Hail Amir meninggal dunia, anak kongsi ayah sudah mulakan rawatan antibiotik tapi Allah lebih menyayanginya. Perginya seorang bintang lagenda seni tanahair.
Hail Amir Meninggal Dunia
Penyanyi popular, Datuk Hail Amir menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Berita pemergiannya dikongsikan oleh penyanyi Datin Salwa Abd Rahman di instastori miliknya sebentar tadi.
“Al-fatihah, Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baru sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi,” katanya.
Anak Kongsi Ayah Sudah Mulakan Rawatan Antibiotik Tapi Allah Menyayanginya…
Hal yang sama dikongsikan anaknya, Cinta kepada rakan artis terdekat yang mengenali bapanya.
Terdahulu, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin bagi menerima rawatan.
Menurutnya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit namun Allah lebih menyayanyinya.
Ads
Dijangkiti kuman di paru-parunya, Allah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.24 petang tadi.
Sepanjang hayatnya, pasangan merupakan pasangan duet terkenal bersama Uji Rashid. Antara lagu popular mereka termasuklah Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai.
Ads
Allahyarham turut terkenal sebagai pelakon dan antara filem popularnya ialah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.
Selepas lebih lima dekad terbabit dalam dunia seni, Hail dikurnia gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Speed dating tak ikut landasan islam dalam taaruf, Ustazah Asma’ & Ustaz Don tegas ia tak perlu dipromosikan. Baru ini isu speed dating hebat diperkatakan.
Ia diadakan di sebuah kafe di ibu kota minggu lalu dan menimbulkan polemik di mana peserta boleh berkenalan antara satu sama lain. Wanita akan akan diberi masa duduk bersama lelaki untuk berbual.
“Setelah tamat masa, peserta lelaki yang lain pula akan berkenalan dengan peserta wanita tersebut dan begitulah seterusnya.
“Wanita pertama berkenalan dengan lelaki pertama, kemudian selepas tamat masa, dia teruskan dengan lelaki seterusnya. Boleh jadi tiga lelaki akan suka perempuan yang sama dan boleh jadi perempuan tadi suka pada lelaki lain.
“Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan,” katanya dalam status yang dimuatnaik dalam Facebook miliknya baru ini.
Menurutnya, jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib masing-masing.
Menelusuri sejarah berkaitan ‘speed dating’ ini, Ustazah Asma’ memberitahu, acara ini berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang dipanggil sebagai New Year’s Calling.
“Pada setiap 1 Januari, ramai wanita muda (belum berkahwin) akan mengadakan ‘rumah terbuka’ (pesta atau majlis resepsi) di mana mereka akan menjemput lelaki yang belum berkahwin yang layak, kawan mahupun orang yang tidak dikenali untuk singgah dan mengadakan lawatan ringkas, pertemuan itu tidak lebih dari 10 hingga 15 minit.
“Ia bermula pada tahun 1998, mereka mencipta cara untuk orang yang belum berkahwin bertemu antara satu sama lain dengan memanggilnya ‘speed dating’. Ia adalah program khas untuk mereka yang bujang, lalu tidak lama kemudian ia tersebar ke seluruh dunia,” jelasnya.
Hal yang sama mendapat perhatian dari Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang turut berkongsi isu ini. Menurut Ustaz Don, Islam bukan agama yang mengongkong dan Islam adalah agama yang ada undang-undang.
“Hari ini orang duk cerita pasal speed dating dan sebagainya, first of all, ada tak perkara-perkara yang ditegah Islam? Pertama, mesti kena tengok ada tak benda yang Islam larang? Ada tak masa dating tu pegang tangan? Kalau ada, haram.
Masa p dating tu dok pakai elok-elok sebab nak p dating kena buka semua bagi lelaki tu tengok, kalau ada, haram. Kalau sekadar masuk, duduk sembang, apa beza sembang kat supermarket, di pejabat,” katanya.
Tambah bapa kepada empat orang cahaya mata ini, acara tersebut bertujuan mencari pasangan, bersesuaian dengan zaman kini yang rata-rata sukar untuk temui jodoh.
“Pertama, jangan kita buat hidup ni macam di sekolah madrasah. Bukan semua orang duduk sekolah lelaki semata-mata,bukan semua orang sekolah perempuan semata-mata.
“Kita daripada kecil bercampur sekolah, jadi kena faham suasana itu bukan membenarkan ikhtilat tadi, jangan salah faham,” ungkap beliau. Kredit :- Sinar Harian / Sinar Plus
Faisal Halim kritikal, hanya isteri saja dibenarkan melawat “tangan kiri sukar digerakkan” selepas disimbah asid di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini. Kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak.
“Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.
“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.
“Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.
“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Ia kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.
Sementara itu, tinjauan Arena Metro di hospital swasta berkenaan mendapati keadaan tenang dan kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga Faisal yang menunggu untuk mendapatkan laporan terkini berkaitan keadaan pemain itu.
Lapan pasangan kembar belajar di Sekolah yang sama, cikgu selalu keliru. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –