Sememangnya tubuh hanya serap kuantiti yang diperlukan setiap hari, jadi buat apa seseorang itu membazir dengan ambil Vitamin C secara berlebihan.

Vitamin C yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui air kencing. Membazir dan merugikan duit beli vitamin harga yang mahal.

Oleh itu mak ayah diminta untuk bersederhana dalam pengambilan Vitamin C. Ikuti perkongsian Dr Arisman ini dan hadam baik-baik penjelasannya.

Vitamin C Untuk Siapa?

Ini suplemen Vitamin C 100 mg (milligram). BOLEH BELI DI SINI: https://invol.co/cl5mili

Selalu kita nampak di kedai-kedai farmasi dan klinik-klinik. Kita berikan ini kepada kanak-kanak bukan?

Kemudian untuk orang dewasa pula kita cari sediaan tablet 1000 mg ke atas. Kononnya itu dos untuk orang dewasa.

Ok mari kita betulkan ilmu suplemen Vitamin C ini.

Dos Yang DiPerlukan

Nampak tak tulisan pada pelekat botol, indikasi suplemen Vitamin C untuk apa? Iaitu untuk vitamin C deficiency atau kekurangan vitamin C dalam badan misalnya penyakit Scurvy. (Di Malaysia payah hendak jumpa atau boleh dikatakan sudah tidak ada)

Maka dos yang ditunjukkan adalah rawatan kepada penyakit kekurangan Vitamin C. Bukan dos suplemen seharian anak-anak kita. Faham?

Tubuh Hanya Serap Kuantiti Diperlukan

Kita dan anak-anak kita yang sihat dan tidak ada penyakit Scurvy atau kekurangan Vitamin C ini sepatutnya ambil dos yang sesuai dengan keperluan diet tubuh sahaja. Apa dia?

IKLAN

RDA (Recommended Dietary Allowance) menyarankan keperluan harian Vitamin C adalah;
1 tahun hingga 3 tahun: 15 mg/ day (hari)
4 tahun hingga 8 tahun: 25 mg/ day
9 hingga 13 tahun : 45 mg/ day
Remaja dan dewasa lelaki: 90 mg/ day
Remaja dan dewasa perempuan: 75 mg/ day
Ibu hamil dan menyusu: 85 – 120 mg/ day

FDA (Food & Drug Administration) pula mengesyorkan Daily Value (DV) untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas termasuklah dewasa hanya memerlukan 90 mg per hari.

Baca Juga Di Sini:

Ambil Berlebihan Undang Alahan, Setakat Ini Tiada Kajian Vitamin C CEGAH COVID-19

Mangga, Super Hebat, Ada Lebih 20 Vitamin & Mineral Berbeza!

5 Sebab Kenapa Kena Makan Buah Naga, Punyalah Banyak Kelebihannya, Khasiat No 2 Mesti Ramai Wanita Suka!

Buat Apa Membazir Ambil Vitamin C Berlebihan

Tubuh Hanya Serap Kuantiti Diperlukan, Buat Apa Membazir Ambil Vitamin C BerlebihanApakah dos bahaya dan perlu dielakkan untuk suplemen Vitamin C?
Jika diambil lebih 2000 mg per hari. Komplikasinya adalah boleh terjadi sakit perut, mual, diarea dan meningkatkan risiko terjadinya batu karang pada buah pinggang.

IKLAN

Tubuh Hanya Serap Kuantiti Diperlukan, Buat Apa Membazir Ambil Vitamin C BerlebihanKalau saya ambil suplemen Vitamin C 500 mg setiap hari, boleh?
Boleh jika anda sudah berumur 12 tahun ke atas. Tetapi tubuh hanya menyerap kuantiti yang diperlukan seperti lelaki 90 mg dan perempuan 75 mg sahaja per hari.

Selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing. Membazir dan merugikan duit beli vitamin harga yang mahal. Bersederhanalah.

Tubuh Hanya Serap Kuantiti Diperlukan, Buat Apa Membazir Ambil Vitamin C BerlebihanKalau saya tak nak makan suplemen Vitamin C boleh ke doktor?
Boleh. Tidak menjadi masalah. Tapi kena pastikan diet seharian kita ada sayur atau buah-buahan sebagai sumber vitamin C yang cukup.

Misalnya buah oren, mangga, betik, buah kiwi, nenas, strawberi, red atau green pepper, brokoli, tomato dan lain-lain.

Tak Perlu Suplemen

Tak perlu beli suplemen. Beli buah dan sayuran lagi banyak mineral dan multivitamin kita dapat. Mengenyangkan pula…

Oh ya, untuk mereka yang ada penyakit iron deficiency anaemia (kekurangan zat besi darah merah), mereka perlu ambil dos vitamin C yang disyorkan oleh doktor kerana Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.

IKLAN

Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
Medical mythbusters malaysia
Nanti saya sambung isu vitamin C dengan batu karang buah pinggang.. jangan lupa follow dan tekan favourite.

Mingguan Wanita : Kadang-kadang dalam apa perkara sekalipun tidak perlu berlebihan, memadai ikut keperluan tubuh saja. Bimbang timbul penyakit lain pabila Vitamin C diambil berlebihan.

Sumber : Dr Arisman MD

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI