Nak tegur jangan sampai malukan orang. Itulah antara nasihat Datuk Seri Siti Nurhaliza buat individu yang menyokong gerakan Blockout 2024.

Penyanyi terkemuka tanahair itu turut meminta agar jika ingin menegur jagalah adab dan elakkan memaki hamun di laman sosial selebriti.

Untuk pengetahuan, Gerakan Blockout 2024 dimulakan pada 6 Mei serentak dengan penganjuran majlis Met Gala 2024 sekali gus hari yang sama di mana bumi Palestin diserang Israel. Gerakan tersebut juga telah menamakan senarai selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai situasi yang berlaku.

Nak Tegur Jangan Sampai Malukan Orang

Siti yang terkenal dengan sikapnya yang sopan santun juga tidak bersetuju jika mereka yang meninggalkan komen berbaur ugutan dan maki hamun di laman sosial selebriti.

“Tak baguslah sampai tahap maki hamun. Nak tegur atau marah mesti ikut adab. Tak perlu sampai memalukan orang.

“Saya faham mungkin mereka (individu terbabit) ingin mempertahankan agama tetapi ia boleh dilakukan dengan cara lebih berhemah.

“Kita kena lihat kembali apa yang agama ajar.

“Kalau nak pertahankan agama kenalah ikut cara agama, kalau tak suka lebih baik diam,” ungkap Siti Nurhaliza seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online.

IKLAN

Selebriti Ada Alasan Tersendiri

Menyentuh mengenai gerakan Blockout 2024 yang membabitkan ramai selebriti popular tempatan Siti enggan mengulas lanjut namun percaya selebriti tersebut mempunyai alasan tersendiri untuk jarang memuat naik mengenai kisah pergolakan di Palestin di media sosial masing-masing.

“Saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, sudah memainkan peranan mengenai isu Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa sebelum serangan Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

“Malah, Sekolah Afwa Al Aafiyah sudah ditubuhkan sebelum itu lagi. Ini adalah fisabilillah dan usaha kami untuk agama islam.

“Pada masa sama, kita juga dituntut untuk mempertahankan agama dan saudara seagama yang ditindas dengan kejam di Palestin,” sambungnya.

Baca Disini: “Sejak Kecil Mak Selalu Mengingatkan Mengenai Zakat” Siti Nurhaliza Penyumbang Zakat Tertinggi Kategori Penyanyi

IKLAN

“Ini Fisabilillah, Bekalan Akhirat Beri Pendidikan Awal Buat Anak-Anak Gaza” Impian Bina Sekolah Tercapai

Nak Tegur Jangan Sampai Malukan Orang, Siti Nurhaliza Nasihat Jaga Adab & Berhemah Komen Di Media Sosial

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto : Instagram CTDK

IKLAN

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

 

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI