Tak dinafikan ramai golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, hingga ada yang terputus bekalan makanan harian. Rezeki lebih yang ada tak salah untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan.
Rupanya dalam diam, pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 64, menggerakkan Akademi Wan Maimunah and Friends (WNF) yang ditubuhkan pada 2019 untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan dengan impak penularan pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, Akademi WNF bersama Badan Kebajikan Guru Sekolah Kebangsaan Desa Aman (BKGSKDA), Selangor mengagihkan 100 bakul makanan kepada keluarga murid sekolah terbabit.
Sediakan 100 Bakul Makanan
Sudah hampir 50 tahun menceburkan diri dalam industri seni, Wan Maimunah yang yang cukup terkenal dengan watak air mata memberitahu, projek itu mendapat sokongan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia).
“MERCY Malaysia menyediakan 100 bakul makanan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di Sekolah Kebangsaan Desa Aman (SKDA).
“Ramai keluarga murid di sekolah itu yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Dengan izin Allah, saya terpanggil untuk membantu serba sedikit.
“Saya sedih mendapat tahu keperitan dilalui murid sekolah itu melalui anak saya, Rosnita Ismail yang juga guru di SKDA.
“Jadi apa salahnya, saya berusaha dengan badan kebajikan sekolah terbabit untuk menghulurkan sumbangan,” katanya.
Proses Agihan Secara Pandu Lalu
Sebagai permulaan, proses agihan bantuan yang dikendalikan secara pandu lalu di lobi SKDA menyerahkan 70 bakul makanan. Baki 30 bakul makanan akan diagihkan Sabtu ini, di lokasi sama.
Wan Maimunah berkata, dia menangis sebaik mendapat tahu ada ibu bapa yang menghubungi kakitangan sekolah dan memberitahu mereka terputus bekalan makanan selepas dijangkiti COVID-19.
Ads
“Apabila mendapat tahu kebanyakan kakitangan dan murid di sekolah itu terkesan akibat impak penularan COVID-19, takkanlah saya berdiam diri.
“Saya diberitahu ada keluarga yang cuba mendapatkan bantuan jiran tetapi tidak disahut. Benar, perkara ini tidak terjadi kepada kita, jadi kita mungkin tidak faham.
“Namun, Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kami anak-beranak untuk membantu. Alhamdulillah, kami dapat berganding bahu agih bantuan agar mereka dapat meneruskan hidup,” katanya.
Agihan Ikut Prosedur SOP
Wan Maimunah berkata, dia memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika bantuan diagihkan.
“Saya sedar mengenai risiko jangkitan. Jadi, saya sentiasa memakai pelitup muka, sarung tangan dan sebagainya ketika membuat agihan. Selebihnya, saya berserah kepada Allah dan bertawakal,” katanya.
Sebelum ini, Ramadan lalu, Wan Maimunah menyumbang 100 bakul makanan kepada insan memerlukan.
Ads
“Saya tidak pandai membuat surat atau mengirim e-mel memohon sumbangan orang ramai. Semua ini dilakukan atas bantuan anak dan suaminya yang tidak putus berusaha.
“Mudah-mudahan ada lagi pihak yang sudi memberi sumbangan untuk diserahkan kepada golongan memerlukan,” katanya.
Ikhlas Beri Bantuan
Wan Maimunah juga bersyukur banyak pihak sudi bekerjasama dengan Akademi WNF mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan.
“Apa yang saya usahakan ini bukanlah mengharapkan balasan atau mengejar nama. Saya ikhlas membantu kerana tidak sanggup mendengar kisah sedih mereka yang terkesan dek pandemik COVID-19.
“Insya-Allah, selepas ini saya mahu merealisasikan majlis qiamullail bersama artis legenda seperti Norlia Ghani, Mek Habsah, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi,” katanya.
Akademi WNF ditubuhkan selepas Wan Maimunah dinobatkan Tokoh Wanita Negeri Melaka pada 2019.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah Wan Maimunah atas usaha kecil ini namun besar maknanya bagi golongan yang memerlukan. Semoga ramai antara kita yang dapat mencontohi usaha seperti ini.
“Papa Sudah Tiada” begitulah berita sedih yang disampaikan anak angkat kepada penyanyi & pelakon veteran Jaafar Onn. Dikhabarkan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada jam 11.30 pagi tadi.
“Papa Sudah Tiada”
Seperti yang dilaporkan, berita sedih itu disahkan anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim menerusi mesej WhatsApp kepada rakan-rakan artis antaranya penyanyi, Haiza.
“Assalamualaikum, untuk pengetahuan semua papa dah tiada. Dah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Mana-mana yang terdekat yang nak melawat papa bolehlah datang sekarang,” tulis hanif ringkas.
Arwah Alami Pendarahan Ketika Buang Air Besar
Sebelum ini media melaporkan, Allahyarham telah dimasukkan ke wad kerana mengalami pendarahan ketika membuang air besar semalam.
“Pada mulanya, papa mengadu sakit perut dan nak buang air besar selepas minum air untuk cuci perut tengah hari semalam.
“Saya terus bawa papa ke klinik kerana dapati papa membuang air besar berdarah dan tekanan darah serta paras hemoglobinnya juga rendah.
“Doktor di klinik itu pula meminta saya hantar papa untuk buat pemeriksaan selanjutnya di hospital,” ungkap Hanif seperti mana dipetik Harian Metro.
Sambung Hanif, Allahyarham Jaafar pernah tiga kali mengalami pendarahan ketika membuang air besar sebelum ini.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika pelitup muka atau facemask menjadi keperluan utama dalam membantu mencegah penyebaran coronavirus, seorang artis dari Brazil mengambil peluang untuk menjana rezeki.
Kreatif sungguh lelaki ini!
Melalui laporan yang dipetik daripada Reuters, artis bernama Jorge Silva Roriz, 65, sudah biasa mencipta dunia ajaib Karnival Rio de Janeiro yang terkenal dengan pelbagai hiasan menarik dan kostum berwarna-warni.
Dan kini, ketika dunia sedang berjuang menghadapi pandemik coronavirus, lelaki ini menggunakan bakat seninya untuk membuat pelitup muka yang kelihatannya seperti tidak menutup bahagian bawah wajah.
Jorge Silva Roriz memakai pelitup muka sambil melukis atas pelitup muka yang ditempah pelanggan. (Kredit Gambar : Reuters/ Pilar Olivares)
Sebaliknya ia seakan menonjolkan wajah si pemakai kelihatan seperti tidak memakai pelitup muka.
Roriz melukis pelitup muka atau topeng muka dengan begitu teliti, tepat dan hasilnya luar biasa. Semasa dia bercakap sambil memakai pelitup muka, mulutnya seperti ventriloquist, nampak tidak bergerak.
Akui Roriz, “Saya menggunakan pelitup muka ini agar tidak kehilangan identiti saya.”
Roriz melukis bahagian bawah wajah si pemakai di atas pelitup muka berwarna putih. Dia mengambil masa lama untuk meneliti dan melukis setiap butiran seperti warna kulit dan bibir agar sama seperti wajah si pemakai pelitup muka itu.
Pelitup muka ini telah menjadi popular di kalangan orang yang kelihatannya seperti tidak mahu menyembunyikan wajah mereka semasa wabak tetapi berminat untuk melindungi diri daripada virus.
“Sangat penting bagi setiap orang menjaga diri mereka sendiri, amat bagus apabila setiap orang menggunakan pelitup muka,” katanya.
Jorge Silva Roriz menunjukkan pelitup muka yang ditempah pelanggan serta wajah pelanggan yang menempah di telefon. (Kredit Gambar : Reuters/ Pilar Olivares)
Reaksi yang diterima oleh Roriz amat positif.
“Ada yang ketawa. Sesuatu perkara yang patutnya sedih menjadi sesuatu perkara yang membawa kegembiraan.”
Ajaibnya rezeki nikah, Sabri Yunus & Ardini ditawar tajaan umrah “baru terdetik hati, dah ada orang taja”. Rezeki orang mendirikan masjid. Inilah yang berlaku kepada pasangan pengantin baru, Sabri Yunus dan Ardini Angeline yang mendapat tajaan umrah selepas mendapat tajaan majlis bersanding.
Dan lebih berkat, tajaan mengerjakan umrah pasangan ini diperoleh tidak sampai 24 jam hati Angeline Tan terdetik selepas membaca iklan tentang pakej umrah yang ditampal dalam lif sebuah hotel.
Sabri Yunus & Ardini Ditawar Tajaan Umrah
Memetik laporan MStar, hasrat pelakon Angeline Tan mahu mengerjakan umrah termakbul apabila ada pihak sudi menaja dia dan suami ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
Angeline atau Ardini Angeline Tan, 56, berkata, dia mendapat khabar gembira itu tidak sampai sehari dia meluahkan hasrat itu selepas terlihat iklan tentang pakej umrah dalam lif sebuah hotel.
“Saya macam tak percaya! Kurang daripada 24 jam,” kongsinya.
Bercerita mengenai niatnya itu, Angeline berkata, sebelum ini dia dan suami Sabri Yunus, 62, menerima pelbagai tajaan majlis resepsi perkahwinan mereka namun tiada menawarkan mereka pakej menunaikan umrah.
“Baru Terdetik Hati Tak Sampai 24 Jam, Dah Ada Orang Taja”
Iklan mengenai dua pakej umrah yang ditampal di dalam lif tersebut membuatkan dia tertanya-tanya dan terdetik di hatinya untuk ke Tanah Suci Makkah.
“Ketika berada dalam lif hotel itu ada banner pakej umrah yang beritahu harganya RM7,000 dan umrah cuti RM9,000.
“Dalam hati ketika itu saya kata, umrah pun ada umrah cuti ke?
“Jadi terlintas di fikiran saya kenapa semua orang bagi saya majlis resepsi (tajaan), kenapa tak ada orang ingin sponsor saya umrah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 14 Oktober lalu di kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Dr Maza sendiri menikahkan pasangan berkenaan di Kangar, Perlis.
Bagi meraikan pasangan mempelai, bekas pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tersebut turut diraikan menerusi sebuah majlis kenduri yang diadakan di Hotel Grand Barakah Ampang pada 3 November lalu.
Dua hari kemudian pasangan itu sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Glo Damansara.
Sabri memberitahu mereka bakal diraikan dalam tiga lagi kenduri selain satu lagi bakal diadakan di kampung halamannya di Kelantan tidak lama lagi.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...