Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas Zohor. Allahyarham sebelum ini telah menghembuskann nafas terakhir pada usia 36 tahun pada pukul 5.13 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM)
Suaminya, Shuib kelihatan begitu sedih dan bagaikan terduduk keletihan sejurus selesai urusan pengkebumian isterinya. Reda dengan takdir Ilahi, pelawak dan usahawan berjaya ini berlapang dada dengan suratan tertulis buat dirinya dan keluarga.
Siti Sarah Selamat Dikebumikan, Anak-Anak Masih Belum Tahu Ibu Meninggal Dunia
Namun ketika ditemubual, Shuib akui belum mempunyai kekuatan untuk berkongsi berita sedih ini dengan tiga cahaya matanya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
“Buat masa ini anak-anak belum tahu. Isteri saya baru dikebumikan dan saya baru nak beritahu anak-anak,” kata Shuib.
Ads
Allahyarham Siti Sarah telah pergi meninggalkan suaminya, Shuib dan empat anak termasuk bayi lelakinya Ayyash Affan yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.
Shuib juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan arwah isterinya.
“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersusah payah untuk isteri saya sepanjang berlaku kejadian ini. Saya ucapkan terima kasih atas usaha solat hajat atas arwah isteri saya.
Ads
“Hanya Allah sahaja dapat membalas budi itu, saya balik nanti saya doakan kalian semua diberkati dilindungi dan dirahmati. Maafkan isteri saya, sedekahkan dia Al-Fatihah.
“Saya juga menitipkan doa kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 dan sedang bertarung nyawa agar dipermudahkan oleh Allah untuk melalui ujian ini,” ungkap Shuib.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Indigital Music
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salute! Walaupun sudah berusia 110 tahun, warga emas ini gigih mengayuh beca demi sesuap nasi.
Tidak pernah kenal erti jemu, malah kekal bersemangat untuk keluar mencari rezeki pada setiap hari.
Seorang warga emas dari Blitar, Jawa Timur menarik perhatian di media sosial apabila masih gigih mengayuh beca walaupun berusia 110 tahun demi sesuap nasi, lapor Tribunnews, semalam.
Rakaman video memaparkan lelaki bernama Wakid itu dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh salah seorang penumpang yang bertanya tentang kehidupannya.
Menurut Wakid, dia akan keluar mencari pelanggan setiap hari dan hidup sebatang kara selepas kematian isteri.
Mengaku memiliki beberapa orang anak, namun mereka semua tinggal di bandar berbeza dan bekerja di sana.
“Saya tidak mempunyai tempat tinggal, hanya menumpang tidur di rumah ketua kampung.
“Setiap hari saya keluar mencari pelanggan tetapi sejujurnya, jika ada yang mahu naik beca, saya hanya mampu menolaknya kerana tidak kuat untuk mengayuh seperti biasa,” kata Wakid.
Tambahnya, walaupun sudah lanjut usia, dia masih bersemangat keluar bekerja untuk mencari rezeki.
“Masih semangat asalkan lepas untuk sesuap nasi,” katanya. – Agensi
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Mereka tetap dibantu walaupun sebelum ini hidup selesa, jika tidak memerlukan bendera putih tak akan berkibar.
Semua golongan terasa dan terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Tidak kiralah T20 atau M40, semua orang sedang hadapi saat sukar, terbeban hutang dan banyak lagi.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) telah membantu semua golongan terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19 dan tidak terhad kepada golongan mualaf semata-mata.
Menurut Setiausaha Perkim Kapar, Mohamad Razif Ibrahim Muniandy, ketika heboh isu bendera putih, pihaknya telah memberi bantuan kepada 300 pengibar bendera putih di kawasan Kapar.
“Apabila kami membuat tinjauan pengibar bendera putih, amat mengejutkan apabila mengetahui golongan T20 dan M40 seperti juruterbang pesawat komersial dan bekas CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) berada dalam keadaan yang memerlukan bantuan.
“100 keluarga memang dalam senarai sedia ada, 200 keluarga adalah orang susah baharu,” katanya pada Majlis Penyampaian 100 Kotak Makanan Misi Ummah Bantu Ummah Bantuan SOS Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Kampung Sementa, pada hari Jumaat yang lalu.
Hadir sama ialah Setiausaha Agong Mapim, Mejar Zuhanis Zainol.
Manakala menurut Mohamad Razif, pihaknya telah mengagihkan sebanyak 3,000 kotak barang makanan tanpa mengira sama ada penerima dalam kalangan B40, M40 mahupun T20.
“Sebagai pertubuhan untuk membantu golongan mualaf sudah pasti golongan tersebut menjadi prioriti, namun umat Islam yang sebelum ini hidup selesa tetap dibantu kerana jika tidak memerlukan bendera putih tidak akan berkibar,” katanya.
Sementara itu Zuhanis berkata, pihaknya bekerjasama dengan NGO di seluruh negara untuk menjayakan program membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak setahun lebih yang lalu.
“Bantuan kotak makanan ini adalah sebahagian Program Peduli Ummah Mapim sejak PKP 1.0 lagi. Baru-baru kami telah mengadakan program di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu,” katanya.
Mingguan Wanita : Jika ada jiran atau keluarga terdekat yang terdesak, hulurlan bantuan setakat yang mampu. Jika tidak membantu dari segi kewangan, bantulah dari segi moral dan kata-kata sokongan. Jangan dihina mereka yang sedang melalui kesusahan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Isteri penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongsi tip dapat anak perempuan di usia 40-an. Salah satunya, lepas mendirikan rumah tangga sudah menjadi amalannya makan asid folik.
Kongsi Rahayu lagi, lama dia menanti kehadiran cahaya mata perempuan ini. Dekat enam tahun lamanya dan akhirnya doa mahukan anak perempuan, tuhan makbulkan.
Sememangnya asid folik ini untuk kesuburan dan kehamilan. Biasanya vitamin ini diambil sepanjang kehamilan ibu mengandung. Antara kelebihannya juga adalah untuk mencegak berlakunya kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube defets-spina bifida).
Jadinya, ibu-ibu yang sedang usaha untuk hamil, boleh hadamkan perkongsian Rahayu yang lebih mesra dengan panggilan Dibu di media sosialnya.
“Alhamdulillah….1 tahun 2 bulan….macam-macam akal. Lasak memang lain maciam. Penantian selepas 6 tahun. Dibu memang teringin anak perempuan sebab tu habis semua rambut Arrian & Andra ku sengaja panjangkan. Andra memang tak suka but no choice u have to follow me.
InsyaAllah nanti kalau dapat pergi surau adalah teman kat tempat muslimah. Raya dapatlah main masak-masak sekali.”
“Yang tanya Dibu tips, sebenarnya Dibu pun takda tips apa-apa. Semuanya rezeki di usia 40-an ..hihi…selain daripada doa setiap lepas solat.
Tapi Dibu lepas kawin memang makan je acid folic… sampailah dapat khadijah. Dibu stop sebab dah tutup kilang… tu jela yang Dibu amalkan.”
Rahayu juga mendoakan agar ibu-ibu yang sedang usaha untuk hamil akan direzekikan cahaya mata. Pesannya lagi, agar bakal ibu-ibu mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan lain-lain yang berkaitan kesihatan bayinya.
“Dibu doakan semua ibu-ibu yang belum dapat zuriat atau yang menanti zuriat akan dimakbulkan. Tapi time macam ni jangan lupa amik vaksin.
Vaksin bukan bererti ubat atau penghalang untuk tak dapat virus TETAPI ianya membina antibodi & mencegah komplikasi yang lebih teruk sekiranya terkena jangkitan.
Ini comply untuk semua vaksin yg diambil dari baby sampailah kebesar. Jangan takut ikut je saranan doktor. Stay safe guys.”
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 35 mendirikan rumah tangga dengan Rahayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Arrian, Andra dan Siti Khadijah.
Mingguan Wanita :Haa.. mana-mana ibu yang TTC tu bolehlah cuba amalkan saranan Dibu ini.