Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting bagi setiap individu. Realitinya, menyimpan dan menggandakan sumber kewangan yang ada, penting untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan melestarikan ekonomi. Sekaligus sebagai persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Namun demikian, masih ramai yang mempunyai pengurusan kewangan yang lemah.
Oleh yang demikian, terdapat 4 perkara yang wanita perlu mengambil tahu tentang kewangan.
Kesedaran Pelaburan Di Kalangan Wanita Semakin Meningkat
Kini semakin ramai golongan wanita yang peka dan mempunyai kesedaran mengenai kepentingan membuat pelaburan. Ramai wanita melabur untuk ‘mengembangkan’ lagi duit simpanan yang ada untuk mendapat pulangan pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan. Berbanding hanya menyimpan wang yang ada semata-mata di institusi kewangan.
Terdapat pelbagai pelaburan yang boleh dilakukan seperti menerusi pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan unit amanah, dan sebagainya. Malah, wanita juga semakin bijak merancang simpanan dengan membuat tabungan dan pelaburan secara konsisten bagi meningkatkan simpanan mereka.
Penting Ambil Tahu Pengurusan Kewangan Sendiri & Pasangan
Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting dalam kehidupan tidak mengambil kira wanita yang masih bujang mahupun telah berkahwin. Sangat penting bagi wanita untuk mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri serta mengambil tahu tentang cara menguruskan kewangan dengan baik. Ia dapat membantu untuk membezakan di antara kepentingan keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Sekaligus ia dapat mengelakkan kebocoran wang simpanan dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak diri.
Ads
Apabila membuat keputusan untuk berkahwin pula, wanita disarankan untuk mengambil tahu keadaan kewangan pasangan terlebih dahulu seperti sumber pendapatannya, hutangnya, jenis pelaburan yang diambil, apa yang dibelanjakan setiap bulan dan sebagainya.
Bukan apa, secara realitinya kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan yang berkahwin tidak hanya bergantung sumber kewangan pada sebelah pihak / suami sahaja. Sebaliknya, suami isteri perlu saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan dan menambah lagi sumber kewangan keluarga. Bahkan, ia dapat mengukuhkan lagi institusi perkahwinan, apabila mempunyai pengurusan kewangan yang stabil.
Ads
Kos & Kesan Kewangan Memiliki Anak
Tidak dinafikan setiap anak yang dilahirkan adalah merupakan suatu rezeki. Namun demikian, daripada saat mengandung hinggalah membesarkan anak-anak ia perlu disertakan dengan perancangan kewangan yang teliti. Anak-anak merupakan satu amanah dan perlu dibesarkan dalam persekitaran yang selesa, disamping mengambil kira kos yang perlu dibelanjakan.
Ibu bapa yang bertanggungjawab perlu memikirkan keperluan dan perbelanjaan asas anak-anak seperti makan minum, pakaian, yuran pengasuh, kos pendidikan, perubatan dalam membesarkan mereka. Ia tidak termasuk dengan keperluan tambahan seperti insuran perubatan, kelas tambahan seperti tuisyen, disamping aktiviti riadah seperti bercuti dan sebagainya.
Ads
Maksimumkan Sumber Pendapatan
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara untuk memaksimumkan punca pendapatan yang ada. Golongan wanita umumnya lebih kreatif dalam menjana pendapatan tambahan. Di samping pendapatan tetap yang diperolehi, ada yang menjadikan minat dan hobi sebagai bisnes yang mampu menambah sumber kewangan mereka. Disamping itu, pendapatan dari sumber pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk memaksimumkan punca pendapatan.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian: Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salah satu perkara yang membuatkan kita tak rajin pilih ikan sungai sebagai menu utama hidangan buat keluarga adalah kerana tak tahu cara untuk hilangkan bau hanyir dan lendir ikan itu.
Sebenarnya banyak tip dan petua menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan sungai yang dikongsi oleh warganet di dalam media sosial. Kebanyakannya cara menghilangkan bau hanyir dan lendir itu banyak menggunakan bahan atau barang dari dapur.
Boleh Cuba Tip Hilangkan Bau Pada Ikan Sungai Atau Ikan Air Tawar Yang Dikongsikan Oleh Leha Yusuff Ini.
Tip Hilangkan Bau Pada Ikan Sungai Atau Ikan Air Tawar
Terdapat beberapa cara yang kita boleh guna untuk menghilangkan lendir dan hanyir ikan hanya dengan barang yang mudah terdapat di dapur.
1. Air Basuhan Beras
Kalau hari ini kita masak ikan sungai atau ikan air tawar, air basuhan beras jangan dibuang. Simpan air basuhan untuk membasuh lendir dan hanyir ikan akan hilang.
Halia bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama setengah jam.
3. Perap Dengan Asam Jawa
Asam jawa juga dapat digunakan bagi menghilangkan hanyir dan lendir ini. Ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.
*”Kak Ya selalu guna air asam jawa je sebab biasa nya senang hilang hanyir nya. Jom follow Leha Yusuf untuk lebih banyak tips dan petua simple”
Peria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun ramai yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit.Selain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga sedap digoreng garing! Kerangupannya setelah digoreng, menghilangkan rasa pahit dan sesuai dimakan sebagai kudapan bila-bila masa.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri peria goreng garing yang rangup dan sedap ni, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nordin sebagai panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
Untuk kawan-kawan yang disayangi, resipi peria goreng kruk kruk (tak pahit).
Bahan-Bahannya :
Sebiji peria
secawan tepung beras
3/4 cawan tepung ubi kayu
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
minyak untuk menggoreng
garam
Cara Membuat:
1. Buangkan biji peria.Kalau guna sudu lebih senang.
2. Sagat peria seperti kita nak buat kerepek. Harus nipis-nipis. Kemudian rendam dalam air garam selama 30 minit untuk kurangkan rasa pahit.
3. Seterusnya, bilas peria dengan air biasa dan rendam/rebus dengan air panas dalam seminit juga bertujuan mengurangkan rasa pahit peria.Jangan rendam lama sampai peria berubah warna.
4. Kemudian gaulkan tepung beras dan tepung ubi kayu.Masukkan serbuk ketumbar, bawang putih dan garam.
5. Kepekatannya sedang-sedang sahaja. Agak-agak pekat macam nak buat tempeyek.
6. Kemudian bolehlah digoreng sehingga keperangan. Jangan kerap terbalikan sangat, takut tepung tak melekat langsung dengan peria nanti.
7. Akhir sekali, bolehlah disimpan di dalam balang kedap udara.
Siap! Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.Mak-mak boleh lah cuba di rumah dan buat sendiri nanti.
6 sudu nasi. Bila kita dengar rasa sikit sangat. Kenyang ke? Sanggup ke nak makan sebanyak itu semata-mata nak kurus.
Jangan pandang pelik, sebab setiap pengambilan nasi ini boleh diberi persamaan dengan pemakanan lain. Kalau nak kurus, macam-mcam cara kita sanggup lakukan. Tapi janganlah pula hangat-hangat tahi ayam pula.
Ini penjelasan daripada Lily Moha, pakar dietitian tentang apa yang dikatakan pengambilan hanya 6 sudu nasi saja.
Apa lagi yang anda makan sebagai kudapan. Apa jenis kudapan tersebut. Berapa jumlahnya.
Berapa kerap anda makan.
Ya, yang menentukan adalah jumlah keseluruhan makanan anda sepanjang hari.
Bagaimana menentukan jumlah pula bergantung kepada apa gol anda.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Nak kurus, macam-macam cara boleh buat, bergantung kepada kondisi diri kita. Tak perlu nak mengata, masing-masing ada cara nak kurus dengan betul. Kurus dengan sihat!
Seorang lelaki maut dalam kemalangan Jalan Batu Pahat–Kluang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar lori di tepi jalan. Isterinya yang hamil enam bulan terkejut kehilangan suami tersayang.