Biasanya setiap kali ada majlis harijadi, anak-anak lah yang paling seronok dan teruja nak tiup lilin yang ada pada kek. Baru-baru ini, viral video menunjukkan dua beradik di Brazil yang bergaduh sampai tarik rambut ketika majlis hari jadi kerana berebut mahu meniup sebatang lilin yang ada pada kek tersebut. Momen tersebut sempat dirakam dan mendapat perhatian dunia.
Video berkenaan menunjukkan kakak, Maria Antonia, meniup lilin pada kek hari jadi adiknya, Angered, hingga mencetuskan perbalahan sesama mereka.
Selepas video mereka menjadi viral, mereka telah dijemput oleh sebuah program televisyen, dimana pihak produksi telah menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup dua beradik itu sepuas hati.
Ibu dan bapa kepada dua beradik itu bagaimanapun menyatakan bahawa ia adalah satu perkara normal untuk adik beradik bergaduh sesama sendiri, sambil dikongsikan foto mereka sedang berpelukkan.
MW: Adik beradik bergaduh lumrah semasa anak masih kecil. Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai rasa sayang dalam diri mereka, agar hubungan menjadi rapat bila dah besar nanti.
5 beradik bergelar anak yatim menjelang aidilfitri, peluk erat & cium jenazah bapa. Berat ujian kita hadapi, berat lagi ujian ditanggung oleh lima beradik yang sekelip mata bergelar anak yatim.
Bahkan hasrat menyambut hari raya hanya tinggal angan sahaja selepas bapa yang mereka sayangi meninggal dunia selepas meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau di Jalan Tanjung Bidara – Solok Duku di Masjid Tanah pada 17 April lalu.
5 Beradik Bergelar Anak Yatim Menjelang Aidilfitri
Arwah meninggal dunia selepas melanggar seekor kerbau
Dalam satu perkongsian oleh seorang yang mengenali arwah, dipetik dari fbnya @julasapiyah Kassim, memaklumkan arwah Sazali Mohammad, seorang insan yang sangat baik dan selalu membantu orang sepanjang hidupnya.
Tulisnya :-
4.30am. 20/04/2023 (Khamis)
Puas cuba lelapkan mata tapi tak mampu. Sedangkan siang tadi saya tiada rest.
Ini kerana masih lagi memikirkan keadaan 5 beradik yang kehilangan AYAH tempat bergantung kasih sayang.
AYAH mereka pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya pada tanggal malam 27 Ramadhan 1444H. 2 atau 3 hari lagi akan menjelangnya Syawal.
Peluk Erat & Cium Jenazah Bapa
Tidak dapat digambarkan bagaimanakah suasananya nanti dalam ketiadaan AYAH yang sangat disayangi.
AYAH mereka merupakan seorang Insan yang sungguh baik akhlaknya. Ringan tulang demi membantu mereka yang di dalam kesusahan. Pada hal dalam masa yang sama, kami amat mengetahui dia juga amat memerlukan.Namun demi tanggungjawab sosialnya, dia sanggup kurbankan kepentingannya sendiri.
Perginya Sdr. Sazali Mohamad dalam bulan yang sungguh mulia dan di malam hari yang penuh bermakna. Pergi buat selama-lamanya menemui Yang Maha Pencipta, dengan meninggalkan 5 cahaya mata yang masih dahagakan kasih sayang dari seorang AYAH.
Tiada kata yang mampu diungkapkan selain hanya mampu meminta kepada kalian semua agar dapat MENDOAKAN kelima-lima anak Al Marhum membesar dalam keadaan sempurna sehingga kelak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah yang senantiasa MENDOAKAN kedua IBUBAPA mereka serta menjadi mata rantai menyambung segala Amal Kebajikan yang dilakukan oleh AYAH mereka semasa hayatnya.
Sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelma ini, SUDILAH kiranya Tuan/Puan menghulurkan bantuan SEIKHLASnya demi kelangsungan kehidupan seharian mereka.
Kepada ALLAH jua diharapkan akan membalas segala budi dan jasa baik Tuan/Puan.
Jenazah Al Marhum Sdr. Sazali Mohamad telah selamat disempurnakan pada jam 4.00 petang (19/04/2023- Rabu) di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Hujan Panas, Masjid Tanah, Melaka.
Segalanya di hujung jari. Nak berkongsi kegembiraan, kebahagiaan dan kesedihan semuanya di media sosial. Inilah cara untuk luahkan pa yang terbuku di hati.
Baginya dengan luahan ini dapat mengurangkan rasa yang terbuku dan mampu hilangkan stres. Malah, kawan-kawan yang membaca dapat memberi maklum balas positif, sokongan dan simpati.
Namun, jangan ingat apa yang di’reply’ oleh kawan di media sosial ini sama. Punya hati yang baik. Tidak semua. Risaunya di depan lain tapi di belakang lain pula jadinya. Kita tak tahu hati orang.
Begitu juga untuk peringatan diri sendiri. Kita melihat kawan-kawan ‘post’ gambar atau luahan dan turut rsa simpati. Dalam masa yang sama turut meluat dengan apa yang dikatakan oleh kawan itu.
Inilah salah satu tanda diri kita ini toksik seperti yang dikatakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan. Moga kita dijauhkan dari orang yang bergelar toksik ini.
Hati-hati meninggalkan komen di sosial media. Fikir baik-baik apa kita nak tulis. Jangan sampai orang label kita sebagai seorang yang toksik.
Macam mana nak tahu kita toksik atau tidak?
1. Kita Suka Beri Komen Sarkastik
Jika kita sentiasa nak komen secara sarkastik dan menganggap itu komen begitu sebagai sesuatu yang bijak, maka hati-hati. Tidak semua benda sesuai dibuat secara sarkastik. Kalau berlebihan, ia akan menampakkan kita seperti kurang ajar.
2. Semua Benda Adalah Pertandingan
Kalau baca tentang kepayahan orang, kita sibuk nak cerita kita hidup lebih payah. Kalau baca tentang pencapaian orang, kita sibuk nak cerita pencapaian kita lebih tinggi. Kurangkan perlekehkan orang lain atau menyanjung diri sendiri.
3. Semua Perkara Kita Jenakakan
Kelemahan orang kita jenakakan. Kesusahan orang kita lawakkan. Usaha orang kita ketawakan. Sampai perkara sensitif pun kita parodikan. Bahaya! Pastikan apa yang kita rasa kelakar tu, tak mencetuskan kemarahan dan kebencian.
4. Kita Nak Perbetul Semua Orang
Ada sahaja benda kita nak ulas. Itu salah, ini salah. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini. Jika kita kerap sangat rasa orang tak pandai sedangkan kita sendiri pun bukan ahli(pakar) dalam bidang itu, maka kena muhasabah diri.
5. Gemar Lihat Orang Kesusahan
“Padan muka! Memang patut pun mereka kena celakaan ini. Orang macam ni, lebih baik mati.” — kalau fikiran begini sentiasa berlegar dalam minda kita, dan suka bersorak pada musibah yang menimpa seseorang, maka kita bawalah bertaubat.
6. Seronok Sebar Kelemahan Orang
Kalau ada nampak perkara yang mengaibkan, cepat sahaja kita nak tekan butang “share”, laju sahaja kita nak kongsi di grup WhatsApp, lekas sahaja kita nak beritahu kawan-kawan, maka kita tergolong dalam geng toksik.
7. Semuanya Pasal Hak Kita
Asyik-asyik cerita pasal hak dan kepentingan kita sendiri. Tak pernah fikir pasal hak dan kepentingan oramg lain. Kadang-kadang kita kena tahu, di dunia ni bukan ada kita sahaja. Kita kongsi dengan orang lain. Jadi kena fikirlah juga kebajikan orang lain.
8. Suka Perlekeh Soalan Orang
Bila nampak orang tanya soalan (yang mana kita tahu jawapannya), kita anggap soalan itu soalan bodoh. Lebih teruk lagi, kita anggap orang yang soal tu adalah orang bodoh. Seharusnya, kalau kita tahu jawpan, kita jawablah, bantu si penyoal.
9. Berbohong Untuk Menguatkan Hujan
Kita suka betulkan orang, kita suka kecam orang, dan bila orang melawan, takkan kita nak mangalah. Mestilah nak lawan. Kadang-kadang, bila dah namoak nak tewas, mulalah kita mengada-adakan cerita yang tak ada. Hentikanlah menipu, untuk menang.
10. Kuat Cemburu Dan Iri Hati
Tengok orang senang, kita sakit hati, dan mula bersangka-sangka buruk pasal orang itu. Tengok orang disukai, kita mula rasa benci, dan cakap-cakap buruk pasal orang itu. Sepatutnya, kita bersainglah dengan orang itu secara sihat. Kan?
Jika kita ada tanda-tanda ni, maka sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita berubah dan perbaiki diri. Sama-sama kita usaha untuk tidak menjadi orang yang toksik
Mingguan Wanita : Tak salah nak komen tapi janganlah jadi toksik ye!
Pemilik Kedai Dobi Beli 7 Cincin Emas Guna DUIT SYILING Penuh Sebakul! Kebiasaannya apabila ingin membeli barang dalam jumlah yang besar, kita menggunakan duit kertas ataupun pembayaran menggunakan kad. Jarang sekali menggunakan duit syiling dalam jumlah yang banyak, apatah lagi memerlukan ramai pekerja kedai untuk mengiranya.
Namun, Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.
Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.
Bakul Biru Penuh Duit Syiling
Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.
Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.
Pemilik Kedai Dobi
Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.
Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.
Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.
Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia...