Manfaat Simpan Air Dalam LABU SAYONG, Boleh Sejukkan Ruang Dalam Rumah! Cuaca panas melampau ketika ini membuatkan kita tak selesa, selalu berpeluh tak kiralah pada waktu siang mahupun malam. Pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kepanasan.
Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.
Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Norini.
Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.
Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.
Ads
Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.
Ads
Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.
Mingguan Wanita: Cuaca panas melampau ketika ini, boleh cuba simpan air di dalam labu sayong dan letakkan di dalam rumah untuk membantu penyejukan ruang.
CARA Simpan LENGKUAS Mudah Guna, Elok Tak Melekat Tahan Berbulan! Lengkuas antara bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan. Selalunya kita guna sedikit sahaja, baki lengkuas jadi lembik dan busuk jika salah cara simpan.
Ada caranya untuk menyimpan dengan betul lengkuas ni supaya tahan lama berbulan dan mudah digunakan ketika memasak nanti.
Petua simpan lengkuas. Saja la nak share petua dapur. Rasanya ramai yang dah tau tapi takpe Kakzah bagitau pada hak muda-muda ni.
Lengkuas ni kegunaannya agak jarang juga kan, tapi kalau takde lengkuas tak sedap singgang dan rendang kamu tu dikk. Bau lengkuas ni kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.
Lengkuas yang jual kat kedai tu seketul gedabak besaq. Nak guna 5/6 hiris je. Ni Kakzah ajar cara nak simpan lengkuas.
1. Basuh kesan-kesan tanah dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Keluarkan dari peti beku terus je masukkan dalam bekas tipuware atau plastik ziplock. Masukkan cepat-cepat sebelum lengkuas berair. Tujuan bekukan supaya bila kita nak ambil untuk masak lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3/4 keping.
4- Simpan semula dalam peti beku. Tahan selamanya jika anda tak gunakan untuk memasak. Tahan lama dan lebih mudah cara ni berbanding rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
Video 1
Proses membekukan lengkuas dan proses nak simpan dalam tipuware.
Video 2
Lengkuas yang dah lama simpan dalam peti sejuk beku. Nak guna ambil je. Tak perlu defrost semua sebab dia tak melekat.
Sekian dari Kakzah dengan ilmu yang tak seberapa ni.
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Jadi bila beli lengkuas, boleh simpan begini tahan berbulan. Elok tak melekat malah mudah nak gunakan untuk memasak nanti.
POKOK TETULANG Petua Tradisional Tok Batin Berkesan Rawat Tulang Patah, Bengkak & Terseliuh! Selain bergantung kepada perubatan moden, tak dinafikan pokok-pokok herba juga mempunyai khasiat tersendiri yang mampu menjadi ubatan semulajadi dalam merawat penyakit tertentu.
Sebagai contoh pokok tetulang ini. Menerusi perkongsian ilmu perubatan tradisonal daripada Tok Batin, ia mampu merawat tulang patah, bengkak mahupun terseliuh.
Ketika saya masih belajar di Univesiti dulu, saya ada ikut seorang kawan ke pendalaman Rompin Pahang untuk jumpa seorang Tok Batin. Sahabat saya ni kena masalah patah tulang kat bawah buku lali kaki akibat dilanggar seorang mat rempit.Masa tu dia dalam perjalanan pulang kuliah malam.
Pendek cerita, saya lihat Tok Batin tu tak baca apa-apa pun. Dia cuma ambil beberapa batang pokok dan tumbuk. Kemudian dia sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Katanya jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut.
Lepas 3 hari, kami pergi semula berjumpa Tok Batin tu.. Saya ni pantang tengok ilmu baru terus je nak menadah.
Saya: Tok tampal apa kat kaki kawan saya tu.. Cepatnya boleh baik?
Tok Batin: Alah, pokok tulang jer.
Saya: Tak payah baca jampi ker Tok..?
Tok Batin: Tak payah..memang dah itu ubatnya.. Jampi buat apa?
Saya: Saya nak ilmu ni boleh tak Tok..?
Tok Batin: Boleh jer.Jarang sangat anak muda macam kamu ni minat berubat… Meh ikut aku kita tengok pokok tu.
Saya dan Tok Batin pun berjalan di belakang rumahnya… Ditunjukkan pokok tersebut dan diajar petua nak ambik macam mana.
Katanya, nak buat untuk kes patah, bengkak atau seliuh, pokok ni elok ambil petang sebelum malam. Nak ambik pulak biar yang bahagian bawah tapi bukan yang jenis sentuh tanah.. Ambil ranting yang lekuknya ke atas.Yang turun ke bawah tak boleh jadi ubat.
Cara rawatnya pulak mudah jer. Hanya tumbuk, tampal dan balut dengan daun pisang. Semudah A..B..C
“Kalau balut dengan kain jer tak jadi ke Tok?”
Katanya tak berkesan sebab tujuan balut dengan daun pisang tu nak bagi kulit tu sejuk dan tak melepuh. Biasanya lepas 3 hari baru boleh bukak dan Insyaallah sembuh.
Bila dah dapat ilmu tu, saya pun try la test kat seorang kawan yang patah tulang lutut. Alhamdulillah, menjadi tapi bukan 3 hari la.. 6 hari (dua kali balutan). So, dibulan yang mulia ni, saya izinkan sesiapa nak guna ilmu ni. Insyaallah, sembuh… Amin.
*Pokok ni dikenali sebagai pokok TETULANG. Pokok hiasan dan boleh dicari di Nursery.
Selamat Beramal.
– Merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting. Dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.
-Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Balutlah dengan kain bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang.
– Ambil cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang, selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga hilang.
– Patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya…rebuskan pokok tersebut dan air rebusan tersebut dijadikan air mandian.
Mingguan Wanita:Rupanya pokok tetulang ini mempunyai pelbagai manfaatnya. Terutamanya dalam merawat tulang patah, bengkak atau terseliuh. Boleh cuba amalkan rawatan tradisional ini
BATU KARANG Keluar Sendiri Tak Perlu Bedah, Amal Minum Jus Nanas & Lobak Putih! Jika pernah mengalami penyakit batu karang, tahulah ‘azabnya’ bagaimana. Memang sangat sakit sehingga tahap berguling-guling.
Ada cara semulajadi untuk mengeluarkan batu karang ini sendiri tanpa perlu melalui proses pembedahan. Boleh ikhtiar minum jus nanas dan lobak putih serta selalu amalkannya.
Sebelum puasa saya kena batu karang. Pertama kali kena.. Sakitnyaa bukan kepalang Hampir nak kena operation.
Tapi 10 minit sebelum masuk bilik untuk scoping saya ke bilik air tiba-tiba batu karang keluar sendiri. Terus hilang sakit lansung tak rasa apa-apa. Macam magik. InsyaAllah bulan 11 kena buat CT Scan jugak untuk pemeriksaan lanjut.
Ramai yang cadang makan atau minum jus lobak putih. Saya tak lalu nak telan walaupun buat sup huhu. Jadi saya buat jus NANAS+LOBAK PUTIH. Rasa sedap sikit walaupun bau tak enak.Baru mula pun, hari ni masuk hari ke 5.
1 biji nanas
1/2 lobak putih
1/4 Sudu Besar garam
Air sikit agak-agak boleh kisar
1. Kisar halus semua bahan-bahan.
2. Simpan dalam peti ais.
3. Minum bila rasa nak minum. Rasa nyaman.
Mingguan Wanita: Jadi jika nak keluarkan batu karang boleh ikhtiar guna petua semulajadi yang dikongsikan ini. Namun jika masih tidak sembuh, elok lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera iya.
Berusia 15 tahun, seorang pelajar perempuan kena tikam di kantin sebuah sekolah menengah di Banting di sini selepas membeli roti. Takut dengan budaya budak zaman sekarang, ada salah faham atau rasa tidak puas hati terus main pisau!