iiAdik beradik, setiap seorang mempunyai cara yang perangai yang berbeza-beza. Percayalah, masing-masing ada sifat yang lembut, keras kepala, suka mengalah dan macam-macam lagi. Lagi ramai adik beradik rasanya ‘huru-hara’ rumah. Memang cukup meriah, apatah lagi bila dapat berkumpul beramai-ramai.
Namun, dalam riuh rendah dengan karenah adik beradik, bila seorang tak ada rasanya tidak akan sempurna dan tidak lengkap keluarga. Ini belum lagi, bila anak-anak dah dewasa dan mempunyai pilhan sendiri.
Bayangkan, mak-mak yang mempunyai anak ramai, cukup struggle dalam membesarkan mereka. Masa kecil, perangainya lain, bila besar, perangainya lain pula untuk mak-mak layan karenah anak.
Malah, setiap anak ini mempunyai karakter dan kepakaran masing-masing. Mungkin seorang itu, suka memasak dan tolong mak di dapur, seorang itu suka bertukang dan mungkin juga ada anak yang pendiam dan memerap dalam bilik sahaja.
Walau bagaimanapun, itulah sebuah keluarga yang tidak akan putus pertalian sampai bila-bila. Seperti perkongsian daripada Farizal Radzali ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Punya Keluarga Sendiri, Jangan Dilupa Adik Beradik Lain Yang Susah Senang Bersama Dulu
Adik Beradik Bila Ditolong Berterima Kasihlah, Jangan Ambil Kesempatan Pulak!
Info Lebih Menarik DI SINI
Macam-macam Perangai
Setiap anak ada kepakarannya….
Dalam sebuah keluarga itu, mesti ada seorang yang dilihat jahat kerana berani memperkatakan sesuatu yang benar tapi agak pedas. Contohnya mak ayah berbuat sesuatu yang salah, anak-anak tak nak tegur sebab tak nak jadi anak derhaka kerana mengecilkan hati ibu ayah.
Walau bagaimanapun, akan ada seorang yg berani bercakap, menegur ibu ayah, walaupun dia tahu adik beradik lain akan marah, walau dia tahu ibu ayah akan tersinggung.
Pasti ada seorang dalam adik beradik kita yang begitu.
Akan ada pula salah seorang yg nampak baik. Lembut dalam tutur kata. Menegur dengan penuh berhemah. Bersabar dalam setiap keadaan. Tenang dalam setiap situasi.
Ada seorang yang perangai tak semenggah. Loyar buruk tak peduli orang tengah serius atau tak.
Ada juga seorang yg tak ambil tau langsung apa jadi dalam keluarganya.
Akan ada yang makan hatiAda yang cakap main lepas
Akan ada yang level atas
Ada yang level bawah
Akan ada yang pandai
Ada yang kurang pandai
Akan terjadi suatu masa semua tak sependapat
Ada masa bermasam muka
Akan ada masa tak bertegur sapa
Ada masa tak nak berjumpa
Lumrah Dalam Keluarga
Semua itu lumrah dalam keluarga. Ada yang jadi gula, jadi garam, ada yang jadi asam, jadi cili, ada yang jadi api, jadi air. Kurang satu segalanya jadi kurang sempurna. Terlebih satu pun segalanya jadi tak betul.
Gaduh la, sebab kita ada emosi
Marah la, sebbb kita ada perasaan
Ketawa la, sebab kita layak gembira
Diam la, sebab ada masa kita perlu menyendiri.
Itulah keluarga dan itulah adik beradik,
Lagi ramai lagi banyak kerenah dan lagi ramai lagi banyak rempah,
Andai hanya ada satu, dialah yang menjadi semua dalam 1, segala rempah rencah & kerenah.
MW: Setiap orang diberi rezeki yang berbeza-beza, begitu juga dengan adik beradik atau anak. Ramai atau sedikit, semua itu anugerah terbaik.
Sumber: Farizal Radzali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI