batu karang

Mengalami penyakit batu karang didalam hempedu memang ‘menyeksakan’. Antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan. Malah terasa sakit yang teramat pada pinggang bagai dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah serta demam secara tiba-tiba.Jika sampai ke tahap yang teruk ia memerlukan pembedahan membuang hempedu untuk mengeluarkan batu-batu tersebut.

Namun tak perlu bimbang, menurut perkongsian oleh Dr Hamid Arshat, penyakit batu karang pada kilang hempedu ini boleh dirawat tanpa perlu dibedah mengikut petua berkesan ini.

Berikut antara perkongsian beliau;

“3 hari lepas saya jumpa kawan yang kena batu karang dikilang hempedu dan ikut rawatan seperti diatas dan dia kata memang berkesan tanpa perlu bedah.”

Petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones).

Bahan-Bahan:

Jus Epal
Garam Epsom (magnesium sulfat)
Minyak Zaitun
Jus Lemon

Dr Hamid Arshat Kongsi Petua Berkesan Rawat Batu Karang Dalam Hempedu, Tanpa Perlu Dibedah

Cara-Caranya:

1. Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari ke-6, jangan makan malam (dinner).

3. Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulfat) yang boleh dibeli di farmasi.

4. Pukul 8 malam, ulang kembali makan garam Epsom.

5. Pukul 10 malam, campurkan 1 cawan (250 ml) minyak zaitun (olive oil) atau minyak bijan (sesame oil) dengan jus lemon (3biji). Kemudian minum.

6. InsyaaAllah, keesokan paginya, sewaktu buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

Dr Hamid Arshat Kongsi Petua Berkesan Rawat Batu Karang Dalam Hempedu, Tanpa Perlu Dibedah

Tujuan Penggunaan:

  • Lemon adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.
  • Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu.
  • Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.
  • Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu.

Semoga Bermanfaat & Selamat Mencuba.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI