Letak air dalam talam. Mungkin kedengaran agak pelik. Hakikatnya, ia sangat membantu terutamanya dengan keadaan cuaca panas sekarang ini.

Pelbagai cara dan petua telah digunakan untuk memastikan rumah sentiasa sejuk, lebih-lebih lagi rumah yang tak ada aircond. Ada yang buka kipas dan hala ke luar rumah dan paling tak kuran juga yang pasang ke semua kipas ada dalam rumah.

Namun, salah satu cara yang tak terfikir langsung oleh Husna Haron inilah adalah meletakkan talam berisi air dan biarkan kipas terpasang. Hasilnya rumah jadi sejuk dan nyaman.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Sejukkan Aircond, Modal Tak Sampai RM25, Boleh Servis Sendiri Di Rumah!

Pasang Aluminium Foil Cara Bajet Kurangkan Haba Panas, Sejukkan Suhu Rumah!

Letak Air Dalam Talam, Sejukkan Rumah

Ingat lagi, dulu saya pernah tinggal di sebuah rumah sewa…
Semuanya selesa di situ. Tapi panas yg amat. Setiap petang balik kerja, macam dalam oven. Seriously panas yg amat.

Satu pagi yang rushing, Anak saya tertumpah kan 1 jag air. Atas lantai…
Saya biarkan saja Sebab dah lambat nak pergi kerja
Lampu dan kipas pun Tak sempat nak tutup. Bila balik rumah? Eh pelik sangat sangat. Rumah rasa nyaman.

IKLAN

Diringkaskan cerita, rupanya air yang ditumpahkan tu
tersejat dek kerana kipas setiap masa terbuka dan wap air berkumpul di sekeliling Ruang tertutup rumah

Oh begitu…Simple sangat ni.

Maka esok nya..Saya ambil lah talam
Letakkan air di dalam nya dan buka kipas.

1 talam di ruang tamu, 1 talam di dalam bilik tidur. Sungguh benar. Rumah jadi sejuk.

Saya buat lah mcm tu, Setiap hari…
Wahhh selesa nya…Rasa nyaman sangat rumah tau
Simple saja..
.
.
Sampai satu peringkat, saya cuma buat waktu malam saja
Sebab memang tidur pakai kipas kan.

IKLAN

Waktu siang dah tak buat. Alhamdulillah maintain sejuk juga rumah.
Selepas air circulation dah mula stabil.

Nak guna talam boleh, Besen pun boleh
Asalkan luas permukaan nya luas.

Simple sangat..

Air
Talam
Kipas
.
Nota 1 :
Salin air setiap hari. Supaya tiada pembiakan jentik jentik. Atau letakkan garam juga supaya jentik jentik tak boleh hidup
.
Nota 2 :
Untuk permulaan, jangan buka tingkap rumah ya.

Nota 3 :
Sekiranya rumah anda menghadap matahari jatuh, sila lah beli bidal /pokok utk kurangkan cahaya panas tu.

IKLAN

Mingguan Wanita : Mungkin rumah kayu tahan la sdikit panasnya. Kalau rumah batu yang tiada aircond mahunya bahang panas ni.

Sumber: Husna Haron

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI