Peraduan Indahkan Potret Keluarga Anda Bersama 3M CommandTM yang berlangsung dari 6 hingga 22 Mei yang lalu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada follower media sosial Mingguan Wanita. Para peserta yang menyertai pertandingan ini telah memuat naik gambar yang memberi makna buat mereka dengan kapsyen yang cukup kreatif hingga menambat hati para juri untuk memilih follower dengan gambar dan kapsyen yang menarik sebagai pemenang.

Menurut wakil dari pihak 3M CommandTM  pemilihan pemenang dibuat berdasarkan gambar dan kapsyen yang diberikan. Tambahnya juga pemilihan pemenang tempat pertama peraduan ini yang membawa pulang barangan 3M CommandTM bernilai RM500 dan satu sesi dekorasi dinding rumah berdasarkan kapsyen bergambar yang sangat menyentuh hati.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kediaman pemenang di Tanjung Karang, Selangor, Pihak 3M CommandTM  telah menyerahkan hadiah dan menggantung gambar-gambar potret keluarga pemenang pada dinding kediaman mereka menggunakan CommandTM Picture Hanging Strips.

Gambar Kenangan Bersama Arwah Suami Bawa Tuah Buat Kasih Zeera dan Bayi

IKLAN

Gambar Kenangan Bersama Arwah Suami Bawa Tuah Buat Kasih Zeera dan Bayi

Ternyata kemenangan ini membawa senyuman kepada Kasih Zeera yang merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai seorang bayi berusia 7 bulan. Gambar kenangan bersama arwah suami dan keluarga mendapat tempat di hati para juri sekaligus menobatkan ibu muda ini sebagai juara untuk peraduan Indahkan Potret Keluarga Bersama 3M CommandTM.

“Bila ada peraduan di Facebook dan Instagram Mingguan Wanita bersama 3M CommandTM, saya bagaikan terpanggil untuk menyertainya. Saya letak gambar bersama arwah suami ketika majlis persandingan kami. Itu antara kenangan saya dan arwah bersama ahli keluarga yang lain. Syukur rezeki saya untuk menang barangan 3M CommandTM dan juga sesi dekorasi dinding oleh penaja. Dapatlah saya abadikan kenangan bersama arwah suami tercinta untuk tatapan saya dan anak bila dia membesar kelak,” ujarnya penuh syukur dengan kemenangannya kali ini.

IKLAN

Gambar Kenangan Bersama Arwah Suami Bawa Tuah Buat Kasih Zeera dan Bayi

Tambah Kasih Zeera, dengan produk 3M CommandTM yang ada juga, dapat membantu memudahkan lagi kerjanya di rumah kerana dapat meletakkan peralatan rumah dan yang lain-lain tanpa merosakkan dinding kediaman.

IKLAN

Pemenang tempat kedua peraduan ini, Nurul Shahidah yang memenangi produk 3M CommandTM bernilai RM300 memuat naikkan gambar dengan kapsyen tentang pengorbanan arwah ibu tercinta yang kini sudah tiada.  Manakala pemenang tempat ketiga yang memenangi produk 3M CommandTM bernilai RM200 pula menjadi milik follower yang dikenali sebagai Cahaya Mata memuat naik gambar berserta kapsyen tentang kebaikan dan kasih sayang dari isteri tersayang.

Lima pemenang saguhati yang juga membawa pulang produk 3M CommandTM bernilai RM50 setiap seorang menjadi milik Upie Sue, Nur Aini Abdul Aziz, Natasya Alsakina, Nurul Farhain Jais dan Muhd Azman Siti Azah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang peraduan Indahkan Potret Keluarga Anda bersama 3M CommandTM!

Gambar Kenangan Bersama Arwah Suami Bawa Tuah Buat Kasih Zeera dan Bayi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI