Memang benar ramai antara kita yang ingin mencegah diri daripada terkena jangkitan Covid-19. Paling popular adalah pengambilan vitamin C dan ramai yang terpengaruh hingga mengambil vitamin C tanpa mengikut keperluan.

Apa sahaja termasuklah ubat-ubatan atau vitamin C perlukan mengikut dos atau sukatan yang diperlukan tubuh masing-masing. Oleh itu sebelum mengambil apa-apa jenis ubat atau vitamin dapatkan dulu pendapat daripada yang pakar. Jangan memandai-mandai, buruk padahnya.

Vitamin C jika diambil secara berlebihan akan membuatkan alahan teruk. Setakat ini tiada bukti atau kajian yang mengesahkan bahawa pengambilan C mampu mencegah jangkitan Covid-19.

Ikuti perkongsian Ahmad Zakimi Abdullah dan fahamkan sedalamnya:

Apa tujuan encik ambik suplemen vitamin C ni?” Tanyaku kepada seorang pesakit berumur 30-an.

Beliau mengalami reaksi anaphylaxic (alahan yang teruk) dan dipantau di wad pemerhatian, Jabatan Kecemasan.

“Tak ada untuk apa-apa, doktor,” jelas pesakit itu.

IKLAN

“Takkan ambil suplemen tanpa tujuan, encik. Terus terang saja.” Aku hanya mahukan kepastian.

“Oklah. Saya ambik vitamin C ni sebab baca dekat facebook kata boleh elak dari kena COVID-19. Katanya boleh ubatkan COVID. Betul kan, doktor?”

“Eh tak ada lah, encik. Tiada kajian yang sahkan dapat cegah atau merawat COVID setakat ini, encik,” jelas ku sambil membelek-belek kotak suplemen vitamin C milik pesakit.

Undang Alahan Teruk

Produk suplemen ini dibeli dalam talian. Pendaftaran KKM produk juga diragui. Pesakit ini mengalami alahan setelah beberapa hari mengambilnya. Alahan semakin teruk dan terjadinya anaphylaxis. Pesakit itu terpaksa menerima rawatan IM adrenalin, IV hydrocortisone, IV piriton beserta IV ranitidine.

IKLAN

Katanya dos yang tinggi (megadose) dapat mencegah dirinya dari COVID dan common cold. Walhal sebenarnya tiada keputusan yang significant pun dari kajian saintifik. Ia hanya tuntutan dari golongan antivaksin dan para perubatan amalan songsang. Mereka berniaga bukan nak merawat.

Nak kata mega dos dari vitamin C diambil melalui mulut ia tak akan berlaku. Satu tablet dari suatu produk biasanya 1 gram. Penyerapan vitamin C (ascobic acid) hanya 50% saja berjaya memasuki badan iaitu sekitar 400 hingga 500 mg. Diterangkan dari ketepuan untuk penyerapan.

Mengikut pengeluar produk kita hanya dibenarkan 1 tablet sehari. Ia lain dari penerimaan vitamin C melalui Intravenous (IV). Walaubagaimanpun, KKM tak pernah meluluskan IV vitamin C setakat ini kerana tiada keperluan.

Keperluan Vitamin C untuk orang dewasa adalah 70 hingga 100 mg sehari. Vitamin C boleh diambil secara natural dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vamin C (ascobic acid) yang berlebihan akan dikumuhkan melalui air kencing kerana ia bersifat larut air. Jika berlebihan melebihi 2 gram maka akan mengundang kesan sampingan. Batu karang, jaga-jaga ya.

IKLAN

Bukan Hanya Alahan Sahaja

Selain dari apa yang berlaku kepada pesakit saya seperti alahan dari produk, oral vitamin C juga akan menyebab rasa loya, muntah, sakit dada (heartburn), esophagitis, intestinal obstruction, sakit perut (stomach cramps), kelesuan, sakit kepala, susah nak tidur, cirit birit, batu karang, kegagalan buah pinggang dan skin flushing.

Saya sendiri sebagai pakar kecemasan sudah beberapa kali berdepan dengan kes kesan sampingan ini termasuk anaphylaxis dan hemolytic anemia. Ini bukan kes pertama.

Janganlah kita dalam keadaan crisis COVID-19 ini ditambah pula dengan masalah yang tak dijangka dari pengambilan suplemen vitamin C yang tiada keperluan.

Jangan ada yang ambil kesempatan dari kesempitan ya.

Dr Zek

Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah

MW: Ketahuilah bahawa setiap perkara harus diambil dalam kuantiti yang sederhana waima dalam pengambilan vitamin C. Berhati-hati kerana berlebihan mampu mengundang alahan dan penyakit lain pula. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI