingkap dapurnya visible dari luar. Kadang nampak orang lalu lalang dan mereka juga boleh nampak kita yang kat dalam rumah ni. Malu la juga takut jiran-jiran nampak otot-otot yang berketak-ketak ni risau kena gangguan.

Saya decide untuk pasang sendiri tinted rumah ini mudah saja saya beli di Shopee. Search je tinted rumah macam-macam brand keluar.

Harga RM4 Satu Tingkap, Pasang Sendiri ‘Tinted’ Auto Cantik Nampak Macam Kondo!Memang cantik tingkap terus jadi macam mirror lookalikes. Rumah yang asalnya flat kos rendah auto nampak macam kondo.

Harga RM4 Satu Tingkap, Pasang Sendiri ‘Tinted’ Auto Cantik Nampak Macam Kondo!
SEBELUM

Macam rumah saya ini saya pakai tinted warna Silver Black dan Matt White.

Harga RM4 Satu Tingkap, Pasang Sendiri ‘Tinted’ Auto Cantik Nampak Macam Kondo!
SELEPAS

Tips beli dan pasang DIY tinted rumah:

1) Warna Silver Black ini kadar ketelusan dia ~80%, kalau waktu malam dalam rumah pasang lampu boleh nampak bayang-bayang. Untuk warna Silver Black ini tintednya akan tapis cahaya dan haba rumah pun jadi redup tidak panas sangat sesuai musim El-Nino ini. Ia sesuai dipasang di bilik tidur dan ruang tamu.

2) Kalau mahukan 100% privasi dan masih mahukan cahaya masuk, saya ambil warna Matt White. Warna Ini orang luar memang tak nampak. Cahaya pun masih tembus bilik tidak gelap. Sesuai untuk dipasang di dapur ada privasi dan cahaya masih masuk.

IKLAN

3) Beli size yang betul. Ukur size tingkap kemudian potong sendiri mengikut size sebenar tingkap. Bagi sedikit extra 5-10mm supaya cermin cover habis ketika pemasangan.

4) Sewaktu pasang pastikan pakai air sabun yang banyak barulah cantik tintednya tak kedut-kedut. Kalau takde sabun tinted akan mudah melekat dan berkedut.

5) Untuk beginner saya sarankan beli extra 2-3 keping tinted sebagai trial. Harga RM4 je untuk satu tingkap. Murah sangat kalau panggil tukang professional mahal juga rasanya mau beratus ringgit.

Kalau macam saya suka belajar dan DIY banyak kali juga try baru menjadi itulah harga nya try and error. Tetapi skill sampai ke tua kita ada sangat berguna.

IKLAN

Untuk tutorial pemasangan tinted ini search di Youtube; “How to install window tint”. Saya kongsi actual photos rumah saya before and after.

Harga RM4 Satu Tingkap, Pasang Sendiri ‘Tinted’ Auto Cantik Nampak Macam Kondo!

Semoga bermanfaat dan selamat bertukang

Mesti Baca:Pasang PVC Fence Edge Supaya Rumah Lebih Privasi, Jimat Bajet Berbaloi!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Nak CANTIK & JIMAT KOS, Tutup Dinding Porch Kereta Guna ‘Shera Plank’!

Artikel Menarik:Tak Payah Tukar Pagar Baru, Pasang ALUMINIUM PANEL Nampak Mewah & Jimat!

Mingguan Wanita: Menarik juga idea yang dikongsikan ni, barulah rasa lebih privasi, aurat terjaga malah jimat berbanding tukar tingkap.

Sumber:Muhammad Faris Abdullah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI