Selalunya Bunga Telang atau nama saintifiknya (Clitoria ternatea) digunakan sebagai pewarna semula jadi didalam makanan seperti Nasi Kerabu, puding, kuih dan sebagainya.Tapi mungkin ramai yang tak tahu rupanya banyak khasiat teh bunga telang ni untuk kecantikan diri.

Ia antara petua semulajadi orang lama yang sering diamalkan agar kekal awet muda, kulit tegang dan tak berkedut. Tak perlu guna produk yang mahal-mahal untuk cantikkan kulit muka, boleh guna bunga telang je, lebih jimat dan diyakini selamat.

Berikut perkongsian daripada Puan Suzy Honey sebagai panduan;

“Rutin saya dan suami bila masuk keluar kampung kebiasaan akan singgah di warung kopi yang ada pengunjung terdiri dari orang lama yang berusia sekitar 70an ke atas. Mereka semua ini masih kelihatan sihat dan segar.”

Kebetulan ada seorang Makcik ini datang bersama suaminya.

” Alaa…mek . Kalau orang perempuan nak awet muda tegang tak berkedut kulit mudah aje. Kenal tak bunga telang ? Ambik sedikit bunga telang rendam dan minum seminggu 2 ke 3 kali . Tak payah nak telan hak pelik-pelik zaman leni” katanya kepada saya.

Kalian kenal tak bunga telang? Biasa orang gunakan untuk buat sebagai bahan pewarna untuk nasi kerabu. Pokok bunga telang ini banyak terdapat di kampung.

Cara Penyediaan Teh Bunga Telang :

• Rendam 5 bunga telang di dalam segelas air panas selama 15 minit.
• Keluarkan bunga dari cawan apabila tiada warna yang tinggal di kelopak.
• Teh bunga telang biasanya ditambah dengan serai untuk meningkatkan rasa.
• Teh ini juga boleh dicampur dengan beberapa titis air perahan lemon untuk menghasilkan rasa masam yang manis.

Di percayai antara khasiat bunga telang ialah:

• Sistem saraf – mempunyai kesan menenangkan saraf
• Sistem pencernaan – merupakan antimual, antipencernaan dan cholagogue
• Sistem peredaran – merupakan haemostatic yang membantu menghentikan pendarahan dan pembersih darah
• Sistem pernafasan – bertindak sebagai expectorant untuk mengurangkan kerengsaan organ pernafasan
• Sistem urin – membantu masalah sukar kencing
• Sistem pembiakan – membantu pengeluaran sperma
• Sistem integumen – meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit.

SuzyHoney
Amalan orang lama memang bagus

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Baca Disini: Bunga Telang Bukan Sekadar Pewarna Semulajadi, Tapi Boleh Juga Dibuat Teh & Bantu Lancarkan Haid

MW: Selalunya bunga telang ini tumbuh melata disekeliling rumah, selepas ni, bolehlah cuba amalkan teh bunga telang ni untuk kecantikan diri, agar kekal awet muda, wajah tegang dan tak berkedut.

Sumber: Suzy Honey